Apr 9, 2012

Shasha & Sophie on Sunday holiday...

Sunday holiday..sambil mommy sebuk mengukis chocolate oat permintaan mekshoo yang nun d Sg Petani..anak manja mommy si bunga hati sophie ni sebuk bermain tuala. Mentang-mentanglah dah pandai mengorak langkah dengan tools - walker nya. Sophie dah pandai tarik sana..tarik sini. Sambil mommy sebuk dengan kukis mekshoo..sempat mommy snap gambar sophie dengan walker nya ni.

~muka puas hati dapat tarik towel sendiri~
 Mekshoo, jangan lupa bagi upah kat model cilik mommy ni yer...penat dia berdiri tepi meja nk tinjau doh kukis ni. Nak tolong canai tak mampu...tolong tengok je. At last, jadi tukang makan juga.

Dah lama tak balik...

Surat Untuk Mak- by JomSayang

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak..... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya.

Apr 5, 2012

Jangan terlalu cepat dewasa

Shasha menangis..sedikit merah pipinya. Mommy menahan rasa sakit, kasihan dan sayang. Anak mommy sayang, kamu mungkin tak tahu....tapi kamu tak patut begitu. Itu babah sayang.....bukan begitu caranya bercakap dengan babah, bukan begitu caranya membentak pada apa yang babah minta shasha buat. Harus kamu faham sayang....bukan sebab babah tak sayang, bukan sebab babah tak suka...tapi babah perlu marah utk didik shasha. Menjaga adab shasha....perlu hormat, perlu tolak ansur.

Mommy melihat airmata kamu menitis laju.....mommy dakap kamu. Erat ! Masih kamu mendayu-dayu menangis. Maafkan babah ye sayang....maafkan mommy juga, kerana kekurangan mommy dalam mendidik kamu...sehingga kamu begitu.

Mommy usap rambut shasha yang panjang, sepenuhnya menutup dahi....masih terlihat matanya yang masih merah dan basah. Mommy susukan sophie, yang dari tadi terpinga-pinga melihat kakak kesayangannya menangis - di marah babah. Sophie yang kecil ini masih tak mengerti apa-apa. Di kuis rambut kakak shasha, tapi shasha hanya diam.

Seketika mommy biarkan shasha di atas katil, sambil mommy terus susukan sophie. Mommy lihat shasha semula..kamu senyap sambil merangkul selimut.....mengalir perlahan airmata kamu. Aduhai....sayu mommy melihat kamu. Mommy memandang babah..minta memeluknya seketika.

Shasha yang masih manja, masih mahu berdukung sama seperti zaman bayinya. Masih mahu di pujuk dan di belai..masih mahu menyusu botol..masih mahu di dodoi sebelum tidurnya. Anak mommy yang manja...kamu semakin dewasa sayang. Bimbang membiarkan kamu dewasa tapi mommy tak upaya menghentikan masa. Kamu akan tetap menjadi bayi di hati mommy dan babah....

Jangan terlalu cepat dewasa...bimbang mommy dan babah terlalu cepat merasa kehilangan kamu.


Salam sayang dari mommy;
05/04/2012

Mar 28, 2012

Thanks to u too....

 ~ Nota dari babah ~
Nota dari babah, yang mengejutkan mommy di awal hari. Lanjutan dari menu makan malam yang mommy sediakan malam isnin lepas. Tengah malam babah makan lagi...sayang dan x mau membazir katanya. hik hik...tau babah lapar sebenarnya kan..??

Syukur kerana masih punya masa utk memasak demi suami dan anak2. Alhamdulillah, yang ku masak ini menyenangkan selera suami dan anak2. Nota ini buat mommy tersenyum di awal pagi.....terima kasih buat kamu juga, kerana dapat ruang cintamu ...'Cinta Bersatu'

with lots of Love;
ainnLee
28/03/2012





Mar 27, 2012

Yeay..sophie dah masuk 6 bulan. Dah amik injection...dah mula makan cerelac...dah mula mengensot.....(tapi ke belakang dan berpusing 360 darjah..dah mula pandai nanges bila kena tinggal...dah pandai ketawa !!!!

Ini lah yang menarik pasal sophie ni..susah betul nk dengar anak kecik mommy yg sorang ni ketawa. Paling best, last sunday mommy berpeluang golek-golek dengan sophie atas katil. Tiba-tiba nada hati mommy, si kakak shasha datang menempel....permainan kakak shasha jatuh atas katil; hampir dengan muka si bunga hati mommy; sophie. Kakak jerit oks!!!! (instead of opsss ) dan si adik sophie ketawa berdekah-dekah. Mommy minta kakak shasha kata oks!!! lagi..dan adik mmg ketawa berdekah-dekah. Sampai hari ni kalau mommy nak dengar si sophie ketawa..kena jerit oks!!! Hik hik.lawak laa sophie ni.

Shasha pun satu hal juga, nape oks!!! instead of opsss... haduyai. Si kakak pun sama pelik. Till now, shasha still failed of arranging her words in sentence. Dah sama macam india nak cakap melayu plak.

Last Sunday jugak, mommy start suapkan sophie makan cerelac gandum + madu. Ekceli before this mommy dah suap adik dengan ice cream, just nk tengok sophie pandai buka mulut dan telan makanan tak. Pergh !! dapat benda yang manis kenmain lagi si dia. Terkulat-kulat pandang mommy lagi dengan mata yang berkata-kata "mommy, nak lagi...." So, for the 1st meal..sophie dah berjaya abiskan 4 scoop cerelac + 1 scoop susu + air. Yeay!!! sophie berjaya.......







Seperti cerita kakak shasha yang ayatnya kadang-kadang mengundang lawak di hati mommy dan babah. There's one day,  sesampai saja di rumah..shasha dah pandai buka pintu kereta sendiri. All on her own..dan menjerit.."Babah, tengok..shasha berjaya!!!" Sungguh ayat buku..mane shasha dapat pun tak pasti. Dan babah membalas..."wah, hebat nya shasha" Again, ayat buku. Mommy dan babah berpandangan dan kami ketawa!


Sophie dah pandai mengensot....golek golek ke kiri dan ke kanan. Sampai satu masa, ensot punya ensot...mommy dah dengar sophie menjerit nanges je. Mommy berlari2 mencari sophie..laa dan tersepit bawak sofa rupanya. Sian anak mommy..tapi mommy sempat ketawa dan amik gambar dulu. Hik hik..jangan marah ye sayang, dah dewasa nanti tentu kamu sendiri akan ketawa tengok gambar ni.