Dec 20, 2011

Sophie dah berusia 3 bulan

19 Dec - genap sophie mommy berusia 3 bulan. Makin tembam makin tomey makin tiut. Haiseh...hari-hari tengok pun tak puas. Bangun tdo senyum..nk tdo senyum, dah kenyang senyum, dah mandi senyum, asyik senyum jer anak mommy ni. Murah betul dengan senyuman. Tapi bila nak nenen, menangis - suara sophie besar betul. Serak dan diteran-terannya suara tu. Nampak mommy terus diam....Alahai ...sweet sungguh kamu.

Bila di agah, sophie mudah betul tersengih.- terus hilang matanya. Hik hik, pipi kamu sunggu tembam sophie hinggakan boleh menyembunyikan mata yg sedia bulat kecil itu. Sesekali sophie melonjak2 dalam buai. Tak reti nk duduk diam tandanya dah bosan. Bila mommy dukung, terus ligat kepala kamu pusing2 pandang keliling. Cari ape sayang...? Sophie nampak belon kakak shasha, biru gambar doraemon. Berkerincing ! Tak lepas mata kamu memandang.

Kakak shasha suka cakap-cakap dengan adik sophie . Ayat kakak "ape..ape adik ?" Alahai, pendek jek soalan kakak..tanya adik ape je. Macam lah pandai sangat adik tu nk jawab. Si adik sophie memang berkenan betul dengan kakaknya. Kalau tengok muka kakaknya yang membebel - tak berkelip mata si adik. Mommy yg memerhati dari jauh...terasa salju di hati mommy. Punya dua anak perempuan yang cantik dan mendamaikan hati. Hati sape tak senang.
                                                      ********************************
Hari ni lunch dengan mak abah - sekadar rojak dengan ABC dan cendol. SEKADAR ?? Ahaks...taip jek sekadar macam cket tapi punyalaa tamak makan hari ni tapi tak habis pun. Berbaki rojak yg tinggal mee dan kuah. ABC dan cendol- licin ! Hilang sudah ngidam mak nak minum cendol.

Sambil layan sms babah yang stress dengan kerja hari ni, mommy layan majalah Pa & Ma. Mencari barang2 yg penting keperluan sophie bila mommy start keje nanti. Haish, macam banyak plak nk kena beli, pastu semuanya tak murah. Duit lagi...!! (Sigh !!!) Kalau laa duit tu macam air hujan yang turun dari langit kan bagus. Macam petang yg basah dek hujan hari ni - mommy kutip jek duit2 yang bertakung, masuk washing machine utk perah kelembapan pastu gosok guna iron kasi kering. Kan...??! (cukup laa cter kartun mommy hari ni yer..)

Dec 17, 2011

Mommy tetap pilih babah..

Ni cerita semalam, sambil tunggu babah balik,mommy layan internet sampai x sedar ada org  curi masuk kawasan umah. Tetiba je ketuk sliding door. Gawat, terkejut dan takut..!! Nampak bayang orang jek dsebalik langsir...dan tiba2 ..bangcik!!!! Kureng asam btul.

Nasib baik mata yang basah dah kering sikit dek melayan blog sedih dari seorang blogger. Kebetulan kakaknya adalah kawan kepada mommy masa kerja kat 2nd level - Customer Serv DiGi dulu. Kasihan, 9 bulan dah hidup dalam kerinduan kepada suaminya yang telah meninggal dunia. Baca nukilan2 nya buat mommy tersentak seketika. Betapa kita lupa dan alpa terhadap kasih sayag yang patut kite hargai setiap hari. Bila org yg kita sayangi ada bersama kite setiap hari, kita buat tak endah je Bila dia tiada, walaupun 2 hari barulah terasa sunyi sepi, hidup tak bermaya. Ya....mommy rindu dengan babah. Setiap kali hujung perbualan kami akhiri dengan 'i luv u'. Yup..i love u so much dear. Biarpun badan berkalang tanah, ainn tetap sayangkan b.

Pernah suatu masa dalam kereta, mommy dan babah bercerita tentang syurga. Syurga itu indah..dan kita semua adalah muda. Tiada ibu, bapa atau anak. Tapi yg ada cuma pasangan yg kita kasihi. Yang isteri akan bertemu semula dengan suaminya jika kedua2nya d syurga. Jika seorang isteri yang berkahwin lebih dari sekali - maka suaminya yang terakhir adalah pasangannya d syurga.  Mommy yg mulut jahat ni terus tanya babah "let say the women married more than once but she love her 1st husband so much and wish to meet him in heaven..can she have that ??" Babah kata..wallahualam. D syurga, apa saja permintaan kita akan dtunaikan. Semua pun kita akan dapat. Wallahualam.

Mommy pandang ke luar tingkap. Mata sedikit berkaca. Kalau mommy nampak bidadara paling hensem dalam syurga pun, mommy tetap pilih babah.

                           ***************************************************
Semalam bangcik + isteri bertandang ke rumah. Bangcik jugak lah yang bikin hati aku separuh hilang dek takut petang semalam. Kunci gate pun tak guna coz boleh jek org nak masuk kawasan umah kita. Yang penting skang sentiasalah kunci grill kat pintu masuk tu. (yup !! perkara wajib skang )

Petang yg sunyi tanpa babah tu dserikan dengan kehadiran bangcik, walaupun langit sedikit mendung dan hujan bakal turun. Bila tetamu dah sampai rumah, baru semangat sikit nk masuk dapur. So petang tu mommy sediakan fettucene carbonara dan chocolate chip cookies. Choc cips cookies tu dah lama buat to fulfill shasha punya craving. Shasha suka selongkar kitchen cabinet mommy mencari something-something utk di makan. Jumpe cornflakes, cornflakes laa yg shasha kunyah. Jumpe tepong, gula pasir....shasha buat muka sedih jer. Mommy tanya "shasha cari ape?" Shasha jawab "shasha nk cookies....:( " Alahai sian anak mommy.

Donut Ball
Malam sikit mommy buat donut plak. Donut ni lama dah usha resepinya. Nampak senang je coz tak pakai mixer pun. Mommy malas nk kuarkan mixer ...nnt nk  basuh itu ini. Dah laa babah xde ni....xde sape nk temankan budak 2 org ni kat depan tv. So mommy buat donut - 1st trial..............AMAZING. Donut mommy menjadik lah. Ahaks, sukanya dalam hati, donut mommy menjadi.!!! (menyanyi nyanyi mommy dalam hati) Gebu dan lembut sangat. Serupa macam donut2 yang jual kat cafe & mall tuh. Yahooooo....

Dah siap goreng, mommy tunggu donut tu sejuk dan golekkan atas aising sugar bercampur cinnamon powder cket. Marvelous !! Shasha pun suka makan donut ni...3biji in a rows. Dasat shasha. Tgh malam shasha makan lagi, tapi cara shasha bit pelik. Dia gigit kulit luar je...owh !! baru mommy perasan - shasha nk makan icing sugar jek yer.

Dec 15, 2011

Baked penne cheese & Penang

again & again - macam biasa babah outstation to penang. Dah terasa cam dekat jek penang tu. dah tak heran dah. Kali ni 2 hari babah outstation lagi to penang. Sorry dear, mommy tak dapat nk hantar to airport. Mengusung sorang kanak2 dan seorang bayi adalah terlalu sukar buat mommy. Tunggu fifi besar cket baru mommy drive u to airport k. So terpaksalah babah naik motor hari ni..Ekceli ngengada jek babah ni...selalu tu bleh je naik motor tetiba plak malam tadi babah tanya - bleh hantar tak.

Bangun pagi ni...mommy gosok baju babah dan siapkan sarapan. Pergh !! Hari ni superb xtra special breakfast since mommy tak dapat hantar babah to airport. Baked penne cheese. babah sangat suke....dan tapaw skali. Huhuhuhu....

Adik nk masuk politeknik

3 hari lagi..adik nk lapor diri kat politeknik Behrang, Perak - akhirnya setelah bising mulut mak dan kakaknya mbebel suruh dia isi borang. Borang da tolong isi pun malas jugak nk sign. (sigh !!) Susah betul melayan adik lelaki bongsu ni, tau nak senang jek. Sumer nak orang tolong buatkan. Kalau nk tunggu dia buat..alamat mengamok lagi laa mak dan along nya ni. (sigh lagi !!!!)

Selepas berjanji dengan mak utk belikan adik baju melayu hitam ( keperluan sebelum register - mengada2 betul politeknik ni. macam2 plak yg dia nak..kemeja laa, slack hitam laa..baju melayu hitam laa, neck tie laa, kemeja-t laa, ) malam tadi terpaksa  mengusung si kecik fifi dan kakaknya shasha ke puchong mencari baju melayu hitam tuh. Separuh bimbang jika tiada saiz yg berkenaan...akhirnya. ! Jumpe jugak - melayang 1rat demi baju melayu ni. Mahal sungguh baju melayu tatkala membeli dluar waktu bulan puasa ek. kalau musim nk raya tu..baju melayu murah2 jek.

Selesai satu masalah.

Dec 3, 2011

Pasoh 4 - we was here.....

Pergh..siyes perjalanan dari shah alam to pasoh 4, jelebu memang memenatkan. Tambah pula dengan baju kurung ayu mommy dan calitan eyeliner yg sedikit tebal dari biasa. fuuuuuuuuuweeet !!!!!! but i really cant make it through with tudung all the way to pasoh - sorry babah, dalam kereta mommy bersantai dengan ekon depan muka. Adik fifi sedikit terganggu  lenanya sebab babah bawak laju dari kebiasaan.

Anyway,  Selamat Pengantin Baru buat my bff Hafizah abu hassan bersama pasangannya saudara Saiful. Doa saya buat kalian, moga hubungan ini dberkati Allah dan sentiasa kekal dalam rasa cinta hingga hujung nyawa.

Fiza sahabatku sayang
Usai sudah lelahku
Ringan sudah bebanku
Makbul sudah doaku...
mahukan kau bertemu kebahagian yg tiada berkongsi tanpa rasa dengki
yang mahukan kau merasa nikmat kasih tanpa kurang dan cacat cela
yang mahukan kau kenyang dengan rasa cinta tanpa berdosa

Fiza sahabatku
melihat kau gembira menjadi kegembiraan buatku
melihat kau tersenyum , mengukir senyum di bibirku
mendengar kau ketawa membuat aku rasa lega
yang kau kini bisa melakar kisah cinta novel kau sendiri - pastinya happy ending

Sahabatku sayang
aku bukan memiliki...bukan juga penjaga
tapi di kali ini...
aku melepaskan dikau pada yang berhak
mencintai dan menjaga kau selayaknya.
Selamat Pengantin Baru kawan.....
aku sentiasa doakan kau....bahagia berdua.

salam sayang,
ainnLee
3 Dec 2011-Jelebu