Apr 26, 2012

Upgraded blogspot ??

Setelah sekian lama berkira2 apa yang menarik dengan upgraded blogspot....akhirnya yang dapat perkara yang menyusahkan jer. Tak support dengan browser lama..kena plak download browser baru. Sudahnye kat lappy mommy ni ada 3 browser..hamek ko. Kat opis pakai lain, kat umah pakai lain...nk bukak blog pakai lain plak. Haduyai.......

Apr 14, 2012

I'm done for today...

Counting..it's only on 2nd day....but mommy had cried - in store room !! Bermula dengan hujan yang sangat sangat lebat dan mommy hanya memandang lesu dari tingkap opis. Owh..kebiasaannya waktu begini mommy hanya menunggu babah menjemput, sampai masa mommy hanya perlu melangkah kaki ke lobi opis > masuk kereta > dan start membebel seperti biasa. Ada masanya juga, mommy sengaja memberi ruang kepada babah untuk bercerita...ttg apa saja. Baru fair n square but today, all around circled back to mommy. 

Mommy melangkah perlahan ke kereta..hujan kini renyai-renyai. Terasa jauh perjalanan ke medan letak kereta, hati tidak bernyanyi kecil..hanya memikirkan shasha dan sophie..dan apa menu kami ber3 malam nanti.

Mommy jemput shasha dan sophie....keduanya terlena sementara menanti mommy tiba. Seperti kelazimannya, barang2 anak mommy yang masuk kereta dulu. Bermula dengan beg pakaiannya, bakul susunya, walker sophienya....kemudiannya mendukung shasha dan akhir sekali si kecil mommy; sophie. Shasha moody, tak mahu salam nenek artis seperti biasa....sophie ? biasa2 saja....terserlah muka mengantuk anak mommy yang sorang ni.

Apr 9, 2012

Shasha & Sophie on Sunday holiday...

Sunday holiday..sambil mommy sebuk mengukis chocolate oat permintaan mekshoo yang nun d Sg Petani..anak manja mommy si bunga hati sophie ni sebuk bermain tuala. Mentang-mentanglah dah pandai mengorak langkah dengan tools - walker nya. Sophie dah pandai tarik sana..tarik sini. Sambil mommy sebuk dengan kukis mekshoo..sempat mommy snap gambar sophie dengan walker nya ni.

~muka puas hati dapat tarik towel sendiri~
 Mekshoo, jangan lupa bagi upah kat model cilik mommy ni yer...penat dia berdiri tepi meja nk tinjau doh kukis ni. Nak tolong canai tak mampu...tolong tengok je. At last, jadi tukang makan juga.

Dah lama tak balik...

Surat Untuk Mak- by JomSayang

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi, Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak..... itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya.

Apr 5, 2012

Jangan terlalu cepat dewasa

Shasha menangis..sedikit merah pipinya. Mommy menahan rasa sakit, kasihan dan sayang. Anak mommy sayang, kamu mungkin tak tahu....tapi kamu tak patut begitu. Itu babah sayang.....bukan begitu caranya bercakap dengan babah, bukan begitu caranya membentak pada apa yang babah minta shasha buat. Harus kamu faham sayang....bukan sebab babah tak sayang, bukan sebab babah tak suka...tapi babah perlu marah utk didik shasha. Menjaga adab shasha....perlu hormat, perlu tolak ansur.

Mommy melihat airmata kamu menitis laju.....mommy dakap kamu. Erat ! Masih kamu mendayu-dayu menangis. Maafkan babah ye sayang....maafkan mommy juga, kerana kekurangan mommy dalam mendidik kamu...sehingga kamu begitu.

Mommy usap rambut shasha yang panjang, sepenuhnya menutup dahi....masih terlihat matanya yang masih merah dan basah. Mommy susukan sophie, yang dari tadi terpinga-pinga melihat kakak kesayangannya menangis - di marah babah. Sophie yang kecil ini masih tak mengerti apa-apa. Di kuis rambut kakak shasha, tapi shasha hanya diam.

Seketika mommy biarkan shasha di atas katil, sambil mommy terus susukan sophie. Mommy lihat shasha semula..kamu senyap sambil merangkul selimut.....mengalir perlahan airmata kamu. Aduhai....sayu mommy melihat kamu. Mommy memandang babah..minta memeluknya seketika.

Shasha yang masih manja, masih mahu berdukung sama seperti zaman bayinya. Masih mahu di pujuk dan di belai..masih mahu menyusu botol..masih mahu di dodoi sebelum tidurnya. Anak mommy yang manja...kamu semakin dewasa sayang. Bimbang membiarkan kamu dewasa tapi mommy tak upaya menghentikan masa. Kamu akan tetap menjadi bayi di hati mommy dan babah....

Jangan terlalu cepat dewasa...bimbang mommy dan babah terlalu cepat merasa kehilangan kamu.


Salam sayang dari mommy;
05/04/2012