Dec 15, 2014

Ini lah harapan kita....

Ain Rahman's: Jangan Bersedih :')
Kata Hamka : 

Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat ! 
Semua orang menyangka sekiranya orang itu ada rumah yang besar dan ada makanan yang lazat , maka sudah tentulah hidupnya bahagia dan tenang .
Belum tentu ! 
Jika Allah ingin memberikan kebahagiaan kepada seseorang , Dia tidak boleh ditahan dengan apa-apa tangan sekalipun ! Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan jua ! 
Jika Allah uruskan urusan kita , dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita , walaupun sekelip mata ! Dunia boleh berbuat apa-apa sahaja , tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kekuasaan Allah .
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka akan tewas , kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah ! Apa yang orang rasa rugi , Allah akan memberikan keuntungan ! Yang mana jalan tersebut tidak disangka oleh manusia , tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupannya . 
Kita tengoklah dunia ini .. Kadang-kadang manusia itu hilang sesuatu benda daripada dunia ! Dan kadang-kadang dia kehilangan segala-galanya .
Berapa banyak dalam kehidupan kita , telah kita melalui keperitan hidup ?
Cuba ingat !
Ketika kita di dalam keperitan , kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya ! Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita , 
dan kita sekarang berada dalam keadaan baik ! 
Ketika kita ditimpa musibah tertentu , kita akan berkata : ' Habislah aku kali ini '

Tetapi usia kita telah berjalan dan kita masih lagi hidup dan makan serta menikmati kurniaan kehidupan ini !
Ketika kita kata : ' Ya Allah tolonglah aku , aku susah Ya Allah ! '

Hari ini kita telah pun lupa akan perkataan itu ! Dan kita kadang-kadang pun terlupa untuk bersyukur , di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya . Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda yang baru tetapi kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini merupakan satu nikmat yang terlalu besar ! 
Kata Hamka : ' Yang ada ini sudah harapan kita '

Tetapi insan , bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada . Tetapi jangan lupa yang telah ada ! 
Sebab itu , sebahagian dari para sarjana menyebut : Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar ! 
Ramai orang terpaksa sabar , namun  belum tentu ada orang yang dapat nikmat itu dengan bersyukur .

' Ya Allah , apa sahaja yang aku alami ,
daripada nikmatMu
daripada kurniaanMu
daripada sesiapa dikalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan
daripada Engkau wahai Tuhan ,
bagi Engkaulah segala pujian ,
bagi Engkaulah segala kesyukuran '


Subhanallah ! 
Insan , jika dia hendak menghitung nikmat Allah nescaya dia tak akan terdaya ! 
Ketika orang-orang kafir itu mengeluarkan dia , ketika dia salah seorang daripada dua , dia dan Abu Bakar ( iaitu Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar As-Siddiq ) , ketika mereka berada di dalam gua Thur , ketika Rasulullah berkata kepada sahabatnya :

' Jangan bersedih , sesungguhnya Allah bersama kita ! '

Dec 1, 2014

Tak mengapa.

Tengok-tengok handphone...battery full. Jika tidak pun pasti setia connected to charger. 
Tengok coverage....full barr!. Pasti takde gangguan...
Check-check baki akaun..line pun tak kena barr. 
Kalau takde suara..whatsapp kan ada
kalau wifi tak strong pun...text msg pun boleh.
Hampa !

Ping satu mesej...
Satu di tanya...
Satu di jawab. 
Cerita satu....dia jawab OK jer. 
Hampa !

Facebook di update....status kawan-kawan di sapa
Rindu merata-rata...bila mahu jumpa ?

Takpelah....mungkin saja dia lebih gembira begitu
Kawan lama...yang jauh ntah di mana-mana
lebih di rindu..lebih di tanya khabar berita
Bila mahu gather..nak jumpa nak bergurau senda. 

Saya kembali membelek handphone
Berpuluh aplikasi telefon pintar
Beribu online game....tinggal download saja
tapi satu pun tak menarik minat saya

Ntah berapa kali mesej yang saya taip di padam
Ntah ape ayat
Ntah ape soalan

Jauh....hambar....kosong ....tak bermakna. 
Hati yang hiba itu saya pujuk perlahan
Tak mengapalah sayang
Hati kite yang tak begitu besar ni dah biasa menjadi kecil
Kita yang jauh ni....dah biasa tak di endahkan 
Kita yang jarang-jarang ini...memang dah biasa sekali-sekali bertemu

Tak mengapalah sayang....

Nov 24, 2014

Shasha'sLittle Caliph Graduation Day -2014 session ended !







Hence i announce, 2014 session has been ended. Irene Delisha happily graduated from KG11 - 6years Little Caliph Education Program.


ACDC Dinner party_21 Nov @ Saujana KL Hotel

Dinner party dengan geng-geng Huawei Kami lebih banyak gelak dari memahami ape yang dorang cakap. Enjoy the party dengan opismate je..sambil komen pasal makanan. *macam biasa acting mengalahkan juri masterchef.



Nov 7, 2014

Muhasabah cinta


We fought...we talk to each other back. We act bad...we talk nonsense...but it's normal to be human and losing your mind.

         *******************************************************************

Hey sape kata soulmate tak pernah gaduh...sape kata kalau pasangan bahagia tak pernah merajuk ? We did...we even went so harsh thru messaging apps. Sometime masa marah2..sempat lagi buat correction sebelum send out the message. If not, tak tau apa saya tulis. Ahaks !!

Sapa kata ibu penyayang tak pernah marah anak...oh, my anak...jula juli belaka. From first to third, they so charming in their own way..the way they laugh..the way they smile...the way they talk.....but when they talk so much. Mommy dorang dah start pening kepala.

I just had a chance....to be away. Which i had been force to. Tak sampai hati tapi boss pesan ' all are compulsory to have fun'. Which i did. My fun teambulding ended for a day and a nite at Avillion, Port Dickson.

Staying in a chalet...

Jejak kaki saja dalam chalet yg mewah tu buat saya berkira-kira sebentar. Dengan king bed and queen bed ini, cukup saja untuk saya bersama suami beranak 3 ni. Just perfect ! Tapi sayang...saya di sana cuma bersama rakan2 sekerja.

Tapi ingatan tetap bersama jula juli saya. Saya tengok jam...dah hampir jam 5pm. Saya kira en suami saya dah berkira-kira untuk pulang.

7pm..saya tengok jam lagi....mesti dah sampai rumah. Saya capai handphone, pantas menaip sms dengan kod frenfinder...."alhamdulillah....dah selamat sampai rumah" Canggihkan saya ? Hahahaha. Bimbang jika respon saya yang tak tentu hala buat en suami saya rasa rimas. My mr arrogant, he must be doing ALL FINE.

Saya kembali ke acara teambuilding...dinner start at 7.30pm. Tepi pantai...dengan menu yang pelbagai tapi saya cuma rasa pasir..sama macam pasir yang penuh kat kaki saya ni. Malas....but still i have to.