Jun 7, 2011

Kakak da kawen...."Cinta yang indah adalah melalui pernikahan"

4 June - termakbul sudah impian dua hati ini utk dsatukan. Along doakan kakak dan sayf beroleh keberkatan dalam ikatan perkahwinan ini. semoga cinta dan bahagia mengiringi perjalanan kalian berdua.





Cerita ini dipetik daripada sebuah blog, khas utk kakak....



Semoga bermanfaat baik untuk yang melamar ataupun yang dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga. Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga. Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa.


Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawappannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawapan kerana Allah hinggalah jawapan duniawi. Tapi ada satu jawapan yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap butir percakapannya. Jawapan dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti,dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami. Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi. Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya.


Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.


"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.
 Saya faham keadaanya ketika ini.
"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."
" Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.


Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.


Eeh..., dia malah ketawa geli hati.
"Buka aja."


Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya.. putih?
 "Teruknya dia ni."


Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum.
Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........
                                                     ************ ********* *******
Kepada ......


Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan.Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb




                                              ************ ********* *********


Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.


"Kenapa kamu memilih dia.....?
"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.
"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."


"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "
Ssttt....."Saya menutup mulutnya.


Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.


"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."


Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.




Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.


Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap hamba-NYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keredhaan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.


Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir,lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa). Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.


Wallahu 'alam.

May 28, 2011

Kemalasan melanda

Sedikit kemalasan dpagi sabtu yang permai ni..dengan mata yang agak mengantok tangan terkapai2 mengemas rumah. hehe...sempat juga aku melenyek pisang membuat sarapan.
Favourite babah shasha dan shasha sendiri - Banana Muffin (but this time without the sugar crumb ya..)

May 27, 2011

Cukup hanya kawan kerana yang tidak berlebih2 itu adalah yang lebih baik buat aku.

Jalan2 d pasaar malam sambil melepas kemarahan, babah shasha pun pissed off. Me..? Toksah cter aar...mmg bengang abis. Sampai org lain yang nak kena tumbuk. Credit to Husnieda Omar kerana sudi utk jadi geng samseng aku. Ko kawan virgoan aku yang sejati geng..i lap u!!! hehehe.

Hampir 31tahun melewati urusan dunia..hari ni aku terpanggil sekali lagi berbicara hal kawan2. Aku bangga punya kawan yang prihatin, yang memahami...yang sanggup susah senang dengan aku. Tapi sampai skang aku tak jumpe kawan yang sanggup menangis kerana aku. Most of the time, i'm crying to my self. Bila aku terasa sangat lelah dengan urusan kerja, aku berlari dalam dakap org yang aku cinta. Saat itu semua kata2nya bagaikan tak memahami perit yang aku rasa...tapi dia berkata demi kami sekeluarga. Bukan mengikut rasa.

Tika aku terasa sangat lelah kerana dilema keluarga...aku berlari dalam dakap orang yang aku cinta. Sekali lagi dia memujuk dengan ayat perlahan minta aku bertahan. Semua akan kembali pulih seperti sediakala..tak perlu risau kerana ada dia bersama.Tika aku lelah kerana hal kawan yang menyentap perasaan, dia rasa terhina. Aku menangis hiba. 

Tak mudah melayan kawan yang bermacam ragam...yang macam bagus. yang macam pandai dan macam hebat. Tapi sebenarnya tak punya apa2. Tak cukup berjaya utk dijadikan panduan atau kaunter pertanyaan.


Pada kawan2 yang aku sayangi..Jadilah kawan kepada aku. Cukup hanya kawan kerana yang tidak berlebih2 itu adalah yang lebih baik buat aku.

I need a friend who act like a friend.....

Aku cuma perlukan kawan utk aku meluahkan perasaan. Aku tak perlu kau utk menilai siapa betul siapa salah. Aku tak perlukan sesiapa utk buat apa yang terbaik utk aku..aku cuma perlukan kawan yang baik utk jaga amanah perasaan aku tanpa melibatkan orang lain.

Tapi kau hampakan aku, saat aku berhempas pulas menenangkan perasaan aku sendiri. Kini kau tambah lagi dengan firasat mengarut kau sedangkan kau tak tau siapa aku dan bagaimana aku.

Percayalah kawan, aku tak perlukan lebeh dari itu. Aku cuma perlukan kawan sebagai kawan. Cukup hanya itu.

May 5, 2011

We both having flu.....sob sob..............

Huk alah..kesian shasha hari ni demam selsema..dari malam tadi golek2 sambil tonton citer antu...shasha berlari ke arah mummy sambil menjerit..."mummy hingush hingush..!!" ooh...ok ok, cepat amik tisu. Begitulah shasha sampai tgh malam tadi, sedikit merengek bila hidungnya mula tersumbat. Tak selesa...sian dia.

Bangun pagi tadi, shasha lebeh ke arah menangis bila hidungnya berair dan tersumbat..."mummy............mummy" sambil jari menunjuk arah hidungnya. Sekali lagi mummy picit hidung shasha dengan tisu putih tu. Tisu putih da basah....tapi hidung shasha kering sekejap je, lepas tu basah lagi...sian anak mummy.
Pagi tadi tak sempat nk pegi klinik, babah nk cepat. InsyaAllah petang ni kita pegi yer. Harapan mummy shasha ok selama berada umah babysitter.
Tengok saja muka shasha yg suka bergambar ni..kenmain senyum lagi. Pantang nampak kamera...senyum lebar hingga ke telinga..sampai sepet mata anak mummy. People said she look alike me...does she..? I dont c my reflection at any angle at her but most people say she is. Shasha has own her cuties. Nakal dan manja sering bersatu dalam setiap acara...berlari-lari sambil ketawa separuh menjerit. Menangis sambil menunjuk tangan/kakinya yang sakit. Memeluk sambil bibir yg dimuncungkan....shasha shasha.

Kalau mummy atau babah tak sihat, shasha pandai tanya..."mummy ok ker ?" ooh.....tq sayang fr your concern, mummy really feel bad today. We both having flu remember..?
Shasha juga demam selsema....tapi aku lebeh parah. huhuhuhu....dan yang jadi mangsa haruzlah babah yg kena menjaga kami berdua. hehehe...tq babah.