Apr 23, 2013

Special entry : Happy birthday B "Still Into You"

Malam tadi, saya buat perkara yang dah lama tak buat - menonton drama melayu. No no no...!! bukan saya kerek menolak drama melayu dan menafikan kebagusannya tapi sebab saya takde masa nk dluangkan depan tv. That should be taken as a reason hokeh.

So malam tadi, dah settle makan nasi goreng daging kunyit - saya bersantai depan tv sambil jula juli saya melompat2  ke sana sini. (To be honest, saya nk tgk drama tu sebab ada Hans Isaac..)

Kisah seorang perempuan yang d curangi oleh suaminya kepada kawan baiknya sendiri. Owh klise sangat tapi konteks macam ni laa yang sering berlaku dalam kehidupan. Kisah kawan makan kawan...orang yg kita tak sangka boleh buat onar - jadi duri dalam daging. 

Berbicara tentang hal suami dan isteri..tentang kasih sayang...tentang penerimaan. Dalam quote2 di facebook yang saya jumpa - mencintai wanita adalah sesuatu yang menuntut banyak keperluan dan pengorbanan. Benarkah..? Mencintai saya ; Nurul Ainain Ramli ..?? Mudah saja...saya tak mengharapkan si dia memenuhi list yang panjang itu. Cukup sekadar saya rasa di kasihi, di cintai dan di hargai. Selebihnya, adalah menjadi tanggungjawab si dia sebagai tonggak keluarga. Meh saya kongsi ape senarai yg panjang tuh....

It's really not too difficult but.... To make a woman happy, a man only needs to be:
1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a plumber
10. a mechanic
11. a carpenter
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynaecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate

WITHOUT FORGETTING TO:
44. give her compliments
regularly
45. Go shopping with her
46. be honest
47. be very rich
48. not stress her out
49. not look at other girls
AND AT THE SAME TIME, YOU
MUST ALSO:
50. give her lots of attention
51. give her lots of time,
especially time for herself
52. give her lots of space, never
worrying about where she goes.

BUT MOST OF ALL IT IS VERY
IMPORTANT
53. never forget
*birthdays
*anniversaries
*valentine
*arrangements she makes. —

At the end of the quote, saya tertanya - benarkah wanita adalah manusia yang kompleks. Jawapannya mudah saja..depends ! Kita sendiri yang mencorakkannya. Ada wanita yang sengaja mencipta kesukaran dalam kehidupan berpasangan demi mencari kesempurnaan. Tapi pernah tak korang terfikir, kesempurnaan itu menyusahkan ??!!

Saya mencari kebahgiaan...tapi adalah lebih baik jika kita mencipta kebahagiaan. Bahagia itu tak datang sendiri...dan tak mungkin berdiri dengan sendirinya. Bersama si dia kita mencipta kebahagiaan yang hakiki. Itu lebih afdhal kan....

Mencintai lelaki begitu mudah..semudah 1,2,3 ! Huh, ye ker ?? mudahnya tapi kenapa wujud lelaki yang curang ?? Bayangkan jika kita adalah isteri yang sempurna - situasinya adalah :


"Seorang isteri yang bekerja..yang sama2 mencari nafkah demi memenuhi keperluan bersama dan anak2. Kerja norml hours - balik rumah sebuk nak memasak, dalam masa yang sama memenuhi keperluan anak2 yg masih kecik - nak mandi, nak susu, nak itu dan ini. Sesekali si anak kecil merengek minta di dukung...dan si ibu tanpa berfikir panjang merangkul manja anak kecilnya ..dan akhirnya, memasak sambil mendukung si kecil. 

Malam tiba, pinggang terasa sakit....belikat terasa ketat. Mata makin berat...tapi si dia minta di layan mesra juga. Nah....kerja tak terhenti di situ. 

Esok, rutin yang sama bermula sekali lagi "


Isteri yang sempurna ..yang menyediakan makan pakai buat suami. Memenuhi segala keperluan suami...malah melahirkan zuriat demi legasi. Menjaga aurat, maruah dan nama baik suami sebaik mungkin. Saya melihat ini sebagai tanggungjawab. Jika si dia ringan tulang ingin membantu menjagakan anak sementara saya memasak, itu BONUS. Jika saya terlena selepas 3 saaat, dan si dia membiarkan saya lena hingga subuhnya...si dia suami yang memahami. Saya juga penat - seperti dia. 

Penemuan saya dalam satu 'pengakuan' di facebook buat saya tersentak sekejap. Ayatnya tidak menyentap jiwa tapi mampu buat saya berfikir. Menjadi isteri dan ibu yang sempurna tidak mencukupi. 

"Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. 

Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya. 

Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. 

Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. 

Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja. 

Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.

Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. 

Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. 

Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

~ Muslimah sejati ~ "

                   **********************************************************

Mendapat suami yang baik dan memanjakan isterinya adalah dambaan wanita. Tapi ada juga wanita yang tak sedar dek untung. Dah dapat suami yang bergaji besar...di beri kemewahan harta kereta, rumah dan emas. Pendek kata...keperluan harta benda dah tak menjadi masalah tambah pula si suami sangat ringan tulang. Habis semua kain baju suami yang basuh. Pinggan mangkuk pun suami juga yang selesaikan. Makan minum anak...menjaga anak pun suami juga. So si isteri buat ape...? Berehat dan tidur saja. 

Kasihan si suami...kerana sayangkan sangat si isteri, memanjakan isteri tak kena tempat.akhirnya kena tipu , bulat-bulat !! Dapat isteri cantek, tangan lembut bak bayi...tapi hati hitam penuh dusta!! Mengucap cinta pada lelaki tapi bukan suaminya, mengusap mesra pada lelaki tapi bukan suaminya. 

Salah siapa...? 

Isteri yang sempurna tapi tak cantek tetap tak mencukupi....suami yang baik tapi tetap tak memuaskan hati!! 

Apa lagi yang di cari ????

Kesempurnaan bukan segala-galanya. Tapi kita mencari kebahagian. Ye....kebahagian itu lah yang sebenarnya. Kelebihan suami adalah pelengkap kepada kekurangan si isteri. Kan dah dapat erti sempurna yang kita cari.

Tiba masa untuk saya muhasabah diri. Tak mahu lagi meletak kesalahan pada org lain....dah tiba masa kite mencari kekurangan diri. Kalau tak cantek....(cantek itu subjektif sayang...) tak cantek di muka tapi cantek di hati. Canteklah dengan cara ape skali pun yang mampu mengikat hati si dia. 

Tak hensem sebab gendut....tak pe sayang. Gendut kamu tetap mengikat cinta saya tetap kepada kamu. Berkali di ucap, hanya saya...hanya saya !! 

Saya melihat jauh ke dalam mata...selam jauh ke dalam  hati. Ada masa dan ketika, kamu tak perlu kata apa-apa. Saya tahu...dan saya juga sayangkan kamu.

Selamat hari lahir sayang...dah 33 tahun. Terasa cepat benar masa berlalu....dari zaman kita muda-muda dulu. Let's fall in love again.............again and again. 





0 comments :