Mar 26, 2014

594 R

"betul ke ni B...tipuuuuu !!! "
"Serious..?? "
"Serious...serious...serious....??? "
  
"Syukran...alhamdulilllah."

Abah pesan,
"jaga molek-molek"


Mar 25, 2014

Memilih kata-kata MH370


I'm out of words....sedaya upaya menahan airmata dari tumpah depan tv. Namun yg mengalir laju membasahkan pipi saya seka ke tepi. Saya sebak begini..apatah lagi mereka yang kehilangan org yg tercinta...yg pergi itu lah suami....anak....adik...isteri....ibu...ayah kepada seseorang yg tertinggal di sini.

Menitis juga..sebak makin menyentak dada. Mata semakin panas...nafas seakan di tahan-tahan.

Saya sendiri kecewa...apatah lagi mereka.

Syukurlah pegangan sebagai seorang muslim menjadikan kita kuat dan tabah. Sabar dengan dugaan dan ujian. Mereka teruji dan kita mengira pertimbangan. Menerima qada' dan qadar...mengakui ketentuan tuhan....mempercayai kurniaan syurga menjadikan kita yakin, mereka lebih di sayangi Tuhan.

"Kalau kau dah di jemput terlebih dahulu..jangan lupakan aku, simpankan ingatanmu buatku..dan sampai masa, aku juga akan menyusul menemui mu"

Semadilah dengan tenang..jasadmu di rangkul bumi Tuhan. Hanya doa menjadi perantara demi rindu dan harapan. Untuk kembali bersama.


 

Hari ke-18, 25March 2014

Mar 18, 2014

10mo Nadaa

13 March..Nadaa just turned to 10mo. Mulut je jalan dulu..kaki terkapai-kapai lagi. Merangkak pun tidak...manja sangat laa nih... Asyik nak dukung je. Di akui, anak ke3 saya ni lebih manja dengan saya dari babahnya. *Actual fact - mane ada anak kecik tak suka kat ibu sendiri kan. Kalau the baby tak suke, must be something went wrong. Ahaks !! Anyway, for nadaa..she just love her mommy so much till the stage where...."makan mommy, tdo mommy...main mommy...nenen mommy....mandi mommy....poopoo mommy...makan ubat pun dengan mommy jek" Dalam kesibukan saya nak memasak pun, still my Nadaa ni akan memaut kaki saya sambil merengek. Alahai Nadaa.....

I always feel...entah berapa tahun akan datang dapat mommy manjakan Nadaa. Akan tiba suatu masa, Nadaa akan menyayangi insan lain. *err come on laa ainnLee, she just turned 10mo and u already think when she is 27yo ???

Masa begitu pantas berlalu...seperti baru semalam saya selesai melahirkan si nadaa. Other momy shall feel the same way when seeing their baby girl growing up so fast. From romper 3mths to baju kurung saiz M. From puree and rice porridge to nasi minyak and ayam masak merah.

Hari-hari berganti...seperti siang dan malam. Hari yang terik di simbah hujan....jerebu yang datang semakin pergi. Namun, buah hati kesayangan saya ni masih seronok bergurau di ulit kakak-kakaknya. Kadangkala saya sama-sama berguling2 dengannya yang akan ketawa bila di geli-geli belakang badannya.

Nadaa Amani..nama yang mommy cari demi kamu. Nama yg sopan dan baik..nama yg tenang seperti maksud nama kamu.

It just been 10mths away...and i still have 2 mths more to complete your 1 year age. And i wish i will have so many month more to write about u Nadaa.

Salam sayang,
mommy @


Mar 10, 2014

Hati yang tabah

Ujian itu datang dalam pelbagai bentuk...
Tika kita benar-benar leka.
Tika aku benar-benar rasa semuanya baik-baik saja.
Tika hati yang berahsia itu kembali bergolak...dan aku menafikan semua rasa.

Tersandar terdiam..cuma berfikir dengan mendalam.
Mungkin saja tidak...
Mungkin saja aku bermain rasa dengan diri sendiri.
Ku tahan sebak.

Aku isteri yang teruji...dengan perasaan sendiri.
Aku isteri yang teruji dengan bisik celaru

Perkahwinan ini tidak mudah..
dan aku pinta hati yang sentiasa tabah
tabah untuk menghadapi....semuanya.

1742 @ digi's office

Feb 26, 2014

Bahagia.

Setahun jagung..sedekad usia...
Tahun demi tahun berlalu...
Yang terbahagia...tergembira...sering terlupa
Namun yang sedih di ulang cerita berkali-kali

Aku merendah budi
memaafkan...melupakan sebentar
aku manusia..dan dia juga serupa
Sama tapi berbeza.

Ku cari damai
dalam kesibukan hidup..menguruskan kerja
menguruskan keluarga yg ada si dia dan anak dan anak dan anak
mengurus masa....bermula awal pagi hingga dinihari
yang ku temu penat....(seriously tak tipu)
Namun masih aku mengecap erti bahagia
dengan ketawa..dengan ayat lucu...dengan sendawa dan sendu
dengan tangis berlari mencari pujukan
dengan kucupan dan pelukan.

@ office, 2nd floor