Apr 12, 2013

Marah Seorang Suami.. Marah Seorang Isteri..

Marah Seorang Suami.. Marah Seorang Isteri.. | iluvislam.com discover the beauty of islam




Marahnya seorang Isteri...


"Ustaz... isteri saya bila marah suka jeling saya dengan ekor mata. Tersirap juga darah saya dibuatnya. Seram pun ada dengan pandangan begitu macam Pontianak Harum Sundal Malam la pulak."
Memang ada isteri begitu... dia tak pandang wajah suami tetapi ekor matanya amat tajam menjeling itu tanda isteri benar-benar marah.
Peringatan untuk Isteri
Kalau benci sangat nak tengok wajah suami ketika marah janganlah jeling-jeling tajam...ia akan mengeruhkan lagi keadaan.. jadi, apa kata, ketika marahkan suami cepat-cepat pandang pokok-pokok yang hijau atau warna-warna lembut. Jangan sesekali tengok warna-warna yang garang. Warna memainkan peranan ketika marah. Ulamak kata kalau di rumah ada naskhah Al-Quran pandang sahaja Al-Quran dan istighfar. Ambil wudhu' nescaya berkuranglah sikit marah dan syaitan pun akan lari.

Marahnya seorang Suami..
"Suami saya kalau marah macam singa lapar. Matanya merah pandang tepat ke muka macam nak makan orang. Telinganya nampak bergerak-gerak dan cakapnya penuh emosi."
Peringatan untuk Suami..
Sifat amarah sifat iblis. Pandang wajah isteri ketika marah.. .renung matanya mungkin ketika itu air mata isteri sedang mengalir membasahi pipi. Biasalah isteri bila dimarah atau diherdik akan mudah menangis.
Suami yang sedang marah cuba tatap wajah isteri. Lihat pada matanya. Bayangkan air mata isteri yang bercucuran ketika kita memarahinya. Sesungguhnya air mata itulah juga yang berlinangan dan mengalir ketika sang isteri kesakitan melahirkan zuriat untuk kita.
Pandang pada tangannya... tangan itulah yang menghayun buaian, menyapu sampah, mengemas rumah dan memasak untuk kita.
Rasanya tahap kemarahan kita akan menurun sekiranya akal memandu kita bukan emosi.

Marah seorang Isteri..
Ada suami mengadu.. isteri kuat berleter ketika marah.
"Saya tak suka nak marah isteri ustaz... tetapi kalau leterannya makin menjadi-jadi, hangat jugak hati dibuatnya."
Peringatan untuk Isteri..
Mungkin semua suami tak suka isteri berleter. Kalau nak bahagia rumahtangga cuba kawal tabiat suka berleter. Pakar psikologi berpendapat kalau dah 'tension' sangat, masuk bilik tutup pintu rapat-rapat kemudian menjeritlah sekuat hati hingga puas.

Marah seorang Suami...
"Suami saya kalau marah suka mengamuk tendang kerusi meja, pecah cermin dan sebagainya." Bahaya tu... suami macam ni perlu dikaunseling atau diberi rawatan psikitri kerana mungkin boleh membahayakan orang lain.

Marah seorang Isteri...
Ini satu lagi.. suka siksa diri. Isteri kalau marah hantuk kepala sendiri kat dinding. Masa tu tak sedar diri. Putus satu urat saraf di otak tak pasal-pasal duduk kat Tanjung Rambutan. 

Marah seorang Suami...

Ada suami yang romantik, suka bercerita... tiba-tiba bertukar jadi pendiam tak mahu bercakap. Itu salah satu tanda suami marah atau ada masaalah. Lainlah kalau suami memang jenis pendiam atau kurang cakap.

Marah seorang Isteri
Kadang-kadang tanda isteri marah dekat suami... anak yang jadi mangsa. Tujuannya nak lepaskan geram kat suami. Anak-anak dipukul dicubit ditengking. Kesian anak-anak mereka tak faham apa-apa masaalah rumahtangga kita.

Marah seorang Suami
Tak sentuh pun makanan yang kita hidangkan. Lalu suami mula belajar makan di luar. Kalau dibiarkan berlarutan boleh membawa kemudharatan pada rumahtangga. Kaji dan selidik kenapa suami marah sehingga tak mau makan sedangkan kita tahu suami kita seorang yang pemakan dan tak pernah cerewet atau menolak apa yang kita masak.

Marah seorang Isteri...
Isteri bila marah..s uruh suami tidur kat luar bilik. Kunci pintu bilik. Ugut suami.. tak mau layan suami... ni apa cerita? Suami yang sabar tak apa. Kalau selalu sangat buat begini bermakna mengundang bala. Ingat... suami ada 3 lagi kuota kosong untuk diisi. Hati-hati.

Renungan
Apa yang paling penting, terimalah anugerah Allah seadanya. Jangan harapkan pasangan hidup kita itu sempurna tanpa ada kelemahan. Kenal pasti keistimewaan atau kelebihan isteri/suami lebih baik dari kita mencari kesalahan, kekurangan atau kelemahan.
Maaf pandangan ini adalah pandangan peribadi yang umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa pun cuma sebagai renungan.
Wallahua'lam.



Cukup lah dengan 3

Dah banyak masa berlalu pergi....entry saya cuma tertaip di minda..tak terzahir pun di blog ni....ended up..saya lupa dah nak cter pasal ape . STANDARD !!!

Saya kini di fasa terakhir ..menghitung minggu nk tengok muka 'adik baru' kepada shasha dan sophie. Jula-juli saya semakin meriah menzahirkan kasih sayang.....si kecil sophie pun dah pandai. Saya teruja....dan sesekali di bimbangi dengan nasihat Dr. tentang talasemia. Hmm...bacaan hemoglobin saya terlalu rendah dan membimbangkan Dr. Saya cuma diam....dari 2 pregnancy sebelumnya...saya ok ok je...takde plak kes macam ni. Cuma kali ni, yang saya notice...saya kurang selera makan. Berat badan tak naik banyak dalam masa sebulan. 

Apakah...? Entah..saya sendiri pun tak pasti kenapa. Mungkin saya kesibukan saya menghadkan ingatan saya pada kandungan terbaru ini. Kasihan anak mommy...bukan mommy tak sayang..bukan tak ingat...bukan sengaja melupakan..tapi kekadang mommy terlalu sibuk menguruskan kakak2 mu sayang. Sesekali kamu kejutkan mommy dengan gerakan kasar tu...Aduhai, mungkin mommy tak sengaja menghimpit kamu..dan ruang yang sempit itu tidak menyelesakan buat kamu. Sabar anak mommy.....mommy dah sediakan baby crib yg luas buat kamu. Nanti dah lahir, boleh golek2 kat dalam sana k. Siap dengan bantal moo - pilihan kakak shasha. 

1,2,3
shasha, sophie, n****
kamu bertiga dah cukup buat mommy gembira
tambah pula ngn babah yang selalu buat mommy ketawa
bile tiba masa wengnya....
3 beranak bergelek beria - kalah inul kat seberang sana.
dan mommy..hanya ketawa. ye...sbb mommy tak menari dan menyanyi
cuma nyanyian kecil selawat syifa - utk dodoikan sophie

1,2,3
mencari sophie - menyorok bawah meja
babah kata cukup laah 3.



Feb 26, 2013

Mengapa perlu bersedih

Mari mulakan hari dengan Bismillah - semoga hari ni jadi lebih baik buat saya dan pari-pari taman saya. Seperti Shasha Bell saya....dia bangun awal hari ni. Dia senyum dan bangun sendiri. Pintanya awal pagi ni saya tunaikan seperti biasa - utk menonton kartun.

Saya bersiap2 seperti biasa, pening kepala semalam masih bersisa...sakit belakang pun dah mula terasa. Tapi saya ok je melayan Sophie yang manja tu...pantang saya bergerak sikit, mulalah minta di dukung. Si kecil saya yang di dalam sana pun dah pandai buat laku - rasanya baby 'N' buat aksi gimrama dalam air amnion tu yer? Sesekali saya tersentak dan memberi ruang...agaknya tak cukup ruang buat baby 'N nak buat kuak lentang.

Cerita saya tentang Shasha, sejak Khamis lepas (21 Feb), shasha tak lagi menangis di depan pintu sekolah. As a mommy, dah tentulah saya gembira - dan hari ni (26 Feb), saya bertambah gembira lagi  bila dia bangun sendiri menyambut tangan saya utk ke bilik mandi. Masha Allah, sukanya hati saya melihat shasha yang positif macam ni.

Bagi orang lain, ini hanya perkara kecil tapi bagi saya yang bergelumang dengan tangis shasha setiap pagi dari Isnin - Jumaat adalah menjerihkan. Lebih2 lagi bila saya sendirian...syukur, Allah permudahkan lagi urusan saya d saat saya perlu kuat diri demi diri sendiri pula. (Engkau Maha Memahami ya Allah - terima kasih !)

Semalam, tika saya duduk dengan fikiran kosong..pari-pari yang kecil tetiba terkedek-kedek datang kepada saya sambil mumbling "mamaa....mamaaa...mamaaaa". hehe...sophie panggil saya 'mama'. Dah puas ajar panggil mommy tapi dia masih kecil utk menyebut 2 suku kata yang berbeza bunyi. Pinta nya yang mudah utk saya fahami "nak tutu". (= nak susu)

Huh...?? Sophie saya yang 1thn 5 bulan mula menuturkan ayat pertama. Yes, ayat pertama !!!!! kepada saya. Again, saya gembira melihat pari-pari saya yang cukup menyenangkan hati saya. Allah berikan kita kegembiraan lain demi menutup satu hal kesedihan lain.

Mengapa perlu bersedih kalau ia hanya perkara yang sia-sia ? Hari ni saya belajar sesuatu - rindu cinta dan kasih sayang hanya akan melemaskan seseorang.

Mengapa perlu bersedih ? Hidup adalah pilihan...dan saya pilih utk kekal gembira dengan pari-pari saya. Saya mulakan hari dengan bismillah, adapun titik airmata yang jatuh hanya kerana satu perkara yang sia-sia......saya masih meletakkan ia dalam satu sudut hati saya. kini saya faham, mengapa pilihan tak selari dengan apa yang di kehendaki.




Feb 25, 2013

It's hard to be strong while u can't

Bukan nak mengada-ngada, jauh sekali nak harap simpati tapi saya berharap sangat ada yang sudi memahami. Cukuplah bertanya khabar saya di sini. Apa yang saya ada dalam hati...saya benam jauh ke dalam. Tak mahu terungkit...biarlah saja terpendam.

Malam makin larut. Saya melihat trafic light nye masih menyala - tapi dia tak mencari saya. Hanya ada saya...yang memandang namanya sama seperti memandang orangnya. Jauh.....kali ni benar2 jauh.

Well baby dearie, if u forgot to ask..how am i doing so far...i just doin' fine.
Saya abaikan sakit belakang. Tak mengapa.....saya masih boleh bangun dan bergerak melayan pari-pari taman kita. I'm dealing well with my sore throat - saya banyak menjerit..marahkan sophie yang suka memukul kakak. Sesekali shasha datang kepada saya mengadu..dengan muka di penuhi rintik2 susu. Rupanya sophie campak botol susu tepat ke muka kakak. I'm having fun with my lil baby inside - dah mula bergerak2 ganas. Mungkin saya buat dia tak selesa. Maafkan mommy sayang...lupa kamu di dalam. Mommy leka menguruskan yr big sisters out here.

Maafkan saya sayang. Tak mahu menyusahkan hati kamu di sana. Tahu kamu lebih penat dari saya...lantas kamu tdo awal tanpa mempedulikan sms saya. Ya...saya faham. Maafkan saya sayang, kalau saya mengadu hal2 yang bukan-bukan. Bukan saya mengharapkan bantuan ..tau kamu tak mungkin terbang sepantas kilat demi saya...ya, saya faham.

How i wish..kamu faham. Saya rindukan kamu. How i wish u know how i felt. Saya tak salahkan kamu, mungkin saya yang mengada-ngada lantaran paras hormon luar dari biasa. How i wish u know how much i miss u...when u near..much more stronger when u not here. Tapi saya faham...kamu lebih sibuk di sana. Maafkan saya kerana terlalu rindu. How i wish u miss me the way i do...

Thanks to mr Rat that made me crying the whole nite. Thanks to mr.cockroaches that made me shouting like hell in middle of the nite. you're not a factor to me !

Feb 14, 2013

Hey, i love my husband ! I bet u too..

Cerita mak, marriage is like gambling. Chewah...mak cakap omputih ?? Mak sekolah omputih ..so sesekali layan laa cakap omputih dengan mak. Abah sekolah melayu..selalu je kalah ngn mak. Tapi sekolah melayu pun ok ape. Kalau cakap dengan abah, mesti dengan nahu yang betul...selalu jek kena bebel dengan abah bila kami adik beradik guna slanga muda-mudi. Abah....cakap ikut kamus. Serious !!!

Berbalik pada cerita asal, perkahwinan adalah penyatuan dua hati. Yang bercinta..bukan hanya dalam erti kasih sayang tapi juga mengenal hati budi, saling melengkapi. Orang selalu kata, orang yang baik hanya utk orang yang baik. (does it means org jahat akan bertemu jodoh dengn orang yang jahat juga ? ) wallahualam. Jelasnya, perkenalan setahun dua bahkan 10 tahun sekalipun tak mungkin menemukan kita dengan warna sebenar pasangan kita. Dengan perkahwinan laa, kite kenal siapa dia. Apa kegemarannya, apa yang menjadi kebenciannya.

Kalau kita api, biarlah si dia airnya. Tapi bila masa dia menjadi apinya...janganlah kita menjadi minyak menambah marak dalam bara sesuatu isu. Saya belajar banyak dari pengalaman orang2 tua....dari pengamatan saya sendiri. Dah suami saya selalu memberi pandangan dari sudut fikirannya. Kami muda..yup, kami muda. Tapi pengalaman mematangkan kami.

Usia perkahwinan yang mencecah 34tahun tak cukup mematangkan hati dan fikiran seorang WANITA. Satu masa yang cukup lama. Saya berfikir..kenapa begitu..? Bukankah dia seharusnya lebih tau ? Saya pelik tapi saya tak berupaya memberikan apa juga nasihat. Coz i'm still consider young, just 6 years in marriage life.

6 tahun yang penuh warna warni...penuh dugaan, penuh cabaran tapi sering saja di selang seli dengan kasih sayang...kecintaan antara kami. Di hiasi pula dengan pari-pari taman kami. Biar lara hati setinggi langit pun, saya memilih berdiam diri. Menghisab diri sendiri....meratap sembah pada Allah, bantulah pulihkan hubungan itu. Menerima takdir, qada' dan qadar adalah wajib....jika itu ketentuan Allah. Pasrah pula satu hal yang lain. Jika sesuatu perkara merumitkan keadaan, janganlah berpasrah sahaja tanpa berusaha untuk memulihkannya.

Tak berdosa kalau kita mengalah...tak salah pun beralah. Kita kalah di satu sudut, tapi kita bakal menang dalam semua keadaaan kelak.

Hey, i love my husband ! I bet u too..

Jangan fikir lelaki gagah yang kita lihat setiap hari tu tak pernah lemah. Dia juga manusia....kalau kita nak di belai nak di manja, Huh...dia pun macam tu juga. Tetapi, bila usia perkahwinan menginjak setahun..dah ada anak....kemesraan, kemanjaan terasing jauh dari kehidupan suami isteri. Setiap hari bekerja, weekend meluang masa demi anak-anak...dan mengulang rutin yang sama. Tak nampak masa yang kita sisihkan istimewa buat si dia. Yang saya baca, dia juga nak di manja-manja (macam anak-anak kita tu)

Alahai...abang besar, camane saya nk timang awak tinggi-tinggi macam saya timang Sophie. Macamana saya nk pujuk awak dengan lolipop macam saya pujuk Shasha sedangkan awak boleh beli lebih dari sejuta lolipop dalam dunia. Tapi awak tau saya sayang awak kan... ?

Cinta sukar di ucap...bahkan kekok nak di ungkap dalam perbuatan. Susunlah langkah sebaiknya....satu dua tiga. Saya selalu fikirkan dia sebagai kekasih saya,.....teman lelaki masa bujang dulu. Kita nk tunjuk yang baik-baik saja, nak layan dia pun lemah lembut jer. Jalan pimpin tangan, minum dari straw yang sama...suka berkongsi makanan.

My baby dearie....nak tak awak kembali menjadi kekasih saya ? Aiseh, tetiba rindu !!!!