Marahnya
seorang Isteri...
"Ustaz...
isteri saya bila marah suka jeling saya dengan ekor mata. Tersirap juga darah
saya dibuatnya. Seram pun ada dengan pandangan begitu macam Pontianak Harum
Sundal Malam la pulak."
Memang
ada isteri begitu... dia tak pandang wajah suami tetapi ekor matanya amat tajam
menjeling itu tanda isteri benar-benar marah.
Peringatan untuk Isteri
Kalau
benci sangat nak tengok wajah suami ketika marah janganlah jeling-jeling
tajam...ia akan mengeruhkan lagi keadaan.. jadi, apa kata, ketika marahkan
suami cepat-cepat pandang pokok-pokok yang hijau atau warna-warna lembut.
Jangan sesekali tengok warna-warna yang garang. Warna memainkan peranan ketika
marah. Ulamak kata kalau di rumah ada naskhah Al-Quran pandang sahaja Al-Quran
dan istighfar. Ambil wudhu' nescaya berkuranglah sikit marah dan syaitan pun
akan lari.
Marahnya seorang Suami..
"Suami
saya kalau marah macam singa lapar. Matanya merah pandang tepat ke muka macam
nak makan orang. Telinganya nampak bergerak-gerak dan cakapnya penuh
emosi."
Peringatan untuk Suami..
Sifat
amarah sifat iblis. Pandang wajah isteri ketika marah.. .renung matanya mungkin
ketika itu air mata isteri sedang mengalir membasahi pipi. Biasalah isteri bila
dimarah atau diherdik akan mudah menangis.
Suami
yang sedang marah cuba tatap wajah isteri. Lihat pada matanya. Bayangkan air
mata isteri yang bercucuran ketika kita memarahinya. Sesungguhnya air mata
itulah juga yang berlinangan dan mengalir ketika sang isteri kesakitan
melahirkan zuriat untuk kita.
Pandang
pada tangannya... tangan itulah yang menghayun buaian, menyapu sampah, mengemas
rumah dan memasak untuk kita.
Rasanya
tahap kemarahan kita akan menurun sekiranya akal memandu kita bukan emosi.
Marah
seorang Isteri..
Ada
suami mengadu.. isteri kuat berleter ketika marah.
"Saya
tak suka nak marah isteri ustaz... tetapi kalau leterannya makin menjadi-jadi,
hangat jugak hati dibuatnya."
Peringatan untuk Isteri..
Mungkin
semua suami tak suka isteri berleter. Kalau nak bahagia rumahtangga cuba kawal
tabiat suka berleter. Pakar psikologi berpendapat kalau dah 'tension' sangat,
masuk bilik tutup pintu rapat-rapat kemudian menjeritlah sekuat hati hingga
puas.
Marah
seorang Suami...
"Suami
saya kalau marah suka mengamuk tendang kerusi meja, pecah cermin dan
sebagainya." Bahaya tu... suami macam ni perlu dikaunseling atau diberi
rawatan psikitri kerana mungkin boleh membahayakan orang lain.
Marah
seorang Isteri...
Ini satu
lagi.. suka siksa diri. Isteri kalau marah hantuk kepala sendiri kat dinding.
Masa tu tak sedar diri. Putus satu urat saraf di otak tak pasal-pasal duduk kat
Tanjung Rambutan.
Ada suami yang romantik, suka bercerita... tiba-tiba bertukar jadi pendiam tak mahu bercakap. Itu salah satu tanda suami marah atau ada masaalah. Lainlah kalau suami memang jenis pendiam atau kurang cakap.
Marah
seorang Isteri
Kadang-kadang
tanda isteri marah dekat suami... anak yang jadi mangsa. Tujuannya nak lepaskan
geram kat suami. Anak-anak dipukul dicubit ditengking. Kesian anak-anak mereka
tak faham apa-apa masaalah rumahtangga kita.
Marah
seorang Suami
Tak
sentuh pun makanan yang kita hidangkan. Lalu suami mula belajar makan di luar.
Kalau dibiarkan berlarutan boleh membawa kemudharatan pada rumahtangga. Kaji
dan selidik kenapa suami marah sehingga tak mau makan sedangkan kita tahu suami
kita seorang yang pemakan dan tak pernah cerewet atau menolak apa yang kita
masak.
Marah
seorang Isteri...
Isteri
bila marah..s uruh suami tidur kat luar bilik. Kunci pintu bilik. Ugut suami..
tak mau layan suami... ni apa cerita? Suami yang sabar tak apa. Kalau selalu
sangat buat begini bermakna mengundang bala. Ingat... suami ada 3 lagi kuota
kosong untuk diisi. Hati-hati.
Renungan
Apa yang
paling penting, terimalah anugerah Allah seadanya. Jangan harapkan pasangan
hidup kita itu sempurna tanpa ada kelemahan. Kenal pasti keistimewaan atau
kelebihan isteri/suami lebih baik dari kita mencari kesalahan, kekurangan atau
kelemahan.
Maaf
pandangan ini adalah pandangan peribadi yang umum dan tidak ditujukan kepada
sesiapa pun cuma sebagai renungan.
Wallahua'lam.
1 comments :
tang quota lagi 3 boleh diisi tu..pergghhh makn dalam makn dalam..
Post a Comment