Dec 19, 2010

Hujan Air di Shah Alam

~hujan air di Shah Alam - ainnLee~

Semalam tak check pun ramalan kaji cuaca
Tapi semalam dan hari ini sama saja
Aku tercari-cari di mana dia terik cahaya
Buat pengering baju yang ku sidai sejak malam hari

Mungkin dia ada di situ
Tersenyum padaku
Namun malu-malu

Hujan air di Shah Alam
Kini telah mula
Masa utk mencari payung
Berteduh di bawah bumbung
Mula membelek handphone
Kalau ada sms dari suami tersayang
Bila nak tiba menjemputku pulang

Hujan ini tak akan reda
Makin lebat pula jadinya

~~inspired by Ana Raffali.

Dec 18, 2010

Selamat Bertunang..

This special entry for my old buddy..Farid Ghazalee. Tahniah di atas pertunangan dengan si dia pilihan hati. Semoga majlis berjalan lancar dan bertemu keberkatan hingga ke jinjang pelamin. Amin....


Perahu kolek ke hilir tanjung,
Sarat bermuat tali temali.
Salam tersusun sirih junjung,
Apa hajat sampai ke mari? KP

Sudah lama langsatnya condong ,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
Baru sekarang diizinkan Allah. KP

Malam-malam pasang pelita,
Pelita dipasang atas peti.
Kalau sudah bagai dikata,
Sila terangkan hajat di hati. KP

Singgah berenang di persiraman,
Mayang terendam di dalam tasik.
Kumbang merindu bunga di taman,
Bintang merindu Cenderawasih. KP

Ikan sepat di dalam sampan,
Orang membawa ke pinggir kota.
Besar hajat tuan menyimpan,
Baiklah nyata di dalam kata. EAAB

Panjat- panjat si pohon ara,
Nampak cantik di tepi laman.
Besarnya hajat tidak terkira,
Hendak memetik bunga di taman. EAAB +KP

Senyum menguntum memakai kebaya,
Gadis sunti menjual kalungan.
Bunga nan sekuntum belum berpunya,
Menjadi penyeri di taman larangan. EAAB

Dari sumbu terbit apinya,
menjadi asap dan juga jelaga.
Jika begitu akan adanya,
Izinkan kita memetik menjaga. EAAB

Baik-baik kalau berhuma,
Jangan sampai lalang sepekan,
Hajat yang baik kami terima,
Dalam adat kami serahkan. EAAB

Kalau gugur buah setandan,
Sampai ke tanah baru tergolek,
Kami bersyukur kepada tuhan,
Datang kami disambut baik. KP

Nov 22, 2010

esok SPM

esok SPM paper bahasa melayu bermula..adik aku iskandar dah mula menghitung waktu. dada berdebar2 katanya. walau ape pun, hidup harus terus..biarpun seluas dunia ini oksigen ni tak mampu kau sedut secara manual..along bagi kamu cpr esok dik kalau sesak nafas dalam dewan peperiksaan tu nnt. Jgn lupa baca bismillah....jgn lupa tarik nafas key..

terimbau kenangan lama...waktu aku menghadapi spm. teruja..gentar....gementar...seram sumer bersatu. tak sabar juga nak menghabiskan paper exam coz da tak larat study dari awal malam sampai subuh. tidur pun 2,3 jam jer...almaklum lah,, aku lah pelajar yg suke study last minute itu. lagi awal baca..lagi cepat lupe. better baca saat2 akhir...itu aku!

teringat juga saat aku tersalah masa utk paper modern math. tika aku masih lena dbuai lena..mak menjerit separuh gler bila cikgu sekolah telefon, "kenapa aku tak hadir peperiksaan hari itu". Aku..? terpinga2...kenapa ..kenapa..?? tanpa mandi cume cuci muka. aku sarung baju skolah yang tak bergosok. MALU.....

abah hantar aku ke sekolah. ingat lagi saat aku menghayun langkah ke dewan peperiksaan. waktu itu sunyi...cuma ada langkah aku yg semakin laju. ooh MALU!!. airmata semakin deras tumpah ke pipi. Sampai di dewan, aku mencari tempat duduk..sendu ku makin ketara..sehingga ada yang terganggu. Kerasa lewat aku itu...kerana sendu aku itu..aku jadi penyebab si dia tak dapat score A1. huh....aku kah..??

So moral of da story, bila dapat jadual..tengok byk kali. kalau boleh bgtau mak abah jugak so they all pun alert whether anak2 ada exam paper atau tak hari itu. Anyway...i still pass my modern math. hehehe...syukur alhamdulillah. Kepada kronee bestari - class of '97, maaf jika aku ganggu konsentrasi korang masa tu.
Posted by Picasa

cerita aidil adha