Apr 9, 2014

Adios Pinky SCR1

Alkisahnya...ahad lepas saya sibuk mengemas rumah tapi still tak nampak kemas jugak..hairan !! Macam banyak sangat barang kat laman depan umah saya ni.

Leteran saya panjangkan pada en.suami - stroller anak jek sampai 3 jenis. Yg single...yg twin....yang compact. Aduh..bile memasing dah besar...ada pulak stroller yg terbiar sepi.

Setelah hampir setahun, stroller single SweetCherry scr1 sophie yang berona pink terbiar sepi. Jarang sekali nak guna semenjak saya beli twin stroller utk angkut sophie and nadaa sekali gus. Masih berkeadaan baik...almaklumlah, bawa anak perempuan je. Nak di buang terasa sayang....tawaran saya panjangkan pada adik-beradik, memasing dah ada stroller. Saya buntu...nak buat ape stroller banyak2 kat umah ..?

Finally, en.suami buat tindakan drastik - upload gambar strolller di mudah.my. Bahananya, berduyun-duyun sms/whatsapp msg masuk...missed call saja dah sampai 54 nombor berbeza. Hik hik..kami jual murah je kot...preloved item = RM50.

Sehingga keesokkan petangnya, masih ada yang bertanya perihal stroller pink sophie tu, malah ada juga yg offer RM150. Saya sedikit terkilan, seumpama nk puaskan hati ramai requestor tu tapi apakan daya, stroller tu ada 1 jek.

Still remember, that pink SCR1 saya beli beberapa tahun lepas coz dah tak terdaya mendukung anak saya si sophie. *Sophie lahir menerusi kaedah caesarean - kerana dia terlalu montel utk di lahirkan secara normal. 3.81kg hokeh...so fr mommies yg lahirkan anak lebeh 4.0kg secara normal, u deserve my salute !  

Beli di Jusco dengan harga RM399. Gulp! Tapi anak punya pasal, mommy rembat jek tanpa pedulikan pandangan babahnya ketika itu. Banyak jasa stroller pink sophie tu....ada ketikanya shasha begitu malas nak berjalan guna kaki sendiri, stroller tu juga lah yang angkut shasha. Sophie yang montel tu terpaksa di kendong babah. Not me....roboh bahu kalau mommy yang dukung.



Jauh perjalanan stroller tu..keluar masuk shopping mall dah biasa, but the best so far when we brought it together to Legoland trip in December 2012. Banyak jasanya stroller ni pada kami...

Saya tak tau mereka siapa...cuma saya pesan pada suami, berilah pada 'nombor' yg banyak kali call dan sms ni. Bersungguh-sungguh benar nampaknya. Benarlah, that chinese family just have his newborn baby. Jam 4pm kami iklankan, lewat tgh malam jam 12.30am stroller pink tu sudah pun bertukar tangan.

May the sophie's pink stroller continue her good service to the new baby girl. Adios Pink SCR1.

0 comments :