Jan 1, 2011

Hari Bancik - 01.01.2011

Hari ni hari bancik, berseri-seri muka bancik bangun pagi ni. Mak kejut skali pun dah terus bangun...mandi pagi tuh tak terasa sejuk yang sampai ke tulang hitam ye bancik..?!

Malam sebelum nyer, sumer org tdo lambat. Along + along niza, abang fakhri + kak ida da sampai umah, tinggal lagi kakak yang masih dalam perjalanan. Mak bersengkang mata hingga jam 2.00 pagi tunggu kakak sampai. Risau mak! Akhirnya kakak sampai bersama eff dengan selamatnyer. Mummy shasha da tdo awal, tak tahan sebab selsema menyerang saat2 akhir tatkala aku sebuk menyiapkan hantaran bancik. Huh....berjaya menyiapkan sejadah, telekung, coklat dengan hasil tangan sendiri. huhuh..proud to be my self.


Dalam perjalanan ke bentong, singgah sebentar di Chinta Manis, Karak. Rumah arwah wan masih seperti dulu tapi kini dah bertukar penghuni. Tiada lagi wan yang menyambut dengan rambut putih dan badan kurus serta tinggi lampainyer. Terkenang arwah wan yang gemar makan buah prune serta aiskrim coklat. Penah dulu aku buatkan semangkuk penuh aiskrim coklat...tapi yang makannye sepupu sepapat aku yang lain. Sehingga kini, kalau aku makan prune, serta merta ingatan pada arwah wan menerjah. Masih aku rindu akan wan.

Hantaran kami siapkan, berseri dengan sirih junjung tajaan keluarga sebelah Pahang. Kek tajaan paklang nasir, hantaran tuala dan bekas cincin tajaan makcu liza. Tak l
upa tentang pak njang yang menaja sarapan nasi lemak dan kopi O pagi tu. Terima kasih semua.

Perjalanan ke bentong tak lama, 20mins je da sampai. Lihat saja gelagat abah yang berlawak minta kami berbaris, macam rekrut askar pula. Tambah pula menantu abah yang suka interframe, pecah perut kami jadinya. Kredit kepada bakal menantu abah yang candid all the great moments.

** to the new engaged couple

**Bunga yang disunting


Dec 30, 2010

Makan-makan @ Seoul Garden

Ye...demam Korea telah melanda. Since last 2 mths, seronok pula melayan cter korea di channel 393, Astro sehinggakan kami memandang sepi channel-channel lain. Sunscribe HBO/Starmovie bagi HD skali pun tak guna. Rasa macam nk cancel saja....Tambah pula sejak rancangan tv boleh di record ni...shasha tau minta Ice Age-3 HD jek. Sampai mummy ngan babah nak tengok channel lain pun tak boleh. Permintaan mummy n babah di tolak mentah2 bersama jerit marah nyer. Ooh....


Hari ni, boss plak belanja makan kat Seoul Garden. Yea...sama tapi tak serupa macam steamboat. Variety pada pilihan daging ayam dan daging lembu utk di panggang. Superb!!! ops...selalu tgk orang korea makan kimchi dalam tv jek..so hari ini, kimchi tested. OK laa..tapi x original yang macam dalam tv tuh. Huhuhuhuh..


Dec 29, 2010

Semoga Abadi





Pagi ni jalan-jalan kat web gossip, entah kenapa mood aku pagi ni senada dengan langit mendung hari ni. Sejuk tanpa mentari. Alkisahnya pasal artis indonesia yang entah sape dan tak glamer cter pasal Misha Omar yang ciplak lagu dia. Misha Omar da release album ni tahun 2006, da nak masuk 2011 baru perasan ker..? ke sengaja nk buat kecoh mentelah pula kita skang tengah hangat pasal AFF malam ni. Antara belahan dada dan cahaya laser?? Artis indon yang tak glamer ni pun sengaja carik topik hangat antara Msia dan Indonesia yer...
Anyway, this is my favourite track from Misha's album on that year. Dedicate the whole mellow melody utk buah hati pengarang jantung hati Mr DutaLee.

Dec 28, 2010

Tawakal jalan terbaik hadapi dugaan hidup

Setiap kejadian menimpa manusia pasti ada sebab serta mempunyai hikmah

KITA selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.
Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.


Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran. Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus? Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18) Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT.

Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka. Ini memang amalan manusia, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Cuba lihat rakan lain yang selalu dirundung kesukaran, kesakitan, kepayahan dan duka? Bandingkan nasib mereka dengan kita. Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka.

Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas. Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian. Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, baik mahupun tidak, akan tetap dihitung dan diberi balasan sewajarnya oleh Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)

Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasan-Nya. Janganlah kita menjadi seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’

Dec 27, 2010

Malas tanpa babah shasha...

Langkah malas mummy hayun ke office hari ni...yes, year end mood. Malas segala-galanya,tambah pula hari ni perlu memandu sendiri..perlu menghantar shasha ke rumah babysitter. Sehari sebelum hari gaji..tatkala poket da memang sedia nipis hadir pula penyelamat dunia yang sudi belanja makan tengahari. Tq abg Zam utk lunch ikan bakar d Seri Muda. Perutku sedikit kenyang sebenarnya setelah melantak baked cream craker + apam pelangi. Niat untuk diet di hari Isnin tidak menjadi. huh!!! Makin nk berdiet semakin besar plak selera makan. Sua apa saja..sumer OK.

Tamat waktu kerja jam 6.30pm, mummy menghayun langkah perlahan mencari kereta, kesian...hari ni tiada siapa yang sudi menjemput. Mummy juga yang perlu menjemput shasha. Mummy perlu segera, bimbang shasha menanti terlalu lama. Rindu to shasha's daddy...entah buat ape daddy kat sana.... Malam ni, mummy & shasha dinner ber2 saja di rejab, Bt.3...

Malam makin larut, terasa sunyi pula bila babah shasha tiada. Tak ada lagi tangis senduku merindu babah shasha seperti waktu lalu, dah steady since ada shasha sebagai peneman. Malam ni hanya ber2...esok skali lagi ber2 dengan shasha...sigh! berdua bukan lebeh baik tapi bosan. Lagi menarik bila ber3 dengan babah shasha.