skip to main
|
skip to sidebar
"Dalam sebuah hadis lain Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:Rintihan orang sakit tercatat sebagai tasbih, kegelisahan dan jeritannya sebagai tahlil, nafasnya seumpama sedekah, tidurnya sebagai ibadah dan kegelisahannya,daripada satu,bahagian ke satu bahagian lain adalah bagaikan jihad kerana Allah s.w.t. dan ditulis baginya sebaik-baik amalan yang pernah dilakukan semasa sihat."
Aku tau hati itu benar-benar sakit...faham benar perasaan itu. Jika 15tahun pengalamanmu boleh djadikan sandaran, maka aku mencuba untuk bertahan. Utk kau juga sahabatku; reen. Tau hatimu benar2 terluka....dan aku tak berdaya mencari penyembuhnya. Sedangkan aku sendiri cuba bangkit bersama sisa kepercayaan yang ada.
Moga akan tiba masanya, kau (reen) juga beroleh kebahagian yang dcari, sebagaimana aku. Percayalah sahabat, tiada duka yang abadi.
"Tidak dinafikan bahawa setiap sesuatu itu berlaku, mempunyai sebab musabab,dan boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia, namun pada hakikatnya di sebalik fakta-fakta yang dapat diterima akal rasionalnya, qada’ dan qadar Ilahi itu mengandungi rahsia-rahsia Ilahiyah yang tidak difahami oleh manusia. "
terasa macam takde cerita pula lately. Hari ni jalan2 kat wall facebook, seakan kawan2 lain juga begitu....recent status update tak banyak macam selalu. hummmm...Korang pun da takde issue ker..?Lewat masa bekerja, terlekat pada satu klip video lama ct nurhaliza yang d share oleh sorang teman. Baru perasan...aku dah lama tak bermimpi. Jika bermimpi, bagus ke tidak tidur malam aku saat itu..? Lagi soalan yang berlegar2 dalam otak kiri aku. Aduh..malas dah nak pk.So catch up sebulan punye citer....my lovely sister zatul dan selamat melangsungkan pertunangan dengan buah hati kesayangan nya pada 26Feb lalu. Mekshoo pakai pink, shasha pun pink in her strawberry gaun. picture story later on k....