Aug 10, 2009

Adoyai......

bermula 01/08/09, shasha delisha, mommy and babah tinggal di rumah baru. bertempat di shah alam. kali ni momm dan babah dapat rumah teres, akhirnya berpijak di bumi nyata. dah sepuluh tahun lebih mommy terapung di awangan jer.

ceritera di tempat baru bermula dengam babah yang demam teruk, leher bengkak dek mumps, pening kepala dan muntah2. terbaring saja di katil. Masa yang sama, shasha delisha pun demam + batuk + selsema. Tinggal mommy jer yang menguruskan segala. dari babah hingga shasha. mujur ada wan yang sanggup datang utk jagakan shasha. kalau tidak, sure mommy pengsan.
macam2 hal di rumah baru, washing mommy rosak..lampu dapur terbakar, signal astro hilang, then tambah dengan skrin monitor ni yang dah bertukar color kekuningan. puas mommy adjust tetap yang sama. entah mane silap nyer mommy tak tahu. da puas godek...last2 layankan aje.

sedar tak sedar, dah seminggu mommy tak datang keje. kemalasan mule bersarang dalam jiwa. argh..!!!nampak opis DG rasa cam menyampah plak. nk stay kat rumah pun xde selera cuz mommy masih teringatkan rumah lama. miss that place...3tahun lebeh mommy kat umah tu..memacam kenangan tercipta. dari shasha dalam perut, dalam pantang..sehinggalah shasha pandai merangkak dan tergolek..sumer kat umah tuh. walau pun...life must go on.

yaa...hidup harus terus! perlu jaga kebersihan dan kesihatan, pendemik H1N1 takde tanda2 akan surut. semakin hari semakin membimbangkan. mommy mula risau bile shasha demam, namun syukur kerana skang da beransur pulih. perangai shasha je yang sedikit membingungkan mommy....shasha jadi sangat garang. pemarah...pantang ada bende yang tak kena, mudah saja shasha menjerit dan mengamok. risau mommy...kenangkan anak mommy shasha yang masih kecil, mommy tambahkan had kesabaran.

hari ini, babah baru start bergerak cergas..sapu sampah, potong pokok bunga depan rumah. huh..akhirnya mommy ada geng nk bekerja bersama demi rumah ini. atok dan nenek dah angkut washing machine mommy...kene bawak jumpe yg pakar juga akhirnya...coz atok tak berjaya dan settlekan problem machine tuh. huhuhuh...sedeynye. makne nyer, minggu ni mommy kena basuh baju pakai tangan. adoyai......

Jul 25, 2009

shasha's poopy time


shasha's poopy time..tak pasti ape emosi shasha masa ni. marah sebab mommy and babah amik gambar dia ker atau memang shasha tak suke masa poopy. anyway..this is shasha's second time using her own potty fr *tuuut* training tak cukup memberangsangkan i guest so shasha still choosing her own way on pooping thingy.
anyway..mommy tetap amik gambar shasha.

Jul 19, 2009

matahari....

cuaca makin kelabu..tiada tanda-tanda wabak H1N1 akan lesap..aku dah semakin bosan dengan cuaca. masuk ofc awal pagi...x sempat tengok matahari....balik pula, matahari dah semakin terbenam. hari ini, singgah sebentar di pasar malam batu 3 mencari jagung rebus kesukaan babah shasha...hanya itu. yang lain tak pula membuka selera aku.
oh lupe nk cerita, hari ini perjalanan aku terpaksa disimpangkan, dengarnya dekat dengan terowong subang hitech industrial park ada roadblock JPJ. argh..!! dengan cermin gelap qenari tu nak lalu sana..mmg sengaja tempah maut.
sepanjang aku sendirian dalam kereta, aku banyak berangan...dapat pulak stesen muzik anda!! muzik fm pasang lagu matahari dendangan maya. pergh!! lama gler x dengar lagu tuh..sempat berdondang dendang sekejap. terpandang grand livina, terasa macam nk upgrade kereta. huh..macam2 lah.....

Jul 3, 2009

shasha dengan topi merah



shasha jalan-jalan dengan mommy ngn babah. cuba topi merah nie..siap dengan tocang lagi tapi shasha cam seram jek. nape ntah...