Mar 23, 2012

Congrats dear !

Hampir berakhir sudah minggu ke-3, shasha dan sophie ok-ok saja. Bila mommy hantar ke rumah babysitter di awal pagi, tiada lagi tangis tiada lagi raungan sambil pegang kaki mommy. Si adik sophie lebih dari ok siap ketawa-ketawa lagi. Bila mommy datang semula lewat petang, shasha dan  sophie dah siap mandi, shasha happy saja sambil menjerit-jerit panggil mommy dan babah. Melompat-lompat di muka pintu rumah babysitter sambil pegang beg susu. Alahai kakak shasha, tak sabar benar kamu nak balik ye. Sophie yang di dukung babysitter, sengih je tengok kakak yang terlebih aktif.

Semalam babah bagitau berita genbira, bukan lah berita gembira buat mommy pun tapi tumpang gembira sebagai kakak. Well, tahniah dear, having your 1st item on your own !! Perasaan memiliki yang paling best kan..? Mommy dah berkira-kira utk pergi ke mana for celebration. Mommy dah start blogwalking fav blog mommy...dan menyenaraipendek resepi kek yang mommy nak masak.

Tapi.......resepi ni terpaksa di simpan semula dalam buku. Tak jadilah nak buat...since org yang mommy nak celebrate takkan sampai ke shah alam. Reason why.....tak boleh naik komuter sendirian. Cancel nak pegi Bagus! Cancel nak stay up to bake !

Mommy tengok saja resepi ni...tengok saja gambar ni sambil mencari-cari masa yang sesuwai utk bake kek ni. Dah tentu yang kenyang nanti, babah shasha n sophie jugaaaaaak. Aduhai, bile masalah babah shasha n sophie ni dapat kurus kalau mommy asyik nak masak sesuatu yang tinggi kalori je..? Hmmmm....

Ok lah, knowing you; adik as anak yang sentiasa dmanjakan..so terpaksalah mommy beralah saja. Anyway, congrats adik for your new aset !


with lots of Love;
ainnLee
23/03/2012

Mar 16, 2012

Si bunga hati yang demam.

Bunga hati mommy dah babah; yakni sophie tak sihat pula. Tidak demam tapi batuk dan selsema. Yang mommy bimbangkan sejak 2 minggu lepas berlaku juga. Apalah daya mommy menolak virus yang mengunjungi kamu sayang. Bukan dari kakak kamu si nada shasha, bukan juga dari mommy dan babah jangkitan kamu ini...
Sophie batuk..tau tekaknya tak selesa tapi kamu kecil lagi utk mommy berikan ubat batuk. Sophie selsema...tapi kamu Dr. pun tak bagi ubat selsema. Mommy tau kamu tak selesa utk bernafas..mommy redakan dengan salap ke dada kamu, moga kamu rasa sedikit tenang. Mommy tidurkan kamu dengan bantal yg sedikit tinggi dari biasa, dengan harapan kamu tdo lena.

Terkulat2 sophie waktu mommy berikan ubat demam. Perisa yang luar biasa selain susu formula dan nenen mommy ye sayang...? Dahi sophie berkerut tanda tak sedap. Telan ye sayang, supaya sophie cepat sembuh dari demam. Nenen banyak2 ye..supaya batuk dan selsema cepat2 pergi.

Mommy lihat kamu tdo...dengan dodoi sumer lagu yang mommy tau. Sophie sengih saja...kamu suka lagu ye sayang ! Mommy dont sing..but i do when it's all about shasha n sophie. Sesekali mommy humming lagu 'Bulan & Bintang' - lagu P.Ramlee. Tak igt lirik tapi nadanya cukup utk buat kamu selesa. Cukup utk kamu tau mommy ada di sisi mendodoi kamu..dan kamu memaling muka ke kanan utk lena. Hmmm.....tdo lena sayang. Mommy nk google carik lirik Bulan Bintang tu. Later mommy nyanyi dengan lirik penuh yer.... hehehe.


ainnLee
16/03/2012
shah alam

Mar 15, 2012

Yang hilang...

Yang hilang berjumpa di highway
yang hilang bertemu rentung
yang hilang bertemu terapung.
Tak pernah habis kisah anak2 yang hilang
nyawa akhirnya tamat di tangan orang..di tangan alam.

Mana hilang kasih sayang
Mana hilang perikemanusian
Mengapa perlu menjadi binatang
Lantas kehilangan waras akal

Kaki kecil itu tak mengerti apa-apa
Maka bimbinglah dia
Jangan tersalah arah, jangan terjatuh
Jangan hilang dari pandangan ibumu sayang

Tangan kecil itu tak pernah berdosa
Maka jagalah dia seperti nyawa
Hargailah dia seperti hadiah

Benar dia pinjaman tapi bukan utk di permainkan
Bukan dengan mudah utk di lupakan
Dia yang dsemai sekian lama, bukan mudah utk dilahirkan
Seperti selangkah ke gerbang maut
Namun lahirnya di sambut
Dengan airmata tanda gembira

Anak-anak ini bunga syurga
Hidupmu di dunia bertemu ibu buat sementara
Memberi puas menciummu buat seketika
Tika dirimu di jemput dalam keadaan ibu yang tak bersedia
Tapi harus juga menerima keadaan yang memaksa
Melepaskan kau pergi bertemu yang Esa.

Damailah kamu di sana sayang
Yang hilang bukan mudah utk digantikan
Kamu kekal anak-anak ibu yang di sayang
Kekal dalam hati, kekal dalam ingatan...


ainnLee
15/03/2012
Shah Alam

Mar 14, 2012

[Piccas]







Wanita yang saya panggil mak dan bonda..

Bercerita tentang emak saya, yang zaman mudanya sangat langsing. Melihat mak dalam foto tahun 80-an dulu sewaktu mendukung saya..mungkin juga saya dah berusia setahun waktu itu, mak tersangat laa kurusnya dengan blouse biru dan skirt krim. Rambut melepasi bahu d biarkan terurai begitu saja. (fesyen zaman lalu) Tapi skang mak selalu je pakai baju kurung. Hari-hari biasa pun mak pakai baju kurung, bila berjalan ke mana2 baru lah mak menyarung jubah. Rambut mak yang masih melepasi bahu tu skang dah bersimpul di bawah lapis tudung labuh mak. Tambahan - mak dah pakai cermin mata. Ngeeeeeeee..

Seiring dengan perjalanan masa, mak semakin jauh di bawa usia. Mak selalu cakap mak sakit pinggang. Fisioterapi mak setiap bulan di HKL. Mak cerita, itu saja yang termampu waktu ini kerana Dr. tak lagi menyarankan pembedahan lantaran peratus utk kembali pulih ada 50% shj. Sukar utk mak berjalan, berdiri pun tidak boleh lama...tapi dengan keadaan mak yang sakit itu - sebulan mak menjaga shasha dan sophie. Credit utk abah yang meringankan beban mak.

Lewat 2mg lalu, mak kata sakit mak makin parah. Mak tak boleh bangun dari katil. 2 hari mak terlantar...kaki mak terasa kebas saja. Saya mendengar dalam diam -kalaulah saya boleh berbuat sesuatu. Sesekali mak perlu ke bilik air, nasib baik lah ada abah yang masih punya kudrat memapah mak. Pesan Dr. mak perlu kurangkan berat badan supaya berat itu tidak membebankan tulang belakang mak. Kesian mak...2 hari mak tak bangun, 2 hari mak tak masak. Hanya abah yang memegang sudip..mendadar telur makan bersama nasi putih.

Cerita bonda pula berbeza. Ibu mertua saya yang tak pernah kenal erti penat. Penat bekerja hingga tak perasan dirinya tak lagi berkemampuan. Dan akhirnya bonda pernah pengsan. Kali ni, bonda sakit lutut. Sakit yang memaksa bonda saya utk mengakuinya. Tak mampu utk berdiri, berjalan dan meneruskan rutin menjaga cucu seperti biasa.

Bonda sering memaksa diri. Sering berkata bahawa dia tak apa-apa. Tapi saya nampak kepenatan itu tatkala bonda tertidur depan tv. Bonda yang dulu sebuk bermain tepung - membuat kuih skang masih dengan tepung, bezanya susu tepung utk cucu-cucu yang djaga. Masih bonda tak berehat, masih bonda tak punya masa utk diri sendiri.

Saya melihat 2 wanita yang sering menafikan keadaan diri sebenar. Sentiasa tabah dan kuat dalam kesakitan dan saya..? sering saja mengeluh dalam kepenatan. Penat bekerja dalam keadaan pejabat yang berhawa dingin, penat menggerakkan jari2 utk membalas email sambil kaki berhayun perlahan mengikut muzik dari earphone saya. Saya terlalu selesa..dan masih saya mengeluh ?

Buat wanita yang saya panggil mak dan bonda..kamu wanita  hebat. Bertuahnya saya punya mak dan bonda yang tabah dan kuat melayan penat dan sakit. Saya mencari kesempatan, mencari ruang dan waktu...utk membawa kamu....mengisi ruang sendiri utk berehat....bergembira....dan melayan orang2 yang kita sayang. Membawa kamu melihat satu sisi yang jauh dari rutin hidup..

Moga mak dan bonda d kurniakan kesihatan yang baik sehingga saya punya waktu membawa kamu keluar bersama.

salam sayang tulus dari saya.
ainnLee
14/03/2012