Mar 2, 2012

Sophie dah baik demam daah..

As usual, late entry lagi...last monday sophie demam. Sian anak mommy yg montel ni...sangkakan dia terlebih tido bile seawal jam 4am dah start mumbling. Rupa-rupanya sophie tak lena tdo. Mommy tak rasa badan sophie panas tapi dedar cket je. Mommy sangkakan sophie baik2 saja.

Mommy tinggalkan sophie dengan nenek..tapi jam 2pm nenek dah call mommy inform that sophie having high fever. owh.....kesian anak mommy.
Since babah stuck di KL x dapat balik awal, so mommy minta bantuan atok utk hantar sophie ke hopsital.

Tanpa babah di hospital buat mommy mengah juga. Kakak shasha pula nk ikut sama, stroller takde so terpaksalah mommy mendukung sophie yang kusssssssss semangat. Sesekali sophie merengek coz lama sangat kita menunggu. Almost 5pm baru dapat masuk bilik Dr. Dr kata tekak sophie sedikit merah....dah tentu kerana panas dalam badan. Dr masukkan ubat ikut montot. Tough sophie...tak nangis pun.

withLots OfLove,
mommy
02/03/2012

Feb 26, 2012

Langit tak selalu cerah

Dah hampir seminggu babah kerja keras - keluar awal pagi (ekceli takde laa pagi sangat...sbb sophie bangun lebeh awal dari babah. hehehe) dan balik pula dan tengah malam. Melebihi tengah malam pun ada. Mata babah dah separuh terbuka tapi tetap juga melayan jula-julinya yang 2 org ni.

Dalam seminggu yg lepas, dah 2x atok yg jemput mommy dari ofc. Shah alam pun sering saja hujan lebat waktu petang. Kerana hujan lebat lah rana pokok kaktus mommy. Rak kecilnya hilang ntah ke mana. Haduyai....Seminggu ni jugak otal mommy sangat penat. Yup, i should say im brain exhausted. Really really penat dengan meeting hampir setiap hari. Dengan email yang bertali arus, dengan entry order keliling pinggang dan report yang perlu dselesaikan. Huhuh......penatnya nk tunggu sampai gaji masuk. Huhuhuh...

Mommy dah berfikir bermacam perkara sebelum hujung bulan ni. Sebuk dengan majlis aqiqah sophie tak lama lagi. Memikirkan goodies apa patut mommy siapkan sempena majlis itu nnt. Buaian cantek tu mugkin tak perlu kot..mommy siapkan baju cantek sophie k... Huwaaa..sedihnya bila fikirkan rambut sophie yang baru start nk tumbuh tu akan dcukur. Alahai..botak laa anak mommy nnt.

mommy ainnLee
Shah Alam
26 Feb 2012

Feb 24, 2012

What a life....

Huh...it was a lazy day and my blog been corrupted. Haduyai....sumer setting sudah lari. Reset to the same template never been the same again sbb programming kat html lupa mau buat backup. Huhuhu...skang baru tau nape perlu buat backup kan.

Hate programming..hate so much! Terasa 3 tahun pengajian kat UPM tu sia2 je..masuk keje kat telco ni satu hapah pun tak guna. Huhuh...hari hari main excel dan buat numbering jek. What a life..? !!!

Feb 19, 2012

yeay...sophie dah 5 bulan!!

Genap sophie 5 bulan hari ni..dah pandai tunjuk perasaan. Tak suka nangis, bosan je nangis...lapar je nangis...poopoo je nanges...tak selesa je nanges. Hamboi hamboi hamboi.....this cute little lady da pandai tagih simpati bila tengok orang makan. Sooooo kesian. Mommy ngn babah tak sampai hati tengok baby sophie tanpa kelip memandang...sambil jilat2 bibir. hadudududududh.....

Sophie pun dah mula mengensot...normally baby akan mengensot ke belakang kan..? tapi this sophie mengensot dalam pusingan 360 darjah. Sangat kelakar...dah puas berpusing , sophie rebahkan pipinya yang semangat tu. Pun da mula duduk dalam walker..ingatkan nk carik walker yg murah je since baby xkan duduk lama dalam walker. Nanti nak berlatih berjalan plak kan...but tengok walker yg murah..x konfiden plak nk bagi sophie duduk dalam tu. Almaklumlaa..ngn little lady yang kuuuuuuuuuuuuuuuuuuus semangat..macam ada potensi je rangka walker tu patah. Hehehe...so beli laa yang agak2 boleh tahan lama. Untung2 bleh simpan sampai adik sophie lahir nanti....Ops...

Feb 15, 2012

Tentang mak

Mak skang berulang dari kg ke shah alam setiap minggu demi shasha & sophie. Nasib baik lah ada mak, jika tidak tak tau kemana arah mommy nak mengadu, nak meninggalkan shasha & sophie dengan hati tenang. Sekarang, hari2 pun jumpe mak...bila balik umah je mak dah siap masak, dah siap lipat kain, shasha & sophie dah siap pakai baju tdo. Untung ada mak, yang memudahkan hari2 mommy utk 2minggu ini.


Ada mak, malam2 mak minta on kan laptop..mak nak berfacebook. Mak teragak2 mengarah kursor..tercari2 huruf kecil di lappy mommy sambil meredupkan mata melihat perkataan2 yang mak taip d skrin. Makin sukar mak utk membaca dan menaip sedangkan mak dulu masuk skolah trengkas. Menaip, menulis dan membaca bagi mak adalah perkara mudah. Mak sepatutnya jadi setiausaha tapi abah pinang mak awal, seawal umur mak 20 tahun. So mak tak pernah kerja..tak pernah merasa makan gaji, tak pernah merasa mengecap nikmat menerima imbuhan hujung bulan. Mak cuma d rumah, mengemas dan memasak...menjaga serta mendidik anak-anak.

Ada mak, botol air di dapur mommy sentiasa berisi. Tak pernah kering..dan mak mengisi setiap jag dengan air juga. (hik hik....) Pinggan mangkuk pun sentiasa di cuci awal, mak tak bertangguh. Mak kata, mak suka basuh piggan mangkuk. Tak seperti mommy, mommy membasuh pinggan mangkuk kerana perlu basuh dan meninggalkan sudu garpu sebab mommy malas mencuci barang2 yg kecil sebegitu. Kalau babah belikan mommy sudu garpu pakai buang dah tentu mommy suka hati :P

Dengan mak, shasha sering d ajar dengan cara menjawab panggilan dengan baik. Terasa kekurangan pada diri mommy bila dulunya shasha hanya diam atau menjerit bila di panggil tapi kini, shasha menjawab dengan sopan skali.

Dengan mak, sophie tak kenal mana2 babysitter lagi. Dengan mak sophie belajar minum susu formula..tanpa jemu dan penuh sabar mak menjaga dan memujuk. Mommy tau sophie menangis..merengek tak mahu botol susu dan puting latex tu. Tapi mak suapkan juga botol susu tu walaupun sophie menolak..bimbang sophie lapar. Adamasanya sophie lebih rela tdo dalam kelaparan. Mak masih menunggu sophie bangun...dah bila sophie menangis lagi....mak susukan sekali lagi. Sophie dah tak mampu menolak...sophie laparkan sayang. Terpaksalah menghisap susu botol tu..dan begitulah sophie belajar menyusu dari botol dengan mak. Untungnya ada mak..yg sudi meluangkan masa.

Mak semakin tua..dengan 2 cermin mata..satu utk membaca dan satu lagi utk menonton tv. Tak pasti kenapa mak ada 2 cermin mata begitu..kadangkala abah pula berkongsi cermin mata dengan mak. Mak dah tak kuat..seiring dengan usia yang meningkat. Mak sering sakit belakang, sakit kaki tapi masih mak ke sana sini, menguruskan shasha dan sophie.

Terima kasih mak....terima kasih banyak2.