Jun 28, 2011

Haaaaaaaaaaaaaaaaaa....semput .

Maniskan kurma itu...? haaaaaaaaaaaaaa...semput. (intonasi sepah-Maharaja Lawak). Memang semput mommy hari ni. Start of the day dengan sarapan mihun goreng dan 2biji kuih + teh ais yang di taja oleh opismate. Amin, murah rezeki opismate mommy tu sbb belanja orang merandong breakfast. Amin.



Lepas settle sarapan, tangan mommy ni tak benti2 menaip, membalas email....then update data kat excel. Pastu kire-kire..pastu reply email lagi....xpun hantar email. Reply lagi. Pastu update excel. Pastu calling2...then update thru email lagi. Hadoi!! Sampai la ke saat mommy menaip di ruang blog ni..keje mommy masih x abis. Rasa nk muntah.. Peningnya kepala!! Anak mommy yang kat dalam ni asik tergedik2 je dari pagi tadi. Dia pun sama tak senang duduk...sabar key, ada 2 bulan lagi nk menempel ngn mommmy. Esok da kuar pegi laa mane nk pegi pun. Yg penting jangan lupe jalan balik umah.

Thari yg bz..mommy teringat kat gulai ayam yg mommy da tapaw tu. Sob sob...sedih sbb gulai tu tertinggal dalam kete babah. So babah laa yg kenyang makan gulai hari ni. Siap bleh share ngn kawan lagi. Takpe lah, kire sedekah....

Jun 27, 2011

Weekend yang permai

Permai sangat..tanpa tergesa2 utk bangun dari tdo. Tanpa berkira2 utk buat ape hari ni. Tanpa perlu bersiap dan mekap2, tanpa perlu sarung sandal utk keluar pun. Permai sangat bila dapat spent masa hujung minggu bersama en.suami..si kakak shasha dan si kecil yang masih dalam perut mummy.

Sarapan lewat..lunch pun lewat. si kakak shasha bangun lewat, so minum susu utk breakfast pun lewat. Sidai kain pun lewat...Sumer pun mandi lewat. hahaha...


Di ahad yang permai itu, jam melewati pukul 4pm. Mummy masak nasi ayam..di hari ahad yg permai tika lewat menjamah makananan thari..shasha buat kejutan dengan kali pertama menyuap nasi dengan tangannya. half tone menjerit tak mahu di ambilkan sudu. Ok ok ...maka melihatlah akan babah dan mummy kepada shasha. Melihat lebeh banyak nasi yang jatuh semula ke pinggan daripada mulut. Wat ever laa shasha asalkan kamu bahagia. Makan cket dan ketawa lebeh..itu laa shasha. Mummy dan babah pun tak bleh tunggu lama, nak makan juga......

Owh nk cerita pasal shasha ...hobi shasha menyanyi, menari dan menconteng. oooh..she like crayon, pencils and pen so much. Kat mane2 je nk conteng. Dan yang terbaru mummy dan babah discover, shasha da pandai shopping. there's one day when shasha went to midin (shasha sebut midin but actually is Mydin). Babah sebuk pilih barang di rak,staff mydin da gelak2...babah pun pelik. Ape kes plak anak aku buat ni..tgk2 shasha kat belakang babah dah kelek balang besar eclairs cadburry. "Ewah ewah, letak balik!! "

Itu kes lama...smalam punya kes, shasha ikut babah lagi pegi Midin. Kali ni babah suruh shasha bawak barang, dengan harapan shasha xde masa nk belek barang lain dan kelek plak barang tu. So dengan mood yang rajin, shasha pun pegang barang yang babah beli sambil cakap..."beyat laa babah, beyat" (berat laa babah, berat) hehehe...

Sian dia, kena suruh ngn babah bawak barang yer. Takkan bawah barang takde upah..so babah bagi shasha green light shopping barang shasha plak. Pergh!! Dengan pantasnya shasha berlari dengan lagak comelnya....calci-yum, set !!, vitagen, set!!, ribena botol, set!! Again...."ewah ewah...."

Babah balik umah dengan plastic besar Midin...blum sempat mummy tanya babah cakap..."hari ni shasha yang shopping" Mummy pun......"ewah...ewah...." Shasha senyum senyum jer. Shasha...shasha...

Jun 22, 2011

Shasha turned to 3 on 20th June

Pantas benar masa berlalu...dalam tak sedar, dah 3 tahun mommy & babah jaga shasha. Jam 9.50 malam tadi, genap shasha berumur 3 tahun. Mata yang bercahaya itu masih bulat...bibir yg mungil itu kini makin bebel. Rambut yang berkilat itu kini makin panjang beralun. Shasha da besar sekarang...tetap comel tapi makin nakal. Ada saja tingkahnya yg buat mommy ketawa...terkadang terhibur. Ada kalanya juga shasha terlalu mengikut rasa..tak mahu pula mendengar kata dan mommy mula meninggi suara. Tapi tetap mommy & babah sayang shasha.

Melayan shasha di Jusco iOi Puchong, shasha leka melayan music car. Memusing-musing stereng kereta music yang ligat bergoyang-goyang. Lepas satu kereta ke satu kereta. Babah offer shasha the whole kids department utk shasha but none have attract your intension. Tetap shasha berlari-lari mencari music car kesukaannya dan memaksa babah menukar RM dengan token permainan. Haduyai...


At the end, shasha cuma capai belon dengan gambar mickey mouse yang berharga RM4.90
Alahai anakku..ini saja..? Mommy dah babah ketawa besar...shasha yang kecil memandang pelik. Ok laa..nnt da besar, da pandai minta hadiah..minta kat babah yer.

Celebrating 19 June

Yup, we're celebrating 19June much more happier this year as it falls for Father's day and my MIL birthday. 

To abah, Ramli Mahidin dan father in law; Mohd Zin Ibrahim - Selamat Hari Bapa. To shasha's babah Mohd Niza, thanks for being a great babah to shasha. Your loving and kindness has brought the beautiful moment happen into shasha's life even her mommy.

With lots of love;
mommy shasha.

Jun 16, 2011

Baby, seriously i love you...


4 hari lagi...counting for my precious daughter's birthday. Ingat lagi...3 tahun lalu...momy dah berada kat kg menghitung hari utk deliver shasha ke dunia yang macam2 perkara ni. Huhu..i was hoping u will born early as i cant wait to see yr face. But you too honest and obey to your due date. So..mommy teruskan penantian sehingga hari sebenar..

4 hari lagi your birthday sayangku. Mommy doakan shasha sihat walafiat sehingga anak mommy dewasa nnt. Dengan kasih sayang dari mommy & babah...dengan cinta yang mommy semai bersama babah....shasha menjadi anak yang baik, yang solehah...yang sentiasa menggembirakan hati mommy dan babah.

I know u cried alot these day...bertahan sayangku. Mommy tetap sayangkan shasha dalam ape keadaan sekali pun. To babah...tq so much baby, bcause of you...ainn lahirkan seorang puteri ini. Love you so so much..... to both of you.

Jun 10, 2011

MENGAPA HAWA TERCIPTA SAAT ADAM TERTIDUR..?

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

 
Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut. Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

 
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang ,,,,
Sumber : facebook

Hatiku terusik..mataku berkaca. Apakah mereka tau tentang ini semua atau hanya hawa saja yang membaca? Wallahualam.
 

Jun 8, 2011

This is reason y..

Masa shasha lahir dulu...mommy da baca pamplet kat hospital tentang khasiat susu ibu dan mengapa tak perlu susuli bayi dengan air kosong lepas menyusu. So mommy always teringat tentang pamplet yg mommy baca tu. Alkisahnya bila mommy berpantang rumah mertua, wan shasha selalu suruh mommy bagi shasha minum air kosong tapi mommy berkeras tak mahu. Biarpun ada riak perubahan di wajah wan shasha tapi mommy tetap tak bagi shasha minum air kosong. Orang lain mungkin marah mommy sebab degil tak nak dengar cakap orang tua yg lebeh dulu makan garam...tapi ampunkan saya ibu mertuaku. Mommy tau babah shasha percayakan mommy sebab tu babah tak marah mommy bila mommy berkeras tak beri shasha air kosong.

Hari ni, mommy jumpe satu artikal kenapa bayi tak seharusnya dia beri air kosong. Mommy teringat kisah shasha waktu bayi dulu. Alhamdulillah....ape yang mommy larang utk shasha mmg ada sebab.

Jadi, kenapakah air masak tidak sesuai untuk bayi?
  • Merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik  
  • Ingat, air kosong tidak akan memberi sebarang khasiat kepada anak. Kalau perut anak diisi dengan air kosong semata2 kat mana pulak nak letakkan susu ibu yang khasiatnya tiada tara?
  • Air sekarang belum tentu bersih dari pencemaran. Kalaupun kita tapis guna penapis paling mahal atau yang dikatakan terbaik pun belum tentu bekas yang kita gunakan untuk bagi anak minum air kosong tu bersih.
  • Air yang kotor akan menyebabkan bayi cirit birit.
  • Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dalam tubuh bayi. Bayangkan baby tanpa perlindungan, ntah apa2 macam penyakit lagi boleh terkena pada bayi.
  • Bagi bayi yang jaundis, air kosong yang banyak akan menyebabkan terencat akal dan bagi bayi berusia lima minggu ke bawah, air yang terlalu banyak akan menyebabkan kandungan garam dalam darah cair seterusnya mengakibatkan suhu badan rendah, kembung dan sawan tarik.

Kembara sufi babah ke Padang, Indonesia

Update entry lama babah - Kembara sufi pertama babah kali ni ke Padang, Indonesia.

Cerita-ceriti yang tertinggal

Update cerita ceriti yang tertinggal - perihal babah getting his surprise for bday present. Really unexpected event, so here he is with his new guitar on 31th.

Jun 7, 2011

Kakak da kawen...."Cinta yang indah adalah melalui pernikahan"

4 June - termakbul sudah impian dua hati ini utk dsatukan. Along doakan kakak dan sayf beroleh keberkatan dalam ikatan perkahwinan ini. semoga cinta dan bahagia mengiringi perjalanan kalian berdua.





Cerita ini dipetik daripada sebuah blog, khas utk kakak....



Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.


Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.


Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.


"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.
 Saya faham keadaanya ketika ini.
"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."
" Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.


Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.


Eeh..., dia malah ketawa geli hati.
"Buka aja."


Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya.. putih?
 "Teruknya dia ni."


Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum.
Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........
                                                     ************ ********* *******
Kepada ......


Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb




                                              ************ ********* *********


Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.


"Kenapa kamu memilih dia.....?
"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.
"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."


"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "
Ssttt....."Saya menutup mulutnya.


Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.


"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."


Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.




Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.


Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.


Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.


Wallahu 'alam.