Jan 16, 2015

Kantin cekik darah

Hati mak mana yang tak sebak..tengok shasha berhimpit-himpit beratur nak beli makanan di kantin sekolah. Kata shasha...dia nk beli nasi lemak.

"ok..." jawab mommy perlahan. "Tapi shasha kena beratur macam orang lain"
Saya berikan RM2. Shasha beratur....sesekali dia menoleh ke belakang....

Ya..mommy tau sha nak mommy tolong. Mommy tau sha nak mommy belikan..tapi shasha kena survive. Mommy bukan ada setiap hari nak temankan sha di kantin sekolah. Saya cuma beri gerak jari...minta shasha terus beratur dan beli nasi lemaknya.

Beberapa minit dah berlalu...mommy tengok shasha sukar utk survive. Entah berapa kali giliran shasha di pintas. Saya cuma biarkan...sehinggalah satu detik, saya sedikit menjerit pada makcik kantin tu.
"Makcik...nasi lemak satu ..!!! "

Akhirnya, nasi lemak di tangan. Tapi...ciput sangat. RM1...sambal pedas giler. Masa orang minta...masa tu laa baru terkial2 nak senduk nasi dari tong nasi, masa tu laa baru sebuk nk belah telur rebus. Hadui....kali pertama dapat tender kantin sekolah ker...??

Hati yg di pupuk rasa sabar dari awal tadi..dah mula hangat. Tengok chicken ball dalam tray...2 bijik = RM1. Pergh mahal giler...kat pasar malam kalau jual pun paling kurang 3 bijik = RM1.  Nugget ayam, 2 keping = RM1. Minuman dalam bekas macam kat pasar malam = RM1 segelas.

Mak aiii....cekik darah betul. !! Ini sekolah kot....sekolah rendah plak tu. Seleksi makanan memang failed. Setip hari..cuma ada nasi lemak, nasi goreng, mihun goreng..kadang-kadang ada kuey tiaw goreng. Itu pun pedas !

Hello makcik...ini budak2 nak makan..bukan mak budak. Bertimbang rasa laa cket. Nak di sound, tengok owner tender kantin, memang tak boleh makan. Muka kelat nak mampos....pandang orang macam nak telan. Err...kantin sekolah je makcik..bukan bank.

Back to shasha - melihat dia menyuap makanan...alahai. Serta merta hati yang hangat tadi mencair. Sebak plak. Dah besar daa anak mommy. Bila shasha dah masuk tahun 1, terasa mommy semakin tua. Ok....noted, im now 35years old. Baru tersedar, saya dah lama jadi wanita dewasa...ada anak berusia 7 tahun. Tapi tak pernah ambil pusing...coz i always thinking...my child still a baby. :P

Well the baby are now growing up. She's on her way to become 'kakak besar'. Cita -cita shasha...bila dah jadi kakak besar...nak pegang kucing !Ahaks...lawak laa shasha ni. Pegang kucing pun boleh jadi cita-cita eh..?

Cerita rehat hari pertama..cuma nasi lemak + sambal pedas yang cair + telur rebus yang tak cukup rebus dan ikan bilis yang keras. Bluwek !!

Cukup lah learning session shasha.... On the next day :

  • saya bekalkan shasha dengan nasi lemak...."mommy home made". Lagi sedap. !! Since that, saya ajarkan shasha untuk bawa bekanan dari rumah. 
  • Shasha minta nugget ayam - mommy bekalkan 8 ketul nugget ayam. Huh..makan sampai kenyang sha ! 
  • Shasha minta sandwic..saya bekalkan dengan 2 keping roti putih di sapu mayonis dengan isi chicken lancheon + sliced cheese.
  • Shasha nak roti telur...mommy goreng dengan 2 biji telur hanya utk 5 keping roti shasha. Betul2 roti telur utk shasha. 


Ini shasha dengan kawan baik nyer...what happen is, shasha's best friend name = Nurul Ain. Aalahai shasha...mommy tau laa shasha sayang sangat dengan mommy, nama kawan sendiri pun sama nama dengan nama mommy..??

Jan 5, 2015

You are the glow



Hati besar mommy berbunga-bunga..anak kecilku ini semakin meniti jalan hidupnya. Belajar...menyanyi dan menari. Menangis...dan meminta-minta. Merajuk dan kemudian memeluk. Masa bayinya seakan begitu pantas berlalu....

Shasha dah masuk Tahun 1 !! Bagaikan tak percaya...shasha semakin dewasa bermakna saya semakin tua. Hati yang besar tadi terasa mengecil. Masih panjangkah waktu ku ?

Melihat shasha buat mommy rasa bernyawa..namun sebak datang tiba-tiba. Entah kenapa,  sukar benar rasanya menerima kenyataan anak kecil mommy ni semakin melewati waktu bayinya. Semakin seronok dengan dunia luar...mengingati nama-nama baru menggantikan nama mommy.

"Shasha suka sekolah baru... "
"Mommy pun suka sebab shasha suka .... "




Hati besar mommy berbunga-bunga.  Biarlah dunia mengambil tempatnya..mengajar tentang hidup. Seronoknya berkawan-kawan...sakitnya hati bila di pulaukan. Menangis tika barang di curi,,,merajuk tika tiada perhatian di beri. Peperiksaan tu menjerihkan....menghafal itu membosankan...mengira itu memenatkan....tapi shasha perlu semua itu.



Selamat bersekolah shasha...tinker mommy yang tak bersayap. Rapunzel mommy yang berambut paras bahu saja...cinderella mommy yg pakai selipar angry birds...elsa mommy yang suke menyanyi, you are the princess of my world...you are the glow.

Dec 23, 2014

Special entry for Hanis - Happy Wedding Day

Working for another cookie project for my friend. She's a lil sister from my childhood neighbor.

Hanis...i know u when u're just a little girl.Running here and there...always calling my name "kak ainn....kak ainn"

Not knowing, how fast the time flies, u're no longer little girl.
I am married with 3 kids...and its yr turn to have yours. Happy to know that u have met your perfect man ! Happy wedding day Hanis.This is for you...

Sugar cookies - to suit your wedding event with the color and theme.





Dec 15, 2014

Ini lah harapan kita....

Ain Rahman's: Jangan Bersedih :')
Kata Hamka : 

Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat ! 
Semua orang menyangka sekiranya orang itu ada rumah yang besar dan ada makanan yang lazat , maka sudah tentulah hidupnya bahagia dan tenang .
Belum tentu ! 
Jika Allah ingin memberikan kebahagiaan kepada seseorang , Dia tidak boleh ditahan dengan apa-apa tangan sekalipun ! Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan jua ! 
Jika Allah uruskan urusan kita , dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita , walaupun sekelip mata ! Dunia boleh berbuat apa-apa sahaja , tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kekuasaan Allah .
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka akan tewas , kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah ! Apa yang orang rasa rugi , Allah akan memberikan keuntungan ! Yang mana jalan tersebut tidak disangka oleh manusia , tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupannya . 
Kita tengoklah dunia ini .. Kadang-kadang manusia itu hilang sesuatu benda daripada dunia ! Dan kadang-kadang dia kehilangan segala-galanya .
Berapa banyak dalam kehidupan kita , telah kita melalui keperitan hidup ?
Cuba ingat !
Ketika kita di dalam keperitan , kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya ! Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita , 
dan kita sekarang berada dalam keadaan baik ! 
Ketika kita ditimpa musibah tertentu , kita akan berkata : ' Habislah aku kali ini '

Tetapi usia kita telah berjalan dan kita masih lagi hidup dan makan serta menikmati kurniaan kehidupan ini !
Ketika kita kata : ' Ya Allah tolonglah aku , aku susah Ya Allah ! '

Hari ini kita telah pun lupa akan perkataan itu ! Dan kita kadang-kadang pun terlupa untuk bersyukur , di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya . Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda yang baru tetapi kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini merupakan satu nikmat yang terlalu besar ! 
Kata Hamka : ' Yang ada ini sudah harapan kita '

Tetapi insan , bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada . Tetapi jangan lupa yang telah ada ! 
Sebab itu , sebahagian dari para sarjana menyebut : Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar ! 
Ramai orang terpaksa sabar , namun  belum tentu ada orang yang dapat nikmat itu dengan bersyukur .

' Ya Allah , apa sahaja yang aku alami ,
daripada nikmatMu
daripada kurniaanMu
daripada sesiapa dikalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan
daripada Engkau wahai Tuhan ,
bagi Engkaulah segala pujian ,
bagi Engkaulah segala kesyukuran '


Subhanallah ! 
Insan , jika dia hendak menghitung nikmat Allah nescaya dia tak akan terdaya ! 
Ketika orang-orang kafir itu mengeluarkan dia , ketika dia salah seorang daripada dua , dia dan Abu Bakar ( iaitu Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar As-Siddiq ) , ketika mereka berada di dalam gua Thur , ketika Rasulullah berkata kepada sahabatnya :

' Jangan bersedih , sesungguhnya Allah bersama kita ! '

Dec 1, 2014

Tak mengapa.

Tengok-tengok handphone...battery full. Jika tidak pun pasti setia connected to charger. 
Tengok coverage....full barr!. Pasti takde gangguan...
Check-check baki akaun..line pun tak kena barr. 
Kalau takde suara..whatsapp kan ada
kalau wifi tak strong pun...text msg pun boleh.
Hampa !

Ping satu mesej...
Satu di tanya...
Satu di jawab. 
Cerita satu....dia jawab OK jer. 
Hampa !

Facebook di update....status kawan-kawan di sapa
Rindu merata-rata...bila mahu jumpa ?

Takpelah....mungkin saja dia lebih gembira begitu
Kawan lama...yang jauh ntah di mana-mana
lebih di rindu..lebih di tanya khabar berita
Bila mahu gather..nak jumpa nak bergurau senda. 

Saya kembali membelek handphone
Berpuluh aplikasi telefon pintar
Beribu online game....tinggal download saja
tapi satu pun tak menarik minat saya

Ntah berapa kali mesej yang saya taip di padam
Ntah ape ayat
Ntah ape soalan

Jauh....hambar....kosong ....tak bermakna. 
Hati yang hiba itu saya pujuk perlahan
Tak mengapalah sayang
Hati kite yang tak begitu besar ni dah biasa menjadi kecil
Kita yang jauh ni....dah biasa tak di endahkan 
Kita yang jarang-jarang ini...memang dah biasa sekali-sekali bertemu

Tak mengapalah sayang....