skip to main
|
skip to sidebar
Lama tak bercerita pasal shasha skang...da besar dah anak mummy. Gigi dah banyak, rambut dah panjang, kaki tangan sumer da besar. haish..cakap je da besar tapi manjanya masih serupa bayi kecil yg baru lahir tuh.
Jumaat lepas, mummy craving for watermelon. Kembang air liur mummy tgk org makan tembikai dalam drama korea malam sebelumnya. So babah pun beli laa, senang sgt nk carik ape yg mummy nak ni, tutup mata pun babah boleh beli. Hahaha.....makan punye makan, shasha da lencun dengan jus tembikai tu...tetiba babah minta shasha buangkan biji tembikai. Tapi shasha lari macam nampak hantu! Menyorok balik sofa...sambil jerit2....tak nak! tak nak! tak nak!
Alahai shasha, berderai tawa mummy dah babah petang tu. Mummy da 3 hari tak ketawa, babah sampai koyak bibir keringnya ketawakan shasha senja tu. Biji tembikai pun nk takut.
Ya Allah, tika aku leka begini lama Kau datangkan ujian tanpa tanda. Tika aku terduduk merintih hiba, Kau memanggil aku. Dalam tangis yang panjang ini, dalam hati yang tidak tenteram ini Kau panggilku menyembahMu. Aku bukakan hatiku...aku luahkan rasa kecewaku. Kau Maha Mengasihani dan Mengasihi. Kau tau apa yang terbaik buatku. Kau tenangkan aku, dan aku meminta....sembuhkanlah jiwaku, pulihkan hatiku. Hilangkan amarahku, hilangkan tangisku. Kau yang Mengasihi aku, kau berikan aku ujian ini tanda sayangMu. Kau berikan azab ini tanda kasihMu. Dan aku menanti hihmah dan nikmat di sebaliknya. Kau yang Mengetahui dan Memahami apa yang terbaik buatku.
Doa, hajat dan harapan mummy kesampaian. Syukur padaMu Ya Allah atas rezeki yang kau kurniakan.
Ya Allah,Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku, Maha Memahami apa yang terselindung di balik semua dugaan ini. Kau biarkan aku mengetahui apa yang tak seharusnya aku ketahui dan aku kini berperang dengan perasaan sendiri. Kau Maha Mengerti, dan aku cuba untuk memahami apa yang telah kau agendakan untukku kali ini.Ku mohon Ya Allah, tetapkan imanku di sini. Tetapkan hati dan akal fikiranku agar sentiasa memilih yang terbaik. Rahmati segala apa yang aku usahakan. Kau kurniakan aku kekuatan dan ketabahan sejuta orang manusia utk aku lalui semua ini. Tika aku merintih hiba dengan hidupku, ingatkan aku dengan kebaikannya. Ingatkan aku dengan keindahan sewaktu bersamanya. Ingatkan aku tentang kasih sayangnya. Ingatkan aku yang baik2 tentang dirinya. Tetapkanlah diriku buatnya kerana aku hanya ada dia. Hanya dia.
masih berkira-kira, masih lagi meghitung hari..mohon Allah perkenankan doa, hajat dan harapan kami ini. Sekalipun ia berakhir bukan dengan ape yang kami minta, kami tak terasa hati..takkan pernah memaling muka malah kami akan sentiasa berdoa kepadaMu. Moga kami beroleh rezeki yang barakah tahun 2011 ini. Amin..