Feb 26, 2014

Bahagia.

Setahun jagung..sedekad usia...
Tahun demi tahun berlalu...
Yang terbahagia...tergembira...sering terlupa
Namun yang sedih di ulang cerita berkali-kali

Aku merendah budi
memaafkan...melupakan sebentar
aku manusia..dan dia juga serupa
Sama tapi berbeza.

Ku cari damai
dalam kesibukan hidup..menguruskan kerja
menguruskan keluarga yg ada si dia dan anak dan anak dan anak
mengurus masa....bermula awal pagi hingga dinihari
yang ku temu penat....(seriously tak tipu)
Namun masih aku mengecap erti bahagia
dengan ketawa..dengan ayat lucu...dengan sendawa dan sendu
dengan tangis berlari mencari pujukan
dengan kucupan dan pelukan.

@ office, 2nd floor

Jan 16, 2014

Wanita yang mendidik anak perempuan

Aisyah RA berkata, "Ada seorang wanita yang datang menemuiku sambil membawa kedua putrinya. Dia datang untuk meminta. Saat itu aku tidak punya apapun selain sebutir kurma. Akhirnya aku tetap memberikannya kepada wanita tersebut. Lantas wanita tadi membelah sebutir kurma menjadi dua untuk diberikan kepada kedua putrinya. Wanita tersebut tidak makan sama sekali, kemudian berdiri dan pergi. Lalu NabiSAW masuk menemuiku, maka aku pun menceritakan perihal wanita tersebut, mendengar hal tersebut lantas NabiSAW bersabda : Barang siapa diuji dengan anak-anak perempuan dengan sesuatu, kemudian dia tetap berbuat baik kepada mereka, maka anak-anak perempuan tersebut boleh menjadi penghalang baginya dari api neraka.



Nadaa.....8mo

Kejap je rasanya....dah 8 bulan !! Masa nadaa dalam perut dulu terasa laa begitu lamanya. Nak keluarkan c kecik ni kejap je....tapi nak abiskan bpantang rasa bagai berkurun lamanya.

Anyway..masa berlalu dengan pantas. Nadaa kini berusia 8bulan. Pandai nanges..of course !! Pandai senyum.....actually anak saya si nadaa ni teramatlah mudahnya tersenyum. Bila nadaa senyum seumpama bunga2 cantek sama2 gugur tepi bibir nadaa yang mungil tu. 

Skang dah pandai mengensot ke depan. Pantang lepa.....dah jauh perginya. Hampir2 nak jatuh katil...tapi sempat di selamatkan. Alhamdulillah...sepanjang 8bulan mommy jaga nadaa ni, belum ada lagi episod jatuh atau tergolek. Insha Allah, moga2 Allah jauhkan lah segala perkara yg buruk2 itu.

Nadaa pun dah start makan solid food. Makan dan solid...so poops pun solid jugak. Maka terciptalah kes poops keras...sembelit plak nadaa mommy ni. Further investigation made, poops nadaa takde laa keras sgt...but i bet, sure  kes 'usus malas' seperti yang di bicarakan oleh Dr. Zubaidi dalam blognya tu. Huhu...
Solutionnya..mommy beli loctulose..pelawas dalam bentuk syrup. Agak pekat seperti gula...transparent color. Takde taste pun....So saya dah bagi nadaa telan 5ml.....single shot. So far, dah 3hari berlalu...takde pun kes sembelit nadaa. Skang nadaa poopoo dengan mudahnya..takde dah nak nanges2...sampai merah padam muka dok meneran.

Mana nak beli...? Kat farmasi je..harga affordable....RM9.90

So kalau babah si nadaa sembelit...pun boleh telan syrup yg sama. Cuma sukatan perlu ada penambahan. kui kui kui....



Dec 30, 2013

Jangan

Jangan berharap yang bukan-bukan..jangan berangan yang melampaui kebiasaan
Jangan nak berlebih-lebih menjauhi kelaziman



Nursery

Syukran....Allah permudahkan urusan saya setelah 3 minggu saya bergelumang dengan kesulitan dan kesusahan menguruskan jula-juli saya. Terpaksa pula import mak abah dari Jelebu untuk babysit shasha, sophie and nadaa.

Kenapa...?

Saya sering je susah hati bila hantar anak ke nursery...malah ini pengalaman pertama saya dengan NURSERY. And even worst its gonna be my last deal with 'the nursery'. Geram...hati ibu mana yang tak sakit..yang tak sedih bila bawa balik anak...pipi dah lebam2. Tapi saya tak nak jadi ibu yg fussy..so amarah saya...di pendam sahaja. Fikir saya ..mungkin tak sengaja.

The next day..bbsitter was the one who asking me bout the 'lebam'. So..i bet bukan sebab dia lah. Saya banyak berfikir..bila masa plak si kecil Nadaa ni bermain dengan barang-barang bahaya sehingga memudaratkan pipinya. Tapi...selang beberapa bulan..lebam kedua pula timbul...dan sekali lagi yang ke3 dalam masa seminggu.

Oh..saya dah tak tahan. Menitik airmata saya....fikir saya, ape sangatlah yang Nadaa saya dah buat sehingga lebam2 begini. Beberapa kali juga rungutan bbsitter di nursery tu saya dengar. Katanya Nadaa saya kuat menangis sehinggakan mereka tak upaya membuat hal-hal lain.

And i wondering....."hanya anak saya je ke yang menangis...?" Anak org lain tak menangis..? Anak org lain datang nursery bisu je ke...tak pernah menangis langsung?

Tiada laporan di buat di mana-mana balai polis..tiada ugutan dan tiada langsung kemarahan saya tunjukkan. Hanya saya bertanya...bagaimana wujudnya lebam-lebam ini di badan anak saya. Saya punya hak..saya punya t/jawab demi anak saya...tapi jawapan sekadar "TAK TAU"

Saya menghela nafas yang paling panjang. Tangis saya tak mampu leraikan trauma Nadaa yang kecil itu. Dia hanya berusia 7bulan...sering saja memandang saya dengan mata yang sedih setiap kali saya tinggalkannya di nursery.

4 bulan dah berlalu...dan hari ni saya putuskan. Cukup lah pengalaman saya dengan nursery yang satu ini. Terasa jerih nak beranak kecik lagi. Jula jula saya dah cukup ber3.Ok lah tuh....