Dec 30, 2010

Makan-makan @ Seoul Garden

Ye...demam Korea telah melanda. Since last 2 mths, seronok pula melayan cter korea di channel 393, Astro sehinggakan kami memandang sepi channel-channel lain. Sunscribe HBO/Starmovie bagi HD skali pun tak guna. Rasa macam nk cancel saja....Tambah pula sejak rancangan tv boleh di record ni...shasha tau minta Ice Age-3 HD jek. Sampai mummy ngan babah nak tengok channel lain pun tak boleh. Permintaan mummy n babah di tolak mentah2 bersama jerit marah nyer. Ooh....


Hari ni, boss plak belanja makan kat Seoul Garden. Yea...sama tapi tak serupa macam steamboat. Variety pada pilihan daging ayam dan daging lembu utk di panggang. Superb!!! ops...selalu tgk orang korea makan kimchi dalam tv jek..so hari ini, kimchi tested. OK laa..tapi x original yang macam dalam tv tuh. Huhuhuhuh..


Dec 29, 2010

Semoga Abadi





Pagi ni jalan-jalan kat web gossip, entah kenapa mood aku pagi ni senada dengan langit mendung hari ni. Sejuk tanpa mentari. Alkisahnya pasal artis indonesia yang entah sape dan tak glamer cter pasal Misha Omar yang ciplak lagu dia. Misha Omar da release album ni tahun 2006, da nak masuk 2011 baru perasan ker..? ke sengaja nk buat kecoh mentelah pula kita skang tengah hangat pasal AFF malam ni. Antara belahan dada dan cahaya laser?? Artis indon yang tak glamer ni pun sengaja carik topik hangat antara Msia dan Indonesia yer...
Anyway, this is my favourite track from Misha's album on that year. Dedicate the whole mellow melody utk buah hati pengarang jantung hati Mr DutaLee.

Dec 28, 2010

Tawakal jalan terbaik hadapi dugaan hidup

Setiap kejadian menimpa manusia pasti ada sebab serta mempunyai hikmah

KITA selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.
Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.


Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran. Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus? Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18) Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT.

Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka. Ini memang amalan manusia, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Cuba lihat rakan lain yang selalu dirundung kesukaran, kesakitan, kepayahan dan duka? Bandingkan nasib mereka dengan kita. Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka.

Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas. Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)

Akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian. Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, baik mahupun tidak, akan tetap dihitung dan diberi balasan sewajarnya oleh Allah SWT. Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)

Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasan-Nya. Janganlah kita menjadi seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’

Dec 27, 2010

Malas tanpa babah shasha...

Langkah malas mummy hayun ke office hari ni...yes, year end mood. Malas segala-galanya,tambah pula hari ni perlu memandu sendiri..perlu menghantar shasha ke rumah babysitter. Sehari sebelum hari gaji..tatkala poket da memang sedia nipis hadir pula penyelamat dunia yang sudi belanja makan tengahari. Tq abg Zam utk lunch ikan bakar d Seri Muda. Perutku sedikit kenyang sebenarnya setelah melantak baked cream craker + apam pelangi. Niat untuk diet di hari Isnin tidak menjadi. huh!!! Makin nk berdiet semakin besar plak selera makan. Sua apa saja..sumer OK.

Tamat waktu kerja jam 6.30pm, mummy menghayun langkah perlahan mencari kereta, kesian...hari ni tiada siapa yang sudi menjemput. Mummy juga yang perlu menjemput shasha. Mummy perlu segera, bimbang shasha menanti terlalu lama. Rindu to shasha's daddy...entah buat ape daddy kat sana.... Malam ni, mummy & shasha dinner ber2 saja di rejab, Bt.3...

Malam makin larut, terasa sunyi pula bila babah shasha tiada. Tak ada lagi tangis senduku merindu babah shasha seperti waktu lalu, dah steady since ada shasha sebagai peneman. Malam ni hanya ber2...esok skali lagi ber2 dengan shasha...sigh! berdua bukan lebeh baik tapi bosan. Lagi menarik bila ber3 dengan babah shasha.

Percaya padaku..



Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdetak tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu
Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku
Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku
Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu
Surat untuk kekasih - (bhg.2) ~ ainnLee

Hari ini cuaca cerah..tapi langitku mendung
Bukan sebab hujan tapi aku kesepian
Di tinggalkan di Shah Alam
Bertemankan bintang kecil
yang rancak mengomel tanpa sebab

Pulang segera cahaya hati
Aku di sini menanti...

Dec 21, 2010

Surat untuk kekasih...(Bhg.1) ~ainnLee

Lately, aku banyak mengenangmu di masa lalu..masa remajamu.
masa kau dan aku bukan satu.
Mengenang masa lalu, di mana aku terlalu merinduimu...
mengenang keluh resah kala aku mencarimu....
satu dunia mencarimu.

Hari ini, langkah ku atur ke arahmu.
Setiap nafas yang ku hela keranamu.
Kau yang mencipta...kau yang mewarnakan hidup
Masakan kau tak tau...jika aku tak ucapkannya walau sekali

Lately..kau dan aku berbicara kisar hidup dan mati
Mampukah kau teruskan hidup bersama sinar bintang yang ku tinggalkan
Mampukah kau terus menjaga bintang hatiku bersama tinggalan sentuhan dan pelukan
Mampukah kau menjaga setiap pesan yang ku wasiatkan...
Tapi aku tak mampu...
Meninggalkan nyawa di sini

Hari ini..mahukah kau berjanji
Lalui jalan yang panjang ini bersamaku
Lalui masa yang sukar ini bersamaku
Mahukah kau teruskan sehingga kita menghampiri hari tua
Sehingga aku boleh tertawakan dikau
bersama kedut wajah dan rambut putih
Mahukah kau melihat rambut lebatku makin nipis
yang hitam itu makin kelabu

Mahukah kau berjanji
Untuk terus bersamaku..






Dec 19, 2010

Kehidupan Sebuah Cinta ~ Khalil Gibran

Kehidupan Sebuah Cinta ~ Khalil Gibran

MUSIM BUNGA
Marilah, sayang, mari berjalan menjelajahi perbukitan,Salju telah cair dan Kehidupan telah terjaga dari lenanyadan kini mengembara menyusuri pegunungan dan lembah-lembah,Mari kita ikut jejak-jejak Musim Bunga, yang melangkauiLadang-ladang jauh, dan mendaki puncak-puncak perbukitan‘Tuk menadah ilham dari aras ketinggian,Di atas hamparan ngarai nan sejuk kehijauan.
Fajar Musim Bunga telah mengeluarkan pakaiannyadari lipatan simpanan, dan menyangkutnyapada pohon pic dan sitrus , dan mereka kelihatan bagai pengantin dalam upacara tradisi Malam Kedre..
Sulur-sulur daun anggur saling berpelukan bagai kekasihAir kali pun lincah berlompatan menari ria,Di sela-sela batuan, menyanyikan lagu riang.
Dan bunga-bunga bermekaran dari jantung alam,Laksana buih-buih bersemburan, dari kalbu lautan
Kemarilah, sayang: mari meneguk sisa air matamusim dingin, dari gelas kelopak bunga lili,Dan menenangkan jiwa, dengan gerimis nada-nadaCurahan simfoni burung-burung yang berkicauandan berkelana riang dalam bayu mengasyikkan
Mari duduk di batu besar itu, tempat bunga violetberteduh dalam persembunyian, dan meniruKemanisan mereka dalam pertukaran kasih rindu.


MUSIM PANAS
Mari pergi ke ladang, kekasihku, keranaMusim menuai telah tiba, dan cahaya suriaTelah memanggang gandum kuning-kekuningan.
Mari kita mengerjakan hasil bumi, sebagaimana semangat kegembiraan menyuburkan butir gandumDari benih cinta-kasih, yang tertanam dalam sanubari.Mari mengisi guni kita dengan limpahan hasil bumibagai kehidupan mengisi penuh rongga hati,Dengan harta kekayaan tak terperi,Mari, jadikan bunga-bunga alas tilam kitaDan langit biru selimut kitaSandarkan kepala di bantal harum jerami,Mari kita berehat setelah bekerja sepanjang hari,Sambil mendengar bisik gemercik air sungai yang menyanyi.


MUSIM GUGUR
kita pergi memetik anggur di perkebunanDan memerah sari buah segarDan menyimpannya di jambangan tuaSebagaimana jiwa menyimpan ilmu pengetahuanAbad-abad lalu, dalam gedung keabadian.
Dan sekarang mari pulang, kerna sang bayu telahMenerbangkan daun-daun kuning dan mengisar bunga-bunga layuYang membisikkan dendang kematian pada Musim GugurMari pulang, kekasihku abadi, kerana burung-burungTelah terbang bagi perjalanan migrasi menuju kehangatanMeninggalkan padang yang dingin dan kesepian.Bunga mirtel dan melati pun telah lamaMengeringkan air matanya.
Mari kembali, sebab anak sungai yang sayuTelah kehabisan lagu, dan sumber air yang lincahTelah membisu, enggan mengucapkan kata perpisahan.Sedang bukit-bukit tua telah mulai melipatpakaiannya yang berwarna-warni.
Mari, kekasihku; Alam telah letih,Ia bersemangat melambaikan selamat tinggalDengan dendangan sayup dan ketenangan.


MUSIM DINGIN
Dekatlah ke mari,oh teman sepanjang hidupku,Dekatlah padaku, dan jangan biarkan sentuhan Musim Dingin,Mencelah di antara kita. Duduklah disampingku di depan tungku,Sebab nyalaan api adalah satu-satunya nyawa musim ini.
Bicaralah padaku tentang kekayaan hatimu,Yang jauh lebih besar daripada unsur Alam yang menggelodakDi luar pintu.Palanglah pintu dan patri engselnya,Sebab wajah angkasa menekan semangatkuDan pemandangan ladang-ladang saljuMenimbulkan tangis dalam jiwaku.
Tuangkan minyak ke dalam lampu, jangan biarkan ia pudar,Letakkan dekat wajahmu, supaya aku boleh membaca dalam tangisApa yang telah ditulis pada wajahmuTentang kehidupan kau bersamaku..
Berilah aku anggur Musim Gugur, dan mari minum bersamaSambil mendendangkan lagu kenangan pada ghairah Musim BungaDan layanan hangat Musim Panas, serta anugerahtuaian dari Musim Gugur.
Dekatlah padaku, oh kekasih jiwaku; api mendingin dalam tungku,Menyelinap padam nyalanya satu-satu, dari timbunan abuDakaplah aku, sebab aku ngeri akan kesepian.Lampu meredup, dan anggur minuman membuat mata sayu mengatup.Mari kita saling berpandangan, sebelum mata tertutup.
Cari aku dengan rabaan, temui daku dalam pelukanLalu biarkan kabus malam merangkul jiwa kita menjadi satuKucuplah aku, kekasihku, kerana Musim Dingin,Telah merenggut segala, kecuali bibir yang berkata:Engkau dalam dakapan, oh Kekasihku Abadi,Betapa dalam dan kuat samudera lena,Dan betapa cepatnya subuh…

Hujan Air di Shah Alam

~hujan air di Shah Alam - ainnLee~

Semalam tak check pun ramalan kaji cuaca
Tapi semalam dan hari ini sama saja
Aku tercari-cari di mana dia terik cahaya
Buat pengering baju yang ku sidai sejak malam hari

Mungkin dia ada di situ
Tersenyum padaku
Namun malu-malu

Hujan air di Shah Alam
Kini telah mula
Masa utk mencari payung
Berteduh di bawah bumbung
Mula membelek handphone
Kalau ada sms dari suami tersayang
Bila nak tiba menjemputku pulang

Hujan ini tak akan reda
Makin lebat pula jadinya

~~inspired by Ana Raffali.

Dec 18, 2010

Selamat Bertunang..

This special entry for my old buddy..Farid Ghazalee. Tahniah di atas pertunangan dengan si dia pilihan hati. Semoga majlis berjalan lancar dan bertemu keberkatan hingga ke jinjang pelamin. Amin....


Perahu kolek ke hilir tanjung,
Sarat bermuat tali temali.
Salam tersusun sirih junjung,
Apa hajat sampai ke mari? KP

Sudah lama langsatnya condong ,
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung,
Baru sekarang diizinkan Allah. KP

Malam-malam pasang pelita,
Pelita dipasang atas peti.
Kalau sudah bagai dikata,
Sila terangkan hajat di hati. KP

Singgah berenang di persiraman,
Mayang terendam di dalam tasik.
Kumbang merindu bunga di taman,
Bintang merindu Cenderawasih. KP

Ikan sepat di dalam sampan,
Orang membawa ke pinggir kota.
Besar hajat tuan menyimpan,
Baiklah nyata di dalam kata. EAAB

Panjat- panjat si pohon ara,
Nampak cantik di tepi laman.
Besarnya hajat tidak terkira,
Hendak memetik bunga di taman. EAAB +KP

Senyum menguntum memakai kebaya,
Gadis sunti menjual kalungan.
Bunga nan sekuntum belum berpunya,
Menjadi penyeri di taman larangan. EAAB

Dari sumbu terbit apinya,
menjadi asap dan juga jelaga.
Jika begitu akan adanya,
Izinkan kita memetik menjaga. EAAB

Baik-baik kalau berhuma,
Jangan sampai lalang sepekan,
Hajat yang baik kami terima,
Dalam adat kami serahkan. EAAB

Kalau gugur buah setandan,
Sampai ke tanah baru tergolek,
Kami bersyukur kepada tuhan,
Datang kami disambut baik. KP