Apr 3, 2014

Wangi

Jika jambangan bungamu hanya plastik - palsu !
Yang tak berbau harum
Yang tak segar mekar
Namun warna yang tak mungkin pudar
Kelopak yang tak mungkin gugur

Tapi tak mengapa sayang !
Yang ku tuntut cuma hatimu
Jujur sebenar
Niat yang ikhlas

Plastik ini hanya metafora
(tentang cinta)
yang tak kan layu dan lesu
yang takkan gugur dan punah

Tak mengapa sayang !

Sama seperti haruman wangi yang berbotol-botol ku beri
jika habis..tak bermakna botolnya perlu kau jaga
tak mengapa sayang...

Kasihku akan kekal wangi untukmu
selama bunga ros di dunia masih ada wanginya

Mar 31, 2014

Tudung

Saya tak pandai bergaya dengan tudung...seriously tak pandai. Yang lebih praktikal..yg lebih mudah..yang itu lah menjadi pilihan saya. Kalau ada yang tak perlu  di gosok, cukup2 ikut saiz muka saya then tak perlu saya cari pin lagi. That's it. Dah siap...mudahnya !!!

Tapi skang..dh macam-macam jenis tudung. Lilit sana-sini, macam-macam jenis lilit plak tu. Pernah juga saya rasa tak selesa di leher, macam tercekik. Susah pulak nk gerak-gerak kepala kiri dan kanan.Adeh..siksanya nak cantek !!

Beberapa helai selendang yg saya beli..terbiar lesu tak berpakai. Suatu hari, dah sampai masa...bukan sebab nak bergaya sangat tapi dah emergency takde tudung yang boleh saya padankan dengan outfit ke pejabat pagi tu. Nak tak nak terpaksa jugak lah saya 'melilit'.

1st time lilit....."eh ainn.....awak nampak lain hari ni...?" Hehe..saya cuma meleret senyum. Malu !!

Dan kini, setelah beberapa kali jugak lah saya lilit selendang kat kepala......satu malam en suami ....FINALLY BERKATA "suke tgk u pakai selendang purple tu...cantek jugak"

Aduhai....org lain puji saya tak heran dowh. En suami puji semakin membuak2 perasaan nak melilit tudung pelbagai cara. Tapi dengan syarat tak menyiksakan diri sendiri. Hahaha...

pic sekadar hiasan ~ ehsan mr google
Mungkin bagi wanita, selagi suaminya tak kata apa-apa, selagi itulah kita berfikir yang si dia tu tak kisah dengan penampilan kita. Walhal, mereka nk tengok sumthing yang berbeza. Believe me ! i did those experiment. *hehehe..tapi feedback berhari-hari kemudian baru dapat tau.....atau paling kesian, result hanya di ketahui dari mulut org ke-3 yg tolong cerita. Sigh *

Duduk sembang-sembang dengan en suami, saya selalu kata..kalau saya duduk rumah jadi housewife ~ mesti saya tak cantek coz tak sempat nak berhias. Seriously. Si dia hanya senyum...*mungkin dia juga mengakuinya tanpa berkata apa-apa...ye laa, bimbang nnt sakitkan hati saya. Hmm..saya tau !!

Pernah jugak weekend permai saya...saya mulakan dengan awal. Mandi dan berhias cantek-cantek. Pakai skirt labuh dan blouse lengan pendek. Sampai masa, anak-anak bangun.....amik turn mandi, saya jugak jadik tukang mandi. Skirt labuh yang berayun-ayun tu dah lencun terkena air. Almost tengahari, kena start memasak....potong-potong bahan masakan...goreng itu dan ini..tak sedar tangan yang berminyak tu saya kesat kat skirt lawa saya. Tak sedar waktu menumis cili boh, percikan merah2 dah terkena kepada blouse saya. Dah siap pakai perisai apron dot-dot pun..tetap tewas jugak. Plus Malaysia skang kan cuaca panas.....berpeluh2 kat dapur, lencun plak blouse saya dengan peluh. Hadui...mekap makin cair. Nak kesat mata pedih dik cili boh tadi pun tak dapat, bimbang rosak eye liner yg saya dah oles kat mata. HUWAAAA. susahnya nak maintan cantek !!!!!

So..on weekend..i always greet my husband...."Sorry B, hari ni ainn tak cantek...tapi lunch dah siap. Jom makan..."

I shall be thankful, di kurniakan lelaki yang tau di mana mau meletakkan erti 'cantek'. Lay back..relaxkan diri. Cantek kita...cantek dia...bukan pada paras rupa tapi pada sesuatu yang lebih bermakna dan memberi erti. Hiasi kehidupan dengan kasih sayang...bagi saya, itu lah cantek diri dan hidup sebenar.

Mar 27, 2014

Fear of flying

Fear of flying - trauma untuk perjalanan menggunakan kapal terbang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia - Dr Mariani, Pakar Psikologi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya


Berteleku depan tv sambil layan updates pencarian bangkai pesawat MH370...122 objek satelit telah di kenal pasti. I was thinking....that is a lot of pieces of item. Can i deny it ALL. Can i still keep a hope...can i wish for miracle to happen ? Can i  disbelieve all these things ? Can i ?

Sedang saya melayan denying believes within myself...my husband mengeluh panjang. Dia sendiri sukar untuk menerima kenyataan. As a traveler for biz matter, dia seakan gusar tapi tak mau mengaku lebih.

7 March 2014, 9.30pm - he just landed in LCCT thru 5hours travel from Taiwan. Next 3 hours...another flight take off from KLIA to Beijing...diff route, cuma selisih beberapa jam saja.

TRAUMA - the next 2 days, he should be in Penang for meeting. Despite booking his flight ticket normally via firefly, he choose to drive 5 hours straight. And come back on the same date !

Saya bertanya...."B takut nk fly ?" Dia cuma diam.....mungkin tak pasti dengan jawapan sendiri. Namun hujung penantian jawapan dia menjawab :

"Tak...tak takut...."

Mar 26, 2014

594 R

"betul ke ni B...tipuuuuu !!! "
"Serious..?? "
"Serious...serious...serious....??? "
  
"Syukran...alhamdulilllah."

Abah pesan,
"jaga molek-molek"


Mar 25, 2014

Memilih kata-kata MH370


I'm out of words....sedaya upaya menahan airmata dari tumpah depan tv. Namun yg mengalir laju membasahkan pipi saya seka ke tepi. Saya sebak begini..apatah lagi mereka yang kehilangan org yg tercinta...yg pergi itu lah suami....anak....adik...isteri....ibu...ayah kepada seseorang yg tertinggal di sini.

Menitis juga..sebak makin menyentak dada. Mata semakin panas...nafas seakan di tahan-tahan.

Saya sendiri kecewa...apatah lagi mereka.

Syukurlah pegangan sebagai seorang muslim menjadikan kita kuat dan tabah. Sabar dengan dugaan dan ujian. Mereka teruji dan kita mengira pertimbangan. Menerima qada' dan qadar...mengakui ketentuan tuhan....mempercayai kurniaan syurga menjadikan kita yakin, mereka lebih di sayangi Tuhan.

"Kalau kau dah di jemput terlebih dahulu..jangan lupakan aku, simpankan ingatanmu buatku..dan sampai masa, aku juga akan menyusul menemui mu"

Semadilah dengan tenang..jasadmu di rangkul bumi Tuhan. Hanya doa menjadi perantara demi rindu dan harapan. Untuk kembali bersama.


 

Hari ke-18, 25March 2014