Oct 1, 2012

Sophie on her bday party


Meraikan anakanda kedua saya yang genap setahun pada 19 Sept lalu..tapi majlis keraiannya pada 29 Sept. Really on the last week of September. Sampai jugak hajat mommy nak bagi adik tiup lilin. Sedikit bimbang tika letakkan kek depan adik sophie ni....satgi d terkamnya kek tu macam sophie terkam anak patung. 

Anyway, alhamdulillah biarpun hanya dengan kehadiran atok, nenek, atok uban dan wan. Beeshoo ngan mama ida pun ada. Credit to those who can make it happen and special for Sophie. 

Kepada jiran tetangga depan rumah juga - tq for the surprise. Saya cuma bagi 2 pinggan grilled chicken plus kuih dan kek tapi mereka balas dengan hadiah yang comey buat Sophie. Tq banyak2 aka. (she's indian tau)
Terasa lebih baik ajak jiran tetangga.....yang dah pasti dok depan rumah dan boleh attend majlis right on time. 





Sep 26, 2012

Bunga Seri Bulan

Masa kecil dulu, saya tak minat langsung balik ke kampung abah. Perjalanan dengan van nissan lama abah ambil masa hingga 3 jam ke Kg Chinta Manis, Karak, Pahang. Jalan raya yang bengkang-bengkok tu selalu saya buat saya pening kepala. Van lama abah tiada air-cond, jadi bila hujan...saya dan adik-adik selalu je rasa tak selesa. Panas berpengap. Penah juga satu ketika saya bukak tingkap, ada satu lori besar selisih dengan van lama abah - air yang bertakung tu menerpa masuk ke tingkap. Terkena saya dan adik..

Argh...!!! Tu cter lama dulu. Skang kalau nak balik Chinta Manis, sejam setengah dah sampai. Tapi.................Wan dah lama tiada. Sesekali saya rasa rindu dengan Wan bila terpandang bunga Seri Bulan. Saya bertanya dengan en.suami....ape nama bunga ni dalam English - tapi dia pun tak pasti. Carian saya terhenti di situ.

Awal tahun 2012, saya bercuti di Cameron Highland. Kata en.suami sebagai hadiah hilangkan penat selepas melahirkan anak kedua. Saya jumpe bunga seri bulan ni lagi. Saya beli !!! Saya beritahu en.suami. - saya nak tanam bunga ni banyak2. Sama banyak yang macam wan tanam kat kg Chinta Manis. En. suami kata, bunga seri bulan ni perlukan cuaca yang lembap, rumah saya kat shah alam selalu je terik. Saya diam...tapi rumah arwah wan kat chinta manis pun panas ! instead of bougenvilla (bunga kertas), wan tanam banyak bunga seri bulan dalam pasu yang tersusun cantik kat tangga depan rumah.

At first, i was confuse between seri bulan dengan lilac. as usual minta bantuan mr google. Masuk wikipedia bagai...and at last, flower that i referring to is 'Ajisai - Bunga Tiga Bulan - Hydrangea'


Sesetengah orang panggil bunga Raja Deli, 
bunyi macam bunga diRaja,
Ada yang memanggilnya bunga Siti Zubaidah, 
macam penyanyi nasyid dari Mesir,

Ada yang memanggilnya bunga kembang tiga (3) bulan,
macam tempoh kucing bunting pula,
Ada juga yang mengelarkannya bunga lapan (8) warna,
warnanya bertukar mengikut usia 'kembang'nya,

Ada pula yang sebut kembang bogor,
haa... yang ini memang pelik sikit bunyinya...

Bunga yang saya bawak balik dari Cameron tu dah lama mati Sobb...sobb.....Aish..tak kisah laa pape pun, saya masih berangan nak semakkan laman rumah dengan bunga seri bulan / 3 bulan ni.

Sep 20, 2012

Late entry - 32 tahun

Semakin lama saya mengisi masa di dunia, semakin tua saya bersama masa...semakin hampir dengan saat mati. Cuma saya tak pasti. Dari saat saya di lahirkan, dari saat pertama saya bernafas...sayalah anak pertama yang di kasihi dan di sayangi. Dari saat saya mula baligh, dan dosa-dosa saya mula di hitung dan terbeban ke bahu abah...sehinggalah hari terakhir sebelum saya mengahwini seorang lelaki.

Menginjak ke usia 32 tahun ini, apakah saya masih memberi kekecewaan dalam keadaan saya yang tak sedar tentang kesalahan dan kesilapan. 


Belajar dari kesilapan adalah satu hal tapi membuat salah dan silap itu pula adalah satu hal yang lain. Tapi kita semua mahukan yang terbaik dalam hidup. Yang paling sempurna buat kita. Tapi saya menerima seadanya - kerana yang ada ini dah cukup sempurna buat saya. 

Yang pasti ada masalah ....lalalaa


Owh.....too much to be my FB status update. But this is the lyrics that been brain bugging the babah and the mommy - almost everyday. Perihal anak dara kecil saya shasha yang dah pandai menyanyi2 kecil tika babahnya sebuk memandu pulang dari rumah babysitter. Actually she will sing any song that playing on the radio.

Fav station always is Hot.Fm so boleh di katakan lagu yang di mainkan waktu pagi akan play lagi waktu petang. Dah arif sangat dah..so kami terperangkap dengan lagu ni since banyak baris yang shasha nyanyikan sambil dia memandang luar melihat bas kilang. Melihat lori besar dan tetiba shasha separuh menjerit..."mommy, tengok tu....lori tu. Sama laa..warna orange !!! " As i'm looking around...aduhai..kaler blouse saya senada dengan kaler lori bawa barang binaan. Aiseh.. !!

She's been doin' great with colors now...selalu saja dia betulkan kami dengan 'ungu'...tapi shasha akan betulkan "purple lah.."."ini pink lah...." "ini orange lah"

Dan penyakit baru telah tiba...."Lalalalalala...smurf the happy song !! " Haduyai..sampai rumah je nak smurf, sebelum tdo nak smurf....bangun tdo nak smurf...Tdo pun dengan smurf.

Sejak 2 hari lepas, badan shasha dedar saja...nak kata demam..shasha elok saja. Tapi nak kata elok..shasha selalu je cakap..."mommy. cube rasa..shasha ni demam !!" Alahai, kasihan pulak mommy tengok shasha...selalu je merengek-rengek tika saya dan suami seronok bergurau dengan si kecik sophie.
Yup, saya dan en suami perasan. Shasha cuba menarik perhatian...dan kami berikan perhatian itu. Tapi tak pernah cukup...sedangkan masa saya utk diri sendiri tiada, ini kan pula utk suami. Jauh skali..ape yang sempat je. Selebihnya utk shasha dan sophie..itu pun kena bagi 2.

Haish...nak benti keje rasa x mampu. Penat melampau. Bile da keje..macam ni lah, tak cukup masa nk urus semua. Perihal si adik sophie yang selalu tdo lewat. Bilik tidur kami dah gelap tapi sophie seronok saja berguling-guling...dan memanjat kepala katil. Sesekali dia merangkak atas saya dan suami...dan dengan seronoknye menampar muka babah yg tgh hebat berdengkur. (hak hakhak.....masa ni saya tak boleh tahan lagi - pecah perut ketawa, Mengantok  tadi tiba2 hilang) Babah mengucap panjang, Saya kesian kan suami tapi si sophie buat lawak tahap maharaja..so biarlah saya ketawa dulu...

Si kakak dengan lalala dan lepaskanlah..si adik been amaze us with her funny face plus new born tooth.
Kesian dia...demam semalaman sebab nak tumbuh gigi..




Sep 19, 2012

19 Sept - Happy Birthday Sophie


19 Sept 2012 - Sophie is officially 1 yr old.