Mar 13, 2012

Cerita hari ke-3

Shasha masih lagi menangis...masih mommy perlu menenangkan shasha di tempat tidur yang sama. Mommy bersalah kali ni sebab tak mampu berjanji untuk kembali selepas 4 jam. Hari ini, kamu perlu tinggal hampir 10jam bersama babysitter. Masih mengalir airmata kamu waktu mommy tinggalkan kamu sayang. Masih mommy bekalkan mentos anggur dan majalah upin ipin itu. Dan adik sophie sekadar memandang dan menarik baju si kakak shasha.

Mommy melihat sophie..dan melihat dua bayi lagi. Babysitter kata 2 bayi lelaki itu permenant di sana. Mommy kecewa !! Kerana 2 bayi tu hampir saja sebaya dengan sophie..mana mungkin seorang babysitter mampu menjaga 3 bayi dengan baik + toddler macam shasha. Mommy hela nafas panjang....
                           ************************************************

Jam dah 6 pm, mommy dan babah tak sabar nk ambil shasha dan sophie. Dari jauh mommy dah nampak shasha dan sophie berteman babysitter dluar pagar. Shasha bermain bunga...menjerit tika nampak mommy dan babah. Kamu peluk erat babah seakan lama sangat x jumpa.

Syukurlah shasha dan sophie baik2 saja cuma adik sophie saja yang sering tak cukup tido.

Mar 7, 2012

Cerita hari ke-2

Hati mommy meruntun sayu. Ya, mommy sangat sedih...sangat sangat sedih meninggalkan shasha n sophie dengan org yang baru saja kamu kenali selama beberapa jam. Tapi mommy kuatkan hati, mommy mencari semangat dalam diri sendiri demi kamu berdua. Mommy tau kamu tak suka, lebih2 lagi buat shasha.

Bercerita tentang shasha di hari pertama mommy kenalkan dia pada babysitter baru. Shasha melangkah masuk tanpa mengerti apa2 dan bila mommy bgtau itu bbsitter shasha...shasha hanya sorokkan muka ke dada babah. Hampir 2 jam mommy di rumah itu, tak sampai 10minit kamu mengangkat muka. Berbeza pulak dengan sophie, teguran babsitter itu kamu sambut dengan sengih meleret. Mommy tak bimbang tentang kamu manja mommy, si sophie. Kamu baik2 saja..tak meragam..tak menangis walau sedikit pun. Lega hati mommy, sekurang2 nya mommy hanya ada seorng yg mommy perlu fikirkan..bukan dua !

Pagi hari pertama, shasha menangis...menjerit2. Perkara yang mommy sudah jangkakan akan berlaku. Tapi kamu buat sesuatu yang x sanggup mommy tengok. Shasha peluk kaki mommy sekuat hati...tak mahu melepaskan tapi apalah daya mommy sayang..mommy perlu bekerja demi kita. Babah juga perlu kerja...(waktu ni, babah dah lari jauh ke kereta meninggalkan mommy melayan shasha seorang diri). Berjurai-jurai airmata shasha mengalir. Mommy dudukkan shasha, mommy cuma pesan....4jam lagi mommy datang ambil. Dan selama 4 jam yg berlalu itu, yes.....shasha hanya tidur. Cerita babysitter, shasha tak sedikit pun menunjukkan muka..tak meminta susu seperti biasa. Mommy sampai di sana, melihat shasha masih berbaring dan lena. Airmata dah kering di pipi kamu sayang. Mommy kejutkan shasha....dengan pantas shasha bangun. Gembira!!! dan shasha terus menyarung selipar utk beredar segera.

Itu cerita shasha di hari pertama. Sophie pula tiada ragam yang luar biasa. Sophie dah siap mandi, memakai romper hijau yg babah belikan dulu. 'Born in 2011'.

Pagi hari kedua, mommy & babah melencong ke 7-eleven dulu. Belikan shasha buku upin ipin dan mentos shasha. dengan harapan kamu tak menangis lagi. Tapi semua tu tak mampu membuatkan kamu rasa sedap hati utk di tinggalkan. Mommy pujuk shasha...mommy baringkan shasha di tempat yang sama. Tangis shasha reda sedikit..menutup muka dengan bantal. Erat menggenggam mentos dan majalah upin ipin itu mommy selitkan sebelah bantal kamu. Mommy pesan - 4 jam lagi mommy datang ambil.

Cerita babysitter, shasha hanya tunjuk muka seketika...dan hanya memanggil utk meminta susu. Tiada kata ganti nama....hanya 'eh, shasha nk susu lah'. Tika mommy sampai ke sana, shasha masih dengan baju tidur. Separuh menjerit bila nampak mommy. Mommy melangkah masuk ke dalam rumah...sophie dalam walker merah yg sama sekali bukan kepunyaan kamu. Tak cantek hokeh !!. Tapi sophie berada di hujung sudut sana, tika babysitter itu menguruskan seorang lagi bayi yang demam + selsema.

Owh..ni laa yang mommy tak suka. Mommy paling tak suka kalau anak mommy demam. Mommy taknak sophie berjangkit dengan bayi yang demam tu. Cepat2 mommy ambil sophie..kesian anak mommy - nampak letih sangat. Waktu tu, dah pun jam 2pm..waktu sophie tidur Tapi sophie dalam walker...sendirian. Hati mommy meruntun hiba..tapi mommy diamkan saja. Sampai saja di rumah kita, mommy mandikan shasha dan sophie. Mommy nenenkan sophie....shasha juga dengan botol susu. Dan Sophie merengek2 mahu tidur. mengantok benar kamu sayang....mommy tidurkan kamu tanpa buai, dan lena kamu berpanjangan sehingga babah tamat waktu kerja. Lebih 3 jam sophie tidur petang tu.

Shasha pula mengusai laci makanan ringan..mengunyah coco-pie seperti lama sangat tak makan. Aduhai anak2 mommy, kenapa harus begini. Sophie kenyang dengan susu tapi tak dapat tido mengikut rutinnya. Shasha pula sengaja dalam lena kena ingin masa cepat berlalu.

Hati mommy mane yang tak hiba, bila tengok anak sendiri yang tak bahagia. Mommy tau takkan sempurna seperti mana mommy yang menjaga tapi cukuplah sekadar sophie tdo selesa, bukan di atas walker, bukan di bahu..bukan sekadar di atas tilam nipis itu. Mommy tak harapkan yang paling bagus utk anak2 mommy tapi cukuplah sekadar anak2 mommy bersih dan wangi dengan bedak dan wangian yang mommy bekalkan. Tapi, sumer itu kekal dalam paper bag, tak berusik. Sophie berganti baju..tapi bersabunkan kamu..berbedakkah kamu, berlosyenkah kamu..??

Malam hari, mommy melihat anak2 mommy happy bergelak tawa, bergurau senda. Tanpa rasa risau tentang esok hari. Mommy mengira2 waktu mommy bekerja...segeralah babah juga habis kerja supaya dapat jemput kamu berdua. Malam itu, mommy lenakan kamu dengan susu dan malap lampu. Malam masih awal tapi kamu semua dah bergelimpangan di atas katil bersama mommy dan babah.

Mommy tutup cerita utk hari ke dua....mommy tunggu utk hari2 seterusnya. Mommy doakan shasha dan sophie gembira di sana sementara tunggu mommy habis kerja. Tapi, jika keadaan memaksa, mommy akan usahakan mencari persekitaran yang lebih baik buat kamu. Biarlah mommy berhabis, demi seyum dan ketawa anak2 mommy.

Mar 5, 2012

The new day...

Today is the new day....for shasha & sophie. Hari ni bermulalah hari bersama babysitter - BARU buat shasha dan yang PERTAMA buat my youngest sophie. Awal pagi lagi mommy dah siapkan barang2 anak-anak mommy..pack punya pack....dah 3 bag ler plak. Babah siap pack walker sophie lagi. Nasib baik tak perlu bawak buai....huhuh.

Pagi tu..hujan lebat sangat. So mommy n babah sedikit lewat keluar dari rumah. Tapi shasha n sophie awal pula buka mata pagi ni. Si kecik sophie dengan sengihnya sambil bermain bantal dan si kakak shasha pula dengan rambut kusut masainya. Ok, perjalanan pagi tu ok ok saja...since si kecl sophie sebuk bermain2 dalam kereta dan kakak pun asik senyum jer. Sampai d rumah babysitter, mommy tengok dah ada livina putih park depan rumah. Rupanya dah ada sorang baby boy dah sampai..hmm, katanya shasha dan sophie SHJ. Ok, diamkan saja sambil mommy melayan hujan renyai2 pagi tu. Sophie macam biasa terlebih mesra...orang ambil, dia sengih saja . Kakak shasha dah start menangis, pastu meraung pula. Paling mommy tak boleh tahan bila shasha peluk kaki mommy. lalalala citer kassim selamat gitu....Puas mommy pujuk shasha ....hati mommy sedih sangat, nk nangis sama. Tapi mommy tahankan saja.. sbb hanya 4jam sayang. Thari nnt mommy datang semula ambil shasha dan adik yer. Mommy tinggalkan shasha dengan tangis yang masih berpanjangan. Hati mommy sayu, takut, bimbang......dalam kereta, airmata mommy merembes laju !! ye mommy faham..kamu takut. Tapi mommy tinggalkan bersama org yang dah mommy yakini boleh menjaga shasha masa mommy bekerja

                                                  **************************

Tengahari pun tiba. Mommy melangkah laju ke rumah babysitter mencari shasha n sophie. Sophie baru lepas menyusu...tapi mommy tak dengar suara shasha. Mommy masuk rumah..mommy tengok shasha masih tidur. Taat sungguh kamu shasha - mendengar pesan babah. Kalau mahu masa berjalan pantas, shasha tdo saja yer.. Benarlah shasha tdo saja.

Mar 2, 2012

Sophie dah baik demam daah..

As usual, late entry lagi...last monday sophie demam. Sian anak mommy yg montel ni...sangkakan dia terlebih tido bile seawal jam 4am dah start mumbling. Rupa-rupanya sophie tak lena tdo. Mommy tak rasa badan sophie panas tapi dedar cket je. Mommy sangkakan sophie baik2 saja.

Mommy tinggalkan sophie dengan nenek..tapi jam 2pm nenek dah call mommy inform that sophie having high fever. owh.....kesian anak mommy.
Since babah stuck di KL x dapat balik awal, so mommy minta bantuan atok utk hantar sophie ke hopsital.

Tanpa babah di hospital buat mommy mengah juga. Kakak shasha pula nk ikut sama, stroller takde so terpaksalah mommy mendukung sophie yang kusssssssss semangat. Sesekali sophie merengek coz lama sangat kita menunggu. Almost 5pm baru dapat masuk bilik Dr. Dr kata tekak sophie sedikit merah....dah tentu kerana panas dalam badan. Dr masukkan ubat ikut montot. Tough sophie...tak nangis pun.

withLots OfLove,
mommy
02/03/2012

Feb 26, 2012

Langit tak selalu cerah

Dah hampir seminggu babah kerja keras - keluar awal pagi (ekceli takde laa pagi sangat...sbb sophie bangun lebeh awal dari babah. hehehe) dan balik pula dan tengah malam. Melebihi tengah malam pun ada. Mata babah dah separuh terbuka tapi tetap juga melayan jula-julinya yang 2 org ni.

Dalam seminggu yg lepas, dah 2x atok yg jemput mommy dari ofc. Shah alam pun sering saja hujan lebat waktu petang. Kerana hujan lebat lah rana pokok kaktus mommy. Rak kecilnya hilang ntah ke mana. Haduyai....Seminggu ni jugak otal mommy sangat penat. Yup, i should say im brain exhausted. Really really penat dengan meeting hampir setiap hari. Dengan email yang bertali arus, dengan entry order keliling pinggang dan report yang perlu dselesaikan. Huhuh......penatnya nk tunggu sampai gaji masuk. Huhuhuh...

Mommy dah berfikir bermacam perkara sebelum hujung bulan ni. Sebuk dengan majlis aqiqah sophie tak lama lagi. Memikirkan goodies apa patut mommy siapkan sempena majlis itu nnt. Buaian cantek tu mugkin tak perlu kot..mommy siapkan baju cantek sophie k... Huwaaa..sedihnya bila fikirkan rambut sophie yang baru start nk tumbuh tu akan dcukur. Alahai..botak laa anak mommy nnt.

mommy ainnLee
Shah Alam
26 Feb 2012