Aug 9, 2012

Katakan tidak pada ZALORA

Facebooking and blogwalking sambil buat keje..jiwa kacau sebab tak sabar nk tengok en suami cat rumah. Jiwa kacau sebab kukis raya tak siap lagi...jiwa kacau sebab takde baju kurung nak pakai d pagi raya. Aduhai.....sedang saya beria-ria mencari baju raya di online..tetiba jumpa dengan mende ni...ekceli nampak kat fb cousin...

Terus batalkan nawaitu shopping online. Tersentak seketika ..so far tiada lagi pengalaman yang mengguris perasaan tapi pengalama tecerwidad ni buat saya rasa seram jugak. Jumlah ringgit bukan ukuran tapi kalau seposen pun duit jugakkan...?

Baca lagi luahan sempoi dan terbarai tu kat sini : JANGAN BELI APA-APA DARI ZALORA.

Aug 7, 2012

Piccas


Ini babah and sophie  - seia sekata, berganding bahu, bersama-sama ...tdo petang dengan lena. Mommy yang candid gambar dengan penuh rasa jealous. 


Ini adik sophie - my cookies tester. 

Kawan saya seorang mixer .

Sedih bangat ni..sebab mixer Cornel kesayangan saya dah jammed. Tak boleh beat butter dan gula lagi....tugasnya yang terakhir adalah petang 6 Aug 2012. Nasib baik batter saya yang terakhir bersamanya itu da kembang cket. Boleh laa terus adun dengan tepung dan gentel jadik cookies. Kalau tak, membazir 400g butter.

Anyway, u have served for 5 years cornel dearie. For these 5 years dah banyak kamu berjasa pada saya. U was my best wedding gift, dengan kamulah saya dapat menjamu kawan2 opis dengan kek, kukis dan segala macam benda. Credit atas segala usaha kamu selama ni. Kamu sahabat dapur terbaik saya. Saya sedih kerana terpaksa meminggirkan kamu...sebab saya dah ada sahabat baru aka mixer Panasonic.

Shopping raya @ SOGO and Jalan TAR - part.2

Shopping baju raya anak2 kat SOGO , mudah bagi saya. Sebab satu level tu memang utk pakaian budak2 je. So dari GF naik escalator dari satu level ke satu level, hinggalah ke satu tahap anak perempuan sulung saya separuh menjerit "mommy, janganlah main-main ni !! " Saya yang mendukung sophie di bahagian depan escalator memalingkan muka. Shasha ingat saya main2 dengan escalator sebab lepas satu -satu level tak jugak sampai2 lagi. HIk hik...shasha shasha. Pakaian kanak2 tu kat level 4 laa...mommy bukan suka-suka nk main dengan escalator ni. Hish..banyak lagi keje lain mommy boleh buat dari ni....

Sampai je kat level 4 - pergh ! Saujana mata memandang. Banyak gler pilihan...depan escalator dah berderet-deret pakaian kanak2 dengan diskaun 50%. Mula laa para ibu2 ni memulakan sesi pemilihan mengikut saiz anak. Tengah2 pilih - anak kecik pulak menjerit. Ada yang seronot jek tdo dlam stroller masa ibu2 sebuk pilih baju kakak dan abang2 nya. Macam sophie saya, lena dia tdo. Senang keje saya dan suami...cuma perlu layan karenah si kakak shasha je yang kejap-kejap nak air 'tosong' lah (air kosong) , nak air eslemontea ( ice lemon tea), nak biyak laaa (poo poo ) . Macam2 hal - mommy dah bawak p toilet, boleh plak shasha cakap "tak jadi lah mommy, shasha nak tencing jer". Haduyai...geram sungguh ngan karenah anak saya shasha ni. Itu belum lagi ngn rengek nya yang nak duduk dalam stroller coz malas nk berjalan. Saya nak usha baju kat badan shasha  pun susah. Darah mommy sedikit boiling ...tapi sabar jek. Guna pendekatan lemah lembut, manja dan sayang sayang gitew. Amik masa cket but syukurlah..nak jugak shasha mendengar kata.

Di sebabkan sophie yang baik saja - dan kakak shasha yang mendengar kata, mommy sempat shopping baju anak2 buah kesayangan mommy. Baju atui, bobot, wafa, faris dan fadhlan dah siap dalam koleksi. Tunggu masa nak bayar jek.

Settle bahagian anak2 - hunting bahagian lelaki pula. This time saya biarkan 'my man' memulakan pencariannya sendiri. Saya taknak sekat selera dan kaler yang dia pilih - kite tunggu dan lihat saja. Nasib baiklah apa yang di pilih babah shasha dan sophie kali ni adalah dalam kategori boleh pakai. Rasanya babah dah sedar yang babah da tak muda. Hik hik.....

Lately babah shasha dan sophie selalu bercerita tentang anak2 kecil yang memanggilnya dengan panggilan pakcik, uncle. Rasa pelik dan kelakar - ye laa, masa dulu kite yang panggil orang makcik, pakcik..skang org lain plak yang panggil kita begitu. So babah kena terima hakikat yer....we're not young anymore.

Baju mommy mana ? Soklan en suami menyedarkan saya. Oh ye laa...saya leka memilih baju anak2 dan suami sampai tak hirau baju sendiri. Turun lagi satu level - Nah, amik kau ! satu level tu baju for ladies tapi tak banyak yang perangkap perhatian saya. Cuma sambar satu blouse kaler jingga  utk di padankan dengan skirt yang dah sedia ada. Dan tshirt alalalalal korean cutting. Itu saja buat saya...hmmmmm

Kesimpulannya, saya puas hati bershopping di SOGO kali ni. Babah shasha dan sophie lah yang sangat berpuas hati coz dapat shopping baju Padini dengan diskaun 50%.

For those yang ada intension nak bershopping kat SOGO, can give a shot. Tak rugi rasanya..but shopping on weekend will be yg additional challenge. I bet ramai gler orang dan parking space pun takde. Saya yang pegi hari khamis pun bersusah payah mencari parking space di parking lot SOGO. Dah settle shopping, bayar duit parking je RM15. Pergh !!


Aug 5, 2012

Shopping raya @ SOGO and Jalan TAR

Hari Khamis - amik cuti. Ofc mate pun tanya nape tak apply hari Jumaat jer..? Sebab Jumaat ada solat Jumaat, takkan nak hangkut en suami merayau2 dalam SOGO during that pray time. Hish gler...Kalau kat Kelantan, dah kena tangkap dah sebab tak solat Jumaat.

So hari Khamis kami yang permai itu bermula dengan lewat. Jam 2pm baru keluar rumah...jam 3pm baru sampai KL. Sepanjang 1jam perjalanan yang agak santai itu - kami anak beranak bermain2 dengan kamera. Candid gambar anak mommy; sophie yang sampai skang xde rambut. Pakai skaf pun nampak pelik je..pakai baju kurung lagi nampak pelik. huu huuu

Babah pun mengantok je sepanjang jalan. Driving tanpa nikotin.....beginilah jadinya. Si kakak Shasha pula, layan botol susu. Landing baik punye......si adik pula macam biasa, santai2 dengan mommy. (senang nak nenen..)

Alkisahnya, treasure mommy dan babah mencari baju raya si kakak shasha dan si adik sophie. Jalan2 kat jalan TAR mencari tudung mommy, tapi entah kenapa satu pun tak berkenan. Fesyen raya tahun ni banyak jubah saja - yang kembang dah akhirnya akan buat saya tampak lebih gemok dari biasa. Huh...tak nak beli dah jubah cam tu - nyesal  !. So dah kat Jlan TAR dapat rembat baju melayu babah je...quality kain boleh tahan. Kaler = purple. And the best part is MURAH. Yup...murah laa sebab harga yang sama saya bayar 2 tahun lepas for upah jahit saja, This year, jumlah yang sama da dapat kain bj melayu siap jahit lagi. Pergh.. bebaloi-baloi. For those yang carik baju melayu...boleh try usha kat jalan TAR. Di minggu ke2 bulan puasa ni, pilihan masih lagi merambangkan mata. sape lewat, later takde size lagi sakit hati !!

Jln TAR belum sampai tahap sakit kepala. Mungkin sebab saya dan en suami pegi hari khamis kan. So kami boleh heret stroller sophie sambil shasha jalan seiring dengan babahnya. Kalau dah sampai tahap semut hurung gula - rasanya tak nampak dah mane stroller adik, mane kepala shasha. So kami boleh lenggang kangkung sekitar jln TAR. Tak sampai ke jln masjid India pun, langit mendung dah berikan hadiahnya. So kami pun start hayun langkah laju cket ke SOGO.

Di kaki tangga SOGO, perhatian saya terhala pada seorang atok tua ni. Tekun dia menulis tanpa hiraukan orang yang lalu lalang. Saya datang dekat - impressed bila atok ni menulis ayat2 suci dalam keadaan terbalik. Tak paham ..?? !!! Normally kita menulis dan ayat tu akan menghala ke arah kita kan...? But this atok menulis dengan ayat2 itu menghala ke arah kita..bukan dia. Tujuannya - supaya kita dapat membaca apa yang dia tulis. I'm impressed again. Saya teliti kertas kecil yang atok tua ni rujuk - tulisannya sangat cakar ayam tapi atok tua itu menzahirkan semula dalam seni kaligrafi yang cantek. Walaupun hanya sekadar dia atas kertas banting yang atok tu koyakkan kepada helain kecil. Saya tanya atok tu- faham kan dia dengan tulisan itu. Sekadar nak tau, yg atok tua itu bukan seseorang yang menyamar demi meraih simpati kita di bulan yg mulia ni. ALmaklum laa...bulan pose ni kita2 ni manjadi lebih pemurah menghulurkan derma.

Atok kata - dia faham. Dia boleh baca dan menuturkannya dengan jelas dan tepat. Saya bukanlah budak skolah agama, bukan skolah pondok, bukan budak tahfiz tapi bacaan atok itu buat saya yakin yang dia melayu dan islam. Ceritanya, atok minta seorang yang lain menuliskan ayat2 lazim itu di atas kertas kecil. Dan atok akan zahirkan dengan seni kaligrafi tu. Cara atok buat saya terpesona...tika saya duduk bersama atok melayan tulisannya..makin ramai pula yang sama membongkok buat pemerhatian yang sama seperti saya. (eh eh manusia ni..tadi atok ni sorang2 kat sini...xde sorang pun yang amik peduli..elok2 saya lepak ngn atok, ramai pulak yg sama menenggek)

en. suami saya kata - saya bawak tuah. Hehe..ye ker? Saya pun berlalu setelah tinggalkan derma ikhlas bersama atok, dan saya lihat ramai lagi yg berkerumun kat atok tu. Alhamdulillah...murah rezeki atok hari ni. Semoga atok di kurniakan kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan ni, insyaAllah kalau saya jalan2 KL lagi...semoga kita akan dpertemukan lagi.

Saya tinggalkan cerita atok. Start shopping dalam KL plak !


(akan bersambung )