Dec 31, 2012

JB and Legoland

Alhamdulillah, perjalanan yang kami mulakan dengan Bismillah...berakhir dengan baik. Selamat sudah kami dalam perjalanan pergi dan balik. Yang kami bawa pulang ...adalah keseronokan dan kepenatan. 


(teaser)

and the story begin....


Dec 10, 2012

Seorang pejuang dan penakluk seperti 'namanya'.

Dah habis november pun....skang dah masuk Disember. Sebuknya saya sampai tak sempat nak bercerita-ceriti di blog ni. Kekadang sayang mengarang blog cuma dalam otak tika memandu. Panjang karangan saya...sampai saja destinasi..saya pun lupa. Kan bagus jika semuanya da siap tertaip dalam blog saya ni.

Ingat lagi cerita saya tentang en.suami yang akan meninggalkan saya dan anak2 kerana urusan kerja d luar negara ? Hehe...cinta hati saya tu dah lama balik, seminggu tiada bersama kami..baru semalam jejak kaki ke Msia..esok nyer urusan luar lagi. Shasha pun dah pandai mengomel..."ish babah ni...asik Penang jer...macamana shasha nk sayang babah...? macamana shasha nak garu...? "

Aduhai shasha..ingat pasal tdurnya saja. Perihal anak dara saya yang seorang ni..usianya bakal menginjak ke 5 tahun depan. Tapi tak malu saya akui - dia masih tdo sekatil dengan saya dan suami. Saya tdo sebelah sini...suami saya nuuuuuuuuuuuuuuuuuuuun jauh di sebelah sana. Di tengah-tengah bintang jula-juli kami yg semakin besar tapi sentiasa kecik di hati babahnya.

Kata shasha.."shasha nak tdo dengan mommy"..tapi mesti nk sebelah babah supaya senang nak suruh babah garu belakangnya. Dari kecil besar dulang tu..(almaklum shasha lahir kus semangat. 3.4kg, so bukan kecik tau) sampai laa sekarang dah besar 2,3 kali ganda dari dulang tu..still nak babah jugak. Bunyi macam anak manja babah..tapi tetap kena marah..tetap kena rotan.

Lain pulak halnya dengan sophie. Berkepit je dengan mommy...cuma sesekali bila sophie nampak babah berdiri depan cermin - sophie suka menjerit 'abah' sekuat hati. Dan saya....sophie cuma panggil dengan 'ma' saja..pendek dan ringkas.

Kesibukan melayan shasha dan sophie buat saya terlupa erti 'rindu'. Saya tak sempat nak smsmsmsms en.suami hinggakan 2,3 kali en.suami saya meng'sms risaukan saya. Usah bimbang....saya dan anak2 ok jer. Tambahan pula saya ada 'father in law' yang tanpa gagal bertanyakan khabar saya tiap hari. Jika bukan dengan voice call pasti dengan mesej ringkas. Pernah satu hati, saya bagaikan di marahi hanya sebab tak menjawab panggilan dari 'father in law'. Terjahnya hanya satu ayat - "handphone rosak ker..?" hehe.....dengan sisa kudrat yang ada lepas penat bekerja dan layan anak2 kecil saya...saya terangkan keadaan sebenar. Sejak itu, saya jawab panggilan dan sms 'father in law' on time. Hak hak..sorry abah. Anak menantumu ini takde pembantu, tunggu anak abah kaya raya boleh gajikan pembantu utk saya sorang dua utk hantar dan jemput saya ke tempat kerja, jemputkan anak2 saya, kemaskan rumah utk saya, basuhkan pinggan mangkuk utk saya, masakkan makan malam utk saya..kemaskan tisu2 kecil yang sophie sepahkan untuk saya, garukan belakang shasha untuk saya, bangun 2,3 kali buat susu botol utk shasha dan sophie......(heheh...)

Sering saja saya terlupa....yang saya mengendong adik shasha dan sophie. Sering saja saya lupa yang saya tak boleh ambil caffein terlalu banyak. Sering saja saya lupa utk makan obimin ....yang saya tau, saya selalu jek lapar. Tambahan pula, hujung tahun 2012 dan bermula tahun 2013..saya perlu meningkatkan tahap kendiri. So betterlaa saya kerahkan diri dari awal.

Susah..? Susahlaa sikit tapi ada orang lain yang lebih susah dari saya. Tapi saya tak bimbang sebab punya 'father in law' yang sangat prihatin itu. Membandingkan kesusahan saya dengan kesusahan orang lain buat saya sering bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan pada saya. Pada rezeki yang di limpahkan, pada masa yang di luangkan...pada nikmat dunia yang di pinjamkan.

Kita di sini aman, sesekali terdengar dentuman seumpama bom...itu pun sebab merayakan Aidilfitri, Deepavali dan Gong Xi Fa Chai. Dentuman yang meriah...dengan percikan api yang berwarna warni berbeza dengan keadaan saudara kita di Gaza sana, dentumannya membinasakan, membunuh nyawa yang tak berdosa.

Pesan ustazah, setiap yang berlaku adalah takdir Allah. Allah lebih mengetahui. lebih memahami dan Allah telah merancangkan segala hal. Jika takdir Allah menetapkan mereka gugur tika mempertahankan islam...alangkah bertuahnya kerana jaminan syurga telah menanti. Berbanding kita di sini, berbalah kerana perbezaan tafsiran ilmu agama yang akhirnya menyesatkan.

Saya mencari jawapan, susah sangat ke nak tamatkan peperangan ? Seronok sangat ke melihat kematian....bagus sangat ke menjajah kawasan orang ???  Saya tak faham...!!!

Allah tuhanku, jika benih yang saya kandung ini seorang lelaki - jadikannya seorang pejuang. Pejuang ke jalan yang benar...yang tak penah menyesatkan. Yang bakal membimbing keluarganya, kawan2 nya dan sesiapa jua. Jadikan dia seorang yang sentiasa tepat atas paksi Islam sebenar yang sentiasa mengamalkan prinsip ajaran Islam (bukan moderate). Jadikanlah dia seorang pejuang keamanan yang mengagungkan cinta kepada Pencipta, penakluk kebenaran dan keamanan.

Kasih tak perlukan dominasi


"Jejak-jejak langkahku
Bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hidupku ‘kan ku bangun
di atas satu cinta
Subhanallah aku mencintainya
Subhanallah aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu dihatiku...


Dec 9, 2012

State of Grace

Shasha saya..lain cket. Kalau anak orang lain, umur 4 tahun dah macam2 pandai cakap. Anak saya shasha masih cakap tunggang terbalik. Did i tell u she always messing around with the subject n predicate. Mommy pening, babah tak paham. Sering saja saya yang menjadi translator kepada babah nya.

Saya tahu..satu hari nanti..shasha pasti boleh menutur ayat dengan baik sekali. Cuma saya perlu rajin membetulkan setiap kesalahan ayat shasha..malah sebutan juga.

Akhir-akhir ini, shasha rajin melukis. Rajin juga mengajak adik melukis sama. Si adik, bukan setakat kertas, dengan baju , peha habis sumer di di lukisnya. Pandai shasha...sesekali saya buat lawak dengan melukis gambar peti ais di rumah kami.

Ini pula gambar be-bear. Ada tiga telinga...hik hik. Saya ketawa....Shasha melukis gambar kucing....tepat dengan telinga kecil yang runcing di hujung. Nampak sangat nakal gambar kucing tu. Then shasha lukis kaki...tangan..yang sangat panjang..dan kucing itu telah bertukar menjadi raksasa. Waaaa...amazing !!

Si adik sophie are exploring new instruction now. Sedang saya bergolek2 atas katil bersama shasha dan sophie...saya minta sophie cium saya. Macam biasa ! hanya pipi nya yang singgah ke pipi saya. But the most cute moment apabila kami memanggil namanya...sophie akan mengangkat tangan kanan nya comel tu. Alahai.....mommy bayangkan sophie dalam kelas....cute macam ni juga utk 6 tahun lagi..??

Oct 30, 2012

Sayang..apa khabar denganmu..


Dah lama tak bersiaran kan..ada banyak cter..ada banyak kisah yang tak tercerita....(sigh..) dan akhirnya saya dah lupa. Anyway, di kesempatan yang masih bersisa ni...Salam Aidiladha buat kamu yang membaca..hehehe...

Lately, rajin pula otak saya melayan mimpi yang ntahapehape. Siyesly...buat saya tak senang duduk..lebih2 lagi kalau termimpikan anak....termimpikan suami. Argh.....lepas makan lemang, rendang ayam, mihun soto mak..saya pun dah lupakan mimpi yang mengarut tu. Orang kata, mimpi itu hanya mainan tidur. Semoga Allah pelihara keselamatan suami dan anak-anak saya.

Semakin mengakhiri bulan October, saya semakin bimbang sebenarnya...bakal di tinggalkan suami saya yang akan bekerja d luar negara. Kata hati sayang yang separa kuat - "eleh, bukan nya lama....sebulan dua je....!" Hati saya yang mellow pula berkata sebaliknya..."memanglaa tak lama, tapi kalau tak biasa berenggang....mudah saja hati saya menangis hiba. Teringat masa darah masih manis bergelar pengantin baru..en. suami cuma pergi penang jer. Tapi menangis sampai bengkak2 mata...Tapi sekarang, bila dah ada anak 2, saya pk kan saya yang terlalu mudah hiba tu.."ish mengada2 jer...."

Tapi tahu tak....hiba, sedih itu lah yang mengikat rasa cinta. Bila en suami takde depan mata..baru saya rasa rindu. Huuuuuuuuuuu.....Hari-hari kami berjumpa...saya cter masalah kerja saya, dia pun cter masalah kerja dia. Boss nya..staff nya...saya dengan nombor-nombor prepaid saya. Dan selebihnya kami berkongsi cerita shasha dan sophie...takpun cerita anak2 buah kami yang jauh di mata, tapi dekat di hati. Masa kami bersama dari jam 8-9pm depan tv tengok buletin utama - lepas tu kami sama2 membebel tentang isu semasa. Tetiba je nak cter pasal subsidi padi, nk cter subsidi minyak...nk cter pasal mampumilik itu dan ini...tetiba nk cter pasal rumah kos rendah....belanjawan sana sini. ergh....semak kepala. Terasa meluat duduk selangor...tapi tak pasti negeri mane paling seronok utk di duduki.

Berbalik kepada kisah suami isteri....kami dah melepasi the 1st amazing 5 years. Tipulah kalau saya kata, kami tak pernah bermasam muka..tak pernah bercakaran..tak pernah merajuk dan terasa hati. The most painful things pun dah rasa..so saya dah tak heran dengan masalah yang mendatang. Yang penting, masing2 perlu pandai menjaga diri....hati dan perasaan. We're adult but still growing up in our marriage life. Rajuk itu indah bila ada yang memujuk...tapi kita terpaksa menahan rasa hati kalau sang suami bukan pemujuk bijaksana. Yang dia tau..hanya melenting.  Kita diam tanda merajuk, tak nak menjawab soklan tanda protes menjadi kemarahan padanya. Tapi kalau dia..boleh saja kita mencari moment yang sesuai utk mendekatkan diri dan bertanya......tak susah pun, bertanya dengan rasa kasih...kan itu lebih afdhal.

Saya sering saja mencuri minum minuman suami saya....nampak tak sopan kan. Tapi akal saya mencari rahsia di sebaliknya..semoga en suami kekal menyayangi saya. Pernah suami saya menjawab..kalau saya habiskan terus air minumannya pun takpe.....dia tetap sayangkan saya. Hahaha...hati saya berbunga....sebak pun ada.

Jiwa saya tersangatlah mudah tersentuh. Kami berasingan ke tempat kerja...si dia menaiki motor dan saya memandu kereta bersama anak-anak. Saya nampak dia melepasi kereta saya...mendahului jauh...dan dia menoleh seketika sambil melambai. Saya tau dia tak nampak saya...tapi dia cuma lakukan tanpa ragu-ragu. Saya menangis hiba....mengada-ngada kan. Entahlah..semakin tua..semakin asyik melayan perasaan.

Menjadi kuat adalah perkara yang menjerihkan dalam hidup..bilamana diri kita tak bersedia sepenuhnya. Membayangkan keadan orang lain yang hidup bersendirian kerana kehilangan suami buat saya menghargai moment saya bersama cinta hati saya. Hargai selagi ianya masih bersama...selagi kita punya masa.

Masa dulu..dia selalu kata...kalau matahari dan bulan pun boleh jadi taruhan..akan di persembahkan buat saya. Tapi saya tak perlu itu sumer sayang. Kamu yang sedikit buncit dan pipi tembam pun tetap mengikat saya mencintai kamu terus hingga hujung nyawa. Hahahaha......


Oct 10, 2012

Bukan rahsia

Pagi ni bangun awal menyiapkan nasi goreng...dalam ngntok menyiang kangkung. Dalam ngntok membersihkan kuali. Hadui....hati saya berbisik malas tapi mengenangkan nasi yang saya dah masak 5 put malam tadi, saya gagahkan diri juga. (5 put, giler ape.....? )

Memang gila pun..saya tak tau ape yang saya pk malam tadi. Seronok je nak masak nasi banyak2 tapi yang makan hanya saya dan en.suami. Pagi ni tengok nasi tu masih membuak memenuhi periuk, baru rasa nyesal. Syukurlah..saya xde morning sickness. Masih mampu meneruskan rutin memasak, mengemas dan memenuhi permintaan anak2 seperti biasa. Harap2 saya ok dan gagah hingga bulan-bulan seterusnya.

Dalam perjalanan ke opis pagi tadi, saya terlihat satu sticker parti politik di kereta seorang lelaki. Layak saya panggil atok - dengan kopiah putih, singlet pagoda dan janggut putih. Sungguh memenuhi kriteria parti politik yang satu tuh. Sebelahnya, saya assume isterinya ..hanya memandang keluar tingkap. Bosan dengan trafik kot. Tiba2 ringan pula mulut saya nak bertanya en.suami "BN ke UMNO ke takde sticker ker..? " En. suami saya ketawa.....beberapa saat dia hanya diam..saya tau dia cuba mencari jawapan....dan akhinya !. "entah laa, xde orang bagi kot...ke takde org print sticker BN ngn UMNO"

Hak hak hak..ketawa kami berderai dalam kereta pagi tu.  Tak bukak radio pun..cukup hanya ketawa kami memeriahkan suasana. Adik sophie memandang pelik.......sure dalam kepala otak dia tertanya-tanya...dan sekilas itu saya jawab " babah adik banyak cakap ari ni sebab makan panadol" hik hik...

Fahaman politik saya....? RAHSIA. Entahlah, mungkin ada yang seia sekata dengan saya. Yang tak ambil peduli tentang politik negara. En. suami saya selalu komen, dia benci dengan politik sekarang. Kotor! How dirty it is...i never know and never want to know. Yang penting buat saya, cukuplah saja dengan saya hidup dalam negara yang aman damai. Tanpa diskriminasi wanita dalam hak dan peluang utk bekerja. Cukuplah saja dengan suasana yang tenteram tanpa peluru dan bom mortar di mana-mana. Cukup sahaja dengan pegangan agama Islam saya tanpa membezakan puak mana-mana.

Pagi ni asben saya pening kepala.....makan panadol dulu tanpa sarapan sebab dah tengok iklan dia kata boleh makan je even x sarapan. Ye laa..betul laa tuh...Ape saja boleh mempengaruhi lelebih lagi kalau iklan. Yang terpampang dalam akhbar - kalau gossip kompom BENAR. Kalau politik kerajaan - TIPU. Kalau politik pembangkang - DRAMA je. Hadui.....saya dah lama tak membelek akhbar, baca bila ada depan mata je. Jika tiada, saya tak mencari. Saya tonton buletin utama - sesekali saya membebel sensorang ..ye laa ye laa..... org gomen je laa rakyat Malaysia kan. Cukai tahunan saya bagi kat org gomen buat bonus. Pergh...!!!

Kalau tak keje - jadi surirumah tangga, boleh juga mengada2 minta bonus dengan suami. Tapi suami saya pun keje private sector..kompeni yang tak listed pun dalam main board. So, bonus dia ikut mood boss dia. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

So bila pilihanraya ? June next year..? Saya nak undi siapa..? Dengan keadaan Selangor sekarang ni, saya makin risau dengan peneraju skang. (eh eh tadi bukan kata tak ambil kisah pasal politik ke ? ) Huhu...tapi kalau dengan satu undi saya mampu memberi perubahan..saya nk undi yang lagi satu tu lah. Serious saya tak kisah siapa yang jadi peneraju..tapi biarlah semua merasa manfaat, terasa terbela, terasa segala nikmat yang djanjikan..tapi kalau janji tinggal janji...yang di beri percuma lepas tu nak di sekat pula. Ape kes...? Saya amik masa 2jam nak sudahkan satu basuhan kain dengan auto washing machine hokeh - wajib laa saya hangen !

So skang, satu Msia dah tau saya dok negeri mana ngn nak undi parti mane. Wakakaka..bukan rahsia lagi.


Oct 8, 2012

Banyaknye pending list

Hari minggu yang selesa buat saya dan anak2. hehe...dengan babah yang rajin membasuh pinggan tatkala mommy tak larat nak berdiri. Kepala asik pusing je.....duduk depan tv layan kartun shasha. Argh..kepala bertambah pening...dan sophie merengek2 nak mommy. Guling-guling, hempas2 badan dan memanjat2 mommy yang tak bermaya ni. Aduhai...ape dia anakku..? Mommy bagi nenen....stop 2 saat, sengih dengan mommy kejap. (she must be saying tq with her 'sengih' tu kan....) haha.... Sophie riang, hati mommy pun senang. Dapat tenangkan sophie seminit dua. Lepas tu dia kembali rancak membebel-bebel, menyepahkan ruang tamu dengan segala jenis permainan, menjerit2 tengok kakak berjoget dan macam2 lagi.

Yup, sophie dah cukup setahun tapi belum berjalan...sophie masih merangkak. Aiseh....kasihan melihat kulit lembut di lutut tu makin kasar. Cepat laa jalan adik, puas mommy ajak adik bertatih..memanjang je nk duduk. Berat sangat montot tuh....

Petang yang permai itu, babah sendirian menemankan 2 bintang jula-juli saya bermain air. Tak dapat pegi pantai, mandi kolam persendirian pun jadilah. Alkisahnya, adik yang asyik menepuk air sampai tersedak. Seronok sangat nampaknya dia....yelaa, kali pertama. Si kakak pula sebuk nk kibas2 kaki dalam air laksana berenang di swimmping pool. Alahai, kolam yang babah belikan tu adalaaa sekangkang kera...nak kibas kaki tang mane pun tak tau ! Huhu...

Borak2 dengan babah, kami perlu segera mencari tadika utk shasha. Akhirnya babah setuju utk daftarkan shasha di Genius Aulad. Menanti keputusan samada shasha boleh masuk sesi pagi atau petang. Later kena cari babycot utk sophie....kemas bilik kakak...siapkan almari pakaian yg makin lama makin banyak  utk 2 jula-juli ni. Satu almari kecik dah tak muat ! Nak fikir almari nk simpan barang mainan pun satu  hal. Dah skolah sok, nak meja tulis plak...Gulp, banyak nye pending list. 

Anyway anyhow - mommy and babah perlu kemas bilik shasha yang macam tongkang pecah tu. Dah berulang kali babah kemas, lega 30mins je lepas tu kembali bersepah. 

How i wish to have this kind of wardrobe utk shasha & sophie. ..




Oct 5, 2012

Aku ada kerna kau ada...

Err malu to confess but i'm addicted to lagu Muara Hati ni. Lagunya sangat menyenangkan hati saya..sesenang hati saya menerima email dari en.suami petang semalam. Katanya..dia tak terfikir lagi utk berubah. Saya melihat senarainya....(tak boleh tahan dan senyum simpul depan lappy sorang2 )


tetiba mode berangan 'on'. Berangan nyanyi lagi muara hati ni dengan e.suamo but the fact - we're not singing couple. I've never sing...ever ! Cuma lagu lagu pendek mendodoikan anak kecil saya. Mungkin suami saya ada terdengar saya humming ..itu pun kerana terbawa2 dengan lagu yang bermain di radio. Selebihnya saya menyanyi dalam hati.

Saya tak pernah pegang mic karaoke. Dan tak kan pegang..cukuplah anak2 saya je yang dengar suara saya menyanyi lagu 'burung kakak tua' 'potong leher angsa' 'm.i.c.k.e.y.m.o.u.s.e' 'pok amai-amai' dan jika bertuah..saya menyanyi kecil lagu 'suriram'.


Oct 4, 2012

Paria kena tahan


Hari ni saya bosan..kepala pula pening. Kead opis pula seakan memahami..workload saya hari ni = ringan gler. Hik hik...

So hari yang bosan saya melayan facebook yg sedia bosan, since i'm allergic with people that extremely like to show off..saya 'close' saja window fb di lappy saya. Hmmm..tak tau nak surf ape. Nak layan resepi, dah takde kuasa nak main masak-masak skang ni. Saya dah malas....merajuk maybe.

Sambil melayan pojok gossip...telinga pula seronok layan mellow dengan lagu muara hati. Sowi....saya tak tengok pun drama 'Adam & Hawa' ni. Best ker..? Layan OST je yang mampu. Even every monday - thursday ada tayangan HD di malam hari, tapi saya sering saja kalah dengan shasha yang merayu-rayu nak tengok kartun. Aiseh ...demi anak plus dah tak larat dengar tangis yang sengaja di buat2 tu..saya bukak je la channel 613. Adik sophie happy, mommy and babah was forcing our self to watch the cartoon and be happy too. Hadui...

Owh..nk cter pasal paria ni. Last 25th Sept....i upload one comment for this status update. Short n simple. Me and my self are forbidden to curse other people but cant help myself for this fellow. Hadui....nasib baik ko jauh bai..kalau dkat memang dah makan garpu tekak ko ni.


Banyak komen tapi tak larat nk baca satu-satu. Saya tinggalkan paria tu dengan harapan ko kena belasah later on. Even bukan dengan tangan saya..for sure ada banyak lagi tangan2 lain yang ringan tulang nk buat perkara tu kan. Yup !!! Impian menjadi kenyataan - paria ni dah kena tahan pun.



Baca cerita penuh kat sini k..gopinath-jayaratnam-budak-india-hina-islam-ditahan
Tau tak rantai leher paling mahal bagi seorang ibu adalah rangkulan erat anaknya. Ok....this is not purely comes from me but got it from fb shared. Menarik kan...

Macam sophie, suka sangat peluk saya erat-erat. Orang tua kata - manja takde arah budak ni.


Oct 3, 2012

Tahniah babah, kamu naik pangkat lagi

Tahniah babah, kamu naik pangkat lagi....
jangan susah hati ok? 
Saya ok jer..
dan kamu pun tentu akan ok juga.

Saya tau kamu bimbang..saya juga
Tapi ini lebih kepada kegembiraan
Dan kita harus menerima
Dengan hati terbuka

Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan
Allah ringankan segala beban
Allah berikan kesenangan
Allah kurniakan nikmat kebahagiaan

Sampai masa, keperitan ini bukan lagi topiknya
Tapi yang ada di depan mata
Itu lebih bermakna, buat kita.
Buat shasha dan sophie juga.

Oct 1, 2012

"Hey hantu...keluarlah kau..!! "

"Hi hantu..keluarlah kau..!!"  erk.....saya mengankat kepala..yang dari tadi tekun membaca akhbar "Shasha cakap ape...? tanya saya pada anak perempuan pertama saya ni. Lately banyak sangat cerita hantu yang dia tonton..lepas satu satu. Bukan ketakutan yang jadi topik tapi shasha buatnye seperti satu hiburan. Boleh pula minta nak tengok cerita hantu instead of cerita kartun. 

Adik sophie yang baru pandai tengok tv pun sama terkelip-kelip matanya - memandang image yang tak comey, tak cute, tak cantek dan tak warna-warni yang macam sophie tonton kat channel 613. "kartun ape ni mommy " mesti itu yang bermain2 dalam kepala otak sophie. Sian laa anak kecik saya ni...terkeliru antara kartun comey dengan yang tak comey. Nop...bukan 'tak' but i should say BURUK hokeh. Dengan rambut panjang, mata merah berdarah dan hitam...owh ! Imej yang sungguh tidak sihat untuk anak kecil saya. 

Way diff to shasha..saya tak pasti samada dia takut hantu atau tak. Orang tua kata, budak kecik kalau nanges tak tentu pasal tengah malam...maknanya ada yang mengganggu, Tak pun ada ternampak sesuatu yang mistik (yang kita tak nampak). Orang tua pun ada cakap, budak kecik mmg boleh nampak hantu sehinggalah mereka mencapai tahap pandai bercakap, maka hijab pun tercipta. Yang menjadi tirai, pendinding, penghalang kepada sesuatu yang lain. Tapi ada jugak yang istimewa..kekal memiliki keistimewaan melihat makhluk2 ghaib dia dunia. Istimewa ke kalau nampak hantu...? 

Back to shasha - she know the image of hantu. Menyeringai..dan menakutkan. She said "eii..takut..hantu. Mommy tengok tu !! " Tapi shasha tak pernah tutup mata....even she just been fine watching alone. Serious ! 

Sunday holiday, saya dan babah shasha menunaikan janji kepada shasha yang nak sangat main mini atv. Kami spent almost 30mins kat sana....saya dan adik sophie sekadar melihat dari bangku penonton. And the babah have to exercise a bit..walking beside shasha's mini atv.and shasha riding on her own. Sesekali shasha menjerit happy.."mommy tengok ni..shasha pandai !" sambil matanya sebuk memandang saya dan adik sophie, tangan shasha pula tak lagi meneraju handle. Terus langgar benteng tayar! Masa tu laa babah jadi life guard  - selamatkan shasha yang terkandas tak reti nak reverse. selepas 5,6 pusingan....shasha hanya riding di track luar...sedangkan ada track berbumbung. Lebih redup...

Selesai aktiviti shasha - babah berbisik pada saya. "shasha cakap ada hantu gelakkan dia...duduk kat bawah bumbung tu. " The reason y shasha taknak lalu bawah bumbung. Laa.....hantu pun pandai duduk bersantai petang-petang begitu gelakkan budak2 yang main mini atv kat situ. Hak hak hak...saya tak tau nak gelak ke nak rasa seram. For me and husband, hantu dan jadi permainan. Hantu ngn kucing sama level je kot...

Tapi last Saturday, saya tergugat juga dengan bunyi yang agak pelik. Masa tu dah jam 3am. Tengok movie seram omputih, yang paling critical masa 3.03am. Saya jeling jam dinding - GULP !! dah 3am pun. Bunyi macam mende menderam....mendengus...memang seram. Shasha yang masih berjaga melayan youtube, tetiba minta buatkan susu pula. aiseh...jadi seram pula nak ke dapur. Saya kejutkan en suami minta teman - juga minta dia teliti bunyi pelik yang masih kedengaran. Tapi dia kata tu hanya bunyi anjing jalanan. Laa ye ker..? lega hati saya..walaupun sedikit pelik coz x pernah dengar bunyi anjing melepak kat belakang rumah ni..tapi saya terima je akuan suami saya tu. 

Esoknya...en suami kata. Dia pun seram dengar bunyi tu tapi di sebabkan mengantok tahap maharaja, malas nk layan semangat ingin tahu saya tu. Cis...!! kalau dia cakap dia seram masa tu....sure saya da berlari keluar dari dapur. Masih sayup-sayur terdengar bunyi dengusan tu. Huhu...masa menaip pun terasa meremang bulu roma. Orang tua-tua kata.....kalau kita bercakap pasal benda halus ni....tetiba meremang bulu roma..maknanya betul laa dia ada kat situ. HUwaaaaaaaa.....

Tapi itu cuma malam tu saja...seterusnya saya tak dengar pula bunyi pelik2 walaupun saya berjaga hingga 5am. Harap2 saya tak dengar lagi lah bunyi yang macam tu..saya tak minat nak tengok atau terserempak benda2 yang tak cantek ni..so pls jauhkan diri dari saya k. Kalau shasha suka....mommy shasha tak suka hokeh!.

Sophie on her bday party


Meraikan anakanda kedua saya yang genap setahun pada 19 Sept lalu..tapi majlis keraiannya pada 29 Sept. Really on the last week of September. Sampai jugak hajat mommy nak bagi adik tiup lilin. Sedikit bimbang tika letakkan kek depan adik sophie ni....satgi d terkamnya kek tu macam sophie terkam anak patung. 

Anyway, alhamdulillah biarpun hanya dengan kehadiran atok, nenek, atok uban dan wan. Beeshoo ngan mama ida pun ada. Credit to those who can make it happen and special for Sophie. 

Kepada jiran tetangga depan rumah juga - tq for the surprise. Saya cuma bagi 2 pinggan grilled chicken plus kuih dan kek tapi mereka balas dengan hadiah yang comey buat Sophie. Tq banyak2 aka. (she's indian tau)
Terasa lebih baik ajak jiran tetangga.....yang dah pasti dok depan rumah dan boleh attend majlis right on time. 





Sep 26, 2012

Bunga Seri Bulan

Masa kecil dulu, saya tak minat langsung balik ke kampung abah. Perjalanan dengan van nissan lama abah ambil masa hingga 3 jam ke Kg Chinta Manis, Karak, Pahang. Jalan raya yang bengkang-bengkok tu selalu saya buat saya pening kepala. Van lama abah tiada air-cond, jadi bila hujan...saya dan adik-adik selalu je rasa tak selesa. Panas berpengap. Penah juga satu ketika saya bukak tingkap, ada satu lori besar selisih dengan van lama abah - air yang bertakung tu menerpa masuk ke tingkap. Terkena saya dan adik..

Argh...!!! Tu cter lama dulu. Skang kalau nak balik Chinta Manis, sejam setengah dah sampai. Tapi.................Wan dah lama tiada. Sesekali saya rasa rindu dengan Wan bila terpandang bunga Seri Bulan. Saya bertanya dengan en.suami....ape nama bunga ni dalam English - tapi dia pun tak pasti. Carian saya terhenti di situ.

Awal tahun 2012, saya bercuti di Cameron Highland. Kata en.suami sebagai hadiah hilangkan penat selepas melahirkan anak kedua. Saya jumpe bunga seri bulan ni lagi. Saya beli !!! Saya beritahu en.suami. - saya nak tanam bunga ni banyak2. Sama banyak yang macam wan tanam kat kg Chinta Manis. En. suami kata, bunga seri bulan ni perlukan cuaca yang lembap, rumah saya kat shah alam selalu je terik. Saya diam...tapi rumah arwah wan kat chinta manis pun panas ! instead of bougenvilla (bunga kertas), wan tanam banyak bunga seri bulan dalam pasu yang tersusun cantik kat tangga depan rumah.

At first, i was confuse between seri bulan dengan lilac. as usual minta bantuan mr google. Masuk wikipedia bagai...and at last, flower that i referring to is 'Ajisai - Bunga Tiga Bulan - Hydrangea'


Sesetengah orang panggil bunga Raja Deli, 
bunyi macam bunga diRaja,
Ada yang memanggilnya bunga Siti Zubaidah, 
macam penyanyi nasyid dari Mesir,

Ada yang memanggilnya bunga kembang tiga (3) bulan,
macam tempoh kucing bunting pula,
Ada juga yang mengelarkannya bunga lapan (8) warna,
warnanya bertukar mengikut usia 'kembang'nya,

Ada pula yang sebut kembang bogor,
haa... yang ini memang pelik sikit bunyinya...

Bunga yang saya bawak balik dari Cameron tu dah lama mati Sobb...sobb.....Aish..tak kisah laa pape pun, saya masih berangan nak semakkan laman rumah dengan bunga seri bulan / 3 bulan ni.

Sep 20, 2012

Late entry - 32 tahun

Semakin lama saya mengisi masa di dunia, semakin tua saya bersama masa...semakin hampir dengan saat mati. Cuma saya tak pasti. Dari saat saya di lahirkan, dari saat pertama saya bernafas...sayalah anak pertama yang di kasihi dan di sayangi. Dari saat saya mula baligh, dan dosa-dosa saya mula di hitung dan terbeban ke bahu abah...sehinggalah hari terakhir sebelum saya mengahwini seorang lelaki.

Menginjak ke usia 32 tahun ini, apakah saya masih memberi kekecewaan dalam keadaan saya yang tak sedar tentang kesalahan dan kesilapan. 


Belajar dari kesilapan adalah satu hal tapi membuat salah dan silap itu pula adalah satu hal yang lain. Tapi kita semua mahukan yang terbaik dalam hidup. Yang paling sempurna buat kita. Tapi saya menerima seadanya - kerana yang ada ini dah cukup sempurna buat saya. 

Yang pasti ada masalah ....lalalaa


Owh.....too much to be my FB status update. But this is the lyrics that been brain bugging the babah and the mommy - almost everyday. Perihal anak dara kecil saya shasha yang dah pandai menyanyi2 kecil tika babahnya sebuk memandu pulang dari rumah babysitter. Actually she will sing any song that playing on the radio.

Fav station always is Hot.Fm so boleh di katakan lagu yang di mainkan waktu pagi akan play lagi waktu petang. Dah arif sangat dah..so kami terperangkap dengan lagu ni since banyak baris yang shasha nyanyikan sambil dia memandang luar melihat bas kilang. Melihat lori besar dan tetiba shasha separuh menjerit..."mommy, tengok tu....lori tu. Sama laa..warna orange !!! " As i'm looking around...aduhai..kaler blouse saya senada dengan kaler lori bawa barang binaan. Aiseh.. !!

She's been doin' great with colors now...selalu saja dia betulkan kami dengan 'ungu'...tapi shasha akan betulkan "purple lah.."."ini pink lah...." "ini orange lah"

Dan penyakit baru telah tiba...."Lalalalalala...smurf the happy song !! " Haduyai..sampai rumah je nak smurf, sebelum tdo nak smurf....bangun tdo nak smurf...Tdo pun dengan smurf.

Sejak 2 hari lepas, badan shasha dedar saja...nak kata demam..shasha elok saja. Tapi nak kata elok..shasha selalu je cakap..."mommy. cube rasa..shasha ni demam !!" Alahai, kasihan pulak mommy tengok shasha...selalu je merengek-rengek tika saya dan suami seronok bergurau dengan si kecik sophie.
Yup, saya dan en suami perasan. Shasha cuba menarik perhatian...dan kami berikan perhatian itu. Tapi tak pernah cukup...sedangkan masa saya utk diri sendiri tiada, ini kan pula utk suami. Jauh skali..ape yang sempat je. Selebihnya utk shasha dan sophie..itu pun kena bagi 2.

Haish...nak benti keje rasa x mampu. Penat melampau. Bile da keje..macam ni lah, tak cukup masa nk urus semua. Perihal si adik sophie yang selalu tdo lewat. Bilik tidur kami dah gelap tapi sophie seronok saja berguling-guling...dan memanjat kepala katil. Sesekali dia merangkak atas saya dan suami...dan dengan seronoknye menampar muka babah yg tgh hebat berdengkur. (hak hakhak.....masa ni saya tak boleh tahan lagi - pecah perut ketawa, Mengantok  tadi tiba2 hilang) Babah mengucap panjang, Saya kesian kan suami tapi si sophie buat lawak tahap maharaja..so biarlah saya ketawa dulu...

Si kakak dengan lalala dan lepaskanlah..si adik been amaze us with her funny face plus new born tooth.
Kesian dia...demam semalaman sebab nak tumbuh gigi..




Sep 19, 2012

19 Sept - Happy Birthday Sophie


19 Sept 2012 - Sophie is officially 1 yr old. 

Sep 11, 2012

Mixed Fruit Cupcake

Im looking for the original recipe of my mixed fruit cuppies, but seems cant find it at all. Sorry laa dear....for those yg berkenaan, saya telah mengolah resepi anda mengikut kesesuaian tekak saya. Huhuhu....

Mak dan abah memang sangat gilakan kek buah, dah bertahun mak pencen buat kek. Kesian abah, bilamana saya buat kek atau cuppies abah selalu je tanya "along tak buat kek buah ? " Aduhai, sedih pulak rasa hati saya...terasa macam time tu jugak nk carik butter ngn mixer ngn mixed fruit nk buat kek utk abah. Tapi saya fobia nk bake kek yg besar2. Siyesly !!!! So i prefer cuppies yang mudah dan yang lebih penting, lebih cepat masak. Bila da masak, i cant get myself to wait for that long too cut ..so kalau cuppies boleh terus test the texture whether ok ke tak. Kalau tak OK, as always...saya akan campak ke tong sampah sebelum en.suami nampak. hehe..

To my buddies, who request the recipe. Here u go with my version of 

Mixed Fruit Cupcake. 
200g butter
180g gula kastor (original resepi mention gula pasir )
3 biji telur 
300g tepung naik sendiri (original resepi guna tepung gandum)
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
60ml susu cair (original resepi guna 5 sudu besar susu cair)
250g mixed fruit (rendam dalam air suam)

1) panaskan oven 180'c - prepare cuppies tray ( adunan ni bleh dapat dalam 25-26 cuppies) 
2) rendam mixed fruit - saya belasah dengan air panas nk bagi kembang cepat.
3) pukul butter + gula hingga kembang dan ringan.
4) masukkan telur dan pukul lagi ( one by one )
5) masukkan esen vanilla
6) then masukkan tepung (gaul sebati dengan baking powder + baking soda) selangselikan dengan susu cair
7) sejatkan mixed fruit - then masukkan separuh bahagian ke dalam adunan --> gaul rata.
8) then sudukan dalam papercup 3/4 penuh 
9) lastly taburkan separuh bahagian mixed fruit tu atas adunan cuppies 
10) very final stage - bakar selama 20-25mins. (ikut keperluan lah yer) 

As i can remember, the original way to bake this cuppies much more easier than my version. But thru experience, i have revise few step. End result as below. Walla !!!

Happy baking frens... :)








Sep 10, 2012

Birthday Abam - Seremban

Celebrate bday abam - anak buah kesayangan saya yang menginjak ke usia genap 5 tahun pada 6 September yang lalu. Tapi bday party hari satu lepas bersamaan dengan birthday saya. Huyaa huyaa huyaa. Saya dah 32tahun hokeh. Bilangan yang banyak...tapi saya tak gusar pun. Ape lah yang ada pada nombor.....kan kan kan.

Tapi adik lelaki bisikkan ucapan ni, kala kami bersalam "along dah 32 tahun, anak baru 2. Cepat cket catch up !! " Mak oii...mentang2 laa dia da jauh di hadapan...sound direct je kakak dia ni. Adik lelaki saya beza setahun je tapi dia dah ada 4 org anak. Pregnancy yg ke3 dapat twin boy. Waa...senang keje. Pregnant one time..terus dapat 2 anak.

Tapi tengok wife dia yang sedia kecil tu, bertambah kecil pula. Adik ipar saya, tak penah gemok. huhuhu untungnya dia..masa pregnant cantik, da ada anak 4 pun tetap cantek.

Kali ni, nak cerita pasal abam, Anak sulung pasangan adik lelaki saya dan isterinya. Masa dia kecik2 dulu, saya tatang sampai ke langit tu haa..since saya xde anak lagi. Punye laa sayang bagai nak rak..sampai saya da kawen, dah besar perut mengandung 7 bulan- pegi jugak umah abam carik dia d tengah2 malam. Rindu nk cium, rindu nak tengok dia ketawa. Skang abam da besar...dah 5 tahun. Da pandai cakap, pandai jugak buat perangai haha..

Untuk bday party abam...mommy sempat buatkan fancy cookies dengan fruit cup cake for jamuan. Nenek kata tak payah susah2 tapi mommy da terlanjur susahkan diri, so sudahkan jugak laa cookies abam ni. Skang mommy demam polka dot, so dah melarat kepada anak saudara juga ye. Sian abam...terpaksa terima polka dot mommy..girlish sangat kan....

 fancy cookies polka dot biru utk abam

fruit cupcake

A few project made for fancy cookies but this is the 1st time publish on net. Akhirnya !!!! And the fruit cupcake adalah latest version from mommy since previous recipe made me gone wild. Several made attempts but sumer pun x menjadi. Keras laa..berderai laa...batat la. Sumer pun ada...but the latest recipe yang saya jumpe ni are the perfect after minimal revision. Walla.....

So, happy birthday abam. Semoga di kurniakan kesihatan yang baik, jadi anak yang baik, Berbudi pekerti, hormat orang tua. Berjaya di dunia dan akhirat...dan menjadi muslim yang baik juga. Abam da besar....dah ramai adik. So jangan nanges2 k.....



Sep 6, 2012

(Tanpa tajuk)


Saya kira, ibadah kite sebagai isteri menyayangi, mencintai dan mengasihi suami yang kita kahwini. Lebih2 lagi si dia menjadi tunggak keluarga - menjaga dan melindungi serta mencari rezeki demi keperluan di dunia ni.

Ikutkan hati, saya tak perlukan duit jika hanya boleh hidup dengan cinta dan kasih sayang. Tapi semua perkara dalam dunia ni perlukan duit.(Sigh ...mengeluh lagi)

Kerja penat, kalau tak kerja lagi penat kot. Saya membayangkan jika saya boleh berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. For the time being, cuma adaptasikan kerja2 saya sebagai surirumah sepenuh masa pada hari ke miggu tu berlaku pada setiap hari. Pergh !! Penat nyer.

Baju yang basah tak sempat kering, kejap kang basuh kain. Kejap kang basuh pinggan. Kejap kang memasak. Mandikan anak-anak..kemas umah. Sidai kain..pastu tdokan anak...pastu pastu pastu.....tiba2 je da lewat petang. tak sempat nak mekap2 pun. Tak sempat nak smsmsmsms mak, kawan atau layan facebook. Tak sempat nak usha blog nk online shopping. Tak sempat nak amik gambar pakai hp then upload kat fb. Dah tentu, saya takkan ada masa nk update blog macam yang saya buat skang ni. owh...penatnya.

Berfikir tentangnya pun da penat, ape tah lagi kalau memang kena buat hari2. waaa...penat penat dan penat. Takpelah..saya pilih utk kerja lah. At least dapat juga bantu en suami  (alasan !!!!) dapat juga pocket money sendiri ....(senang nk transfer mthly allowance kat mak abah, nk online shopping beli  korean poplooks , nk beli kasut dan handbags dan macam2 lagi )

Biarpun sering di ingatkan en.suami..apa yang berlaku; yakni baik atau buruk telah di atur Tuhan. Kita harus redha dan menerima. Satu perkara menjadi seorang isteri - perlukan hati yang sangat kuat, bersih dan ikhlas, Bercakap dari pengalaman sendiri buatkan saya memahami hati kawan2 saya yang bersedih. Benar, bukan senang utk memaafkan dan seterusnya melupakan. Tapi biarlah masa yang merawatnya..sebab masa itu benar2 meredakan kesakitan, kepedihan. Dengan syarat, usah di kenang, usah di ungkit biarpun demi mencari teladan.

Walaupun hati saya kadang2 sakit..tapi saya mencari kebaikan dalam setiap hal yang boleh membahagiakn saya. Usah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana marahkan nyamuk, habis kelambu di bakar. Kerana...kerana..kerana....

Kebahagiaan bukan boleh di nikmati dalam masa yang singkat...perlukan pengorbanan..perlukan kesanggupan utk terus berusaha mencari kebahagiaan dalam kehidupan. Owh...saya teringat Prof. Dr Muhaya ada cakap.....dalam Semanis Kurma - TV9. "Dalam perkahwinan kita bukan mencari kebahagian tapi kita bawa kebahagiaan itu utk sama-sama di nikmati " Bagus kan...?

Since then, saya lebih relax. Positif thinking sentiasa menguasai minda saya.

Cerita yang di kongsi di facebook hari ni buat airmata saya bergenang. Sebak mudah saja datang. Tau ia akan datang jua satu hari nanti..dan saya perlu siapkan diri dengan ape jua keadaan. Tak kisahlah siapa jua yang di jemput Allah terlebih dulu, hanya satu impian saya - kekal menjadi kekasih hingga ke syurga.


Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. 
dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.. 
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"
selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."


Tapi saya bukan ahli psikologi, bukan ahli ilmu, bukan doktor yang dapat beri cara demi mencapai ini semua. Biarpun saya berkongsi atas nilai seorang kawan...bukan semua boleh menerimanya. Pokok dek kau lah...kalau mahukan yang baik..akan hadirlah yang baik. Kalau sentiasa fikirkan negatif, akan hadir jua lah yang negatif itu. Jadi, sentiasalah kita bersangka baik. Sesama suami dan isteri, sesama ahli keluarga, sesama adik beradik, sesama kawan-kawan juga. Semoga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya.

Sep 5, 2012

Cemburu tanda sayang

Perut saya dah terisi, itu pun bermula tengahari tadi tapi - terasa kosong. Minda saya tak berfikir - terasa kosong. Jiwa saya penuh - dengan cinta.

Lately saya melihat facebook wall saya penuh dengan tanda cinta - di mana2. Adik2 lelaki saya kini dah memakai tanda nama baru yakni suami. Adik2 perempuan saya pula, sibuk menyediakan diri demi perjuangan melahirkan umat Muhammad yang baru. Alhamdulillah.

Cinta di mana-mana, bahagia pula terasa.

Tapi saya berkenan dengan satu status update, tulisnya "poligami - salah satu cara menyebarkan bahagia. Ops..i'm not pro poligami but then, tidak pula menentangnya. Those yang berkemampuan, berkesanggupan dan berdaya mengimarahkan kehidupan melalui perkahwinan dengan cara poligami..there u go ! But i prefer monogami.

Sebagai seorang perempuan, wanita, kekasih dan lebih2 lagi sebagai isteri - tipulah kalau korang kata tiada sekelumit rasa cemburu pun dalam hati. Alangkan si Aishah isteri Rasulullah saw pun tahu cemburu - inikan pula kita. Saya khususnya.

Masa saya muda remaja dulu, ada juga yang komen..saya ni tak tau nk express rasa cemburu. Cemburu tu kan tanda sayang. Yup, saya sayang tapi saya takde tempat nk tunjukkan rasa cemburu. Sebab apa...sebab orang yang saya sayang tu dah sebuk bertenet ngn awek lain. So tinggal laa saya je yang menjadi saksi drama samarinda mereka berdua.

Bila da kawen, seriously - how u felt as a wife dan perasaan memiliki itu sangat berbeza. Ia datang dengan sendiri dan saya boleh jadi cemburu dengan arifnya. Cemburunya saya bila tengok en suami asyik melebihkan anak perempuan kami yang pertama. Cemburunya saya bila dia asyik meluangkan masa depan laptop sampai tengah malam dengan kerja2 nya.

Dengan rasa cemburu yang saya miliki, saya tak mungkin miliki payung emas. Err...takpelah kot. Saya taknak lah payung emas tu. Saya prefer gelang emas dari suami saya jek. Hak hak hak.....

Sep 4, 2012

Pemerhati bebas

Masih dalam mood raya.? Syukur alhamdulillah saya tak lagi mengunyah biskut raya kala depan tv. Notice kasut makin sempit petanda badan da gemok. Sengaja pakai baju yang longgar supaya tak terkesan di hati..? hahaha...ok laa. Gerun menjadi gemuk tapi harus saya akui - menjadi gemuk ketika hamil adalah perkara biasa bagi saya. I cant practise for diet during that period. Honestly, i ate for two and purposely ate for fun and craving. Even masa tu tak lapar pun....just nak isi perut yang dah sedia memboyot.

Sophie hampir menginjak ke usia 1 tahun 19 september ni. Cepatnya masa berlalu... dan sehingga waktu ini, sophie masih tak mempunyai gigi. Yup, her porridge still in blended version. Tapi dah meng'onye macam2 - biskut raya, kerepek pisang, chipsmore, epal. Cepat skit adik tumbuh gigi ye..macam2 boleh makan.

Si kakak shasha, semakin kaya dengan perbendaharaan kata. Semua ayatnya menjadi kelakar pada saya. Subjek dan predikat tunggang terbalik. Yang terbaru, shasha banyak menggunakan perkataan 'tapi' dan 'dan'. Setiap hari adalah waktu demamnya....

shasha : mommy, shasha ni demam. cuba rasa ! (sambil memberikan dahinya..)
mommy : tak panas pun....
shasha : tapi shasha ni demam!!.tak boleh minum ni..shasha ni demam. (sambil letak botol susu yang dah kosong ke tepi tilam)
mommy : (....................dah abis telan susu ..dah kenyang..baru perasan diri demam eh )


Begitu lah mereka, setiap hari..x sunyi dari bercakaran. Si kakak suka sangat menyakat...geli benar hati si kakak shasha tengok si adik mengamuk. Si adik sophie plak, nama je adik kecik tapi suara besar. mommy plak jadi tukang tengok. Sekadar menjadi pemerhati bebas menjadikan saya seronok membesarkan 2 anak perempuan yang berbeza kehendak dan keperluan ni.


Aug 30, 2012

Cerita syawal kami


Syawal ke brapa ntah..baru dapat bergambar family. Shasha sedikit badmood..(tak tahan ekspresi muka shasha ni hokeh !!)

lebih seronok tengok piccas ni..the more is the merrier !!!

Aug 16, 2012

Iftar bersama FIL

Sepanjang ramadhan 2012 ni, saya dan keluarga tak memilih tempat nak berbuka. Almaklumla, cuma ada tekak saya dan suami jer. Shasha dan sophie kecik lagi..so dorang makan ape yang mommy babah makan except si adik sophie yang selalu bawak bekal bila makan d luar.

Sebut pasal iftar, saya notice term ni dah di gunapakai since 2 tahun lepas. Bunyi highclass, maksudnya sama jek 'berbuka puasa' Tak kisahlah....Majlis iftar ker..majlis berbuka puasa ke..asalkan motifnya kesampaian. Kan kan kan...

Ahad lepas, saya dan family travel all the way dari Shah Alam ke Seremban. (travel laa sangat kan walaupun shah alam dengan seremban tu, 40mins da sampai) utk majis iftar bersama keluarga mertua saya. Adik ipar saya (beeshoo) nak belanja berbuka puasa. Belah suami saya, ada 2 saja adik ipar ...tapi sehingga minggu terakhir ramadhan tahun ni..belum sempat kami berbuka puasa bersama seluruh ahli keluarga. So motifnya kali ini, mengumpulkan anak2, menantu dan cucu2 kesayangan bonda dan atok uban saya tu.

Lokasi saya ke Wadi Ar-Raudhah, Seremban. Dekat saja dengan town...Reservation made for 7 adults and 4 kids. Bagi saya tempat ni biasa2 saja....terletak di lot paling hujung, so space dalam restoran adalah yang asal. Cuma ada kanopi tambahan di sebelah kanan restoran.

1) Variasi makanan
  • memang banyak dan sentiasa ada tambahan. Staff restoran ni tak biarkan tray makanannya kosong. Dari pilihan lauk pauk ikan, ayam, daging sumer ada. En,suami hari itu terpaut dengan gulai kawah daging. Siyesly resepi nogori. Sedap sangat..daging pun lembut. 
  • menu makanan laut pun boleh tahan. Udang pun besar2...dan yang menarik perhatian saya adalah 'Kepah Goreng Manis' . Owh...pak mentua saya agak tipikal dengan selera melayunya. Kepah depan mata. pak mentua saya pandang sepi jer. Kami suakan abah dengan kepah tu..abah makan dan buat muka selamba. Huh...tak minat laa tu. 
  • Pusing2 cari makanan, en suami terjumpa dengan lamb chop di western booth. Sedikit liat tapi kire ok laa kat tekak saya. 
  • Minuman, hmm tak banyak pilihan. Ada air sirap ngan air kosong jer. 
  • Buah-buahan, tak cukup banyak utk menampung permintaan. 
  • Kuih-muih dah jadi cinonet coz dipotong kecil. Try imagine kuih cara yang satu set (melekap tu) telah di potong 4. Bukankah terlalu pelik utk kelihatan sebagai kuih cara. Karipap sebijik pun dah kena potong 2. It's better kalau letak karipap mini dari karipap separuh ..kan kan kan..
  • Saya suka roti bom nya..tapi sempat makan lebihan sape ntah tanpa kuah. Klau dapat makan dengan gukai kari kawah tu sure sedap !!!
  • Ada banyak lagi booth makanan yang tak sempat singgah meja keluarga saya malam tu. Yang saya perasan, ada yong tau foo, rojak, bubur...dan ape lagi ntah..
Pak mentua dan mak mentua saya ni, kali pertama berbuka puasa di luar. Tengok gelagat dorang buat saya geli hati jer. Mak  mentua saya sebuk nk penuhkan meja - almaklum laa pilihan terlalu banyak kan. Pak mentua saya duduk je kat meja tunggu makanan yang mak mentua saya ambilkan. Saya dan beeshoo (adik ipar) sebuk layan hp. Anak saya shasha sebok ngn beeshoo..anak saya sophie sebuk dengan buku cerita. Tapi saya tak jumpe mane en.suami......hahaha.

Kisahnya, saya tak banyak makan malam tu. Sebok melayan sophie...sedikit meragam. Babah shasha dan sophie sempat buat 2nd round makan gulai kawah daging tu sementara tunggu mommy selesaikan maghrib di masjid berhampiran. 


Kenyang perut suke hati *babah shasha n sophie berkorban jadi tukang amik gambar

*********************************************************

For those who looking for iftar session with family, frens, bf/gf pun boleh....boleh laa usha restoran ni. But today is the last day...esok dah tutup nak buat house cleaning plak kot.  

Aug 15, 2012

Shasha demam....dan sophie demam lagi.

Banyak sangat late entry sampai tak tahu nak mula mane dulu..tapi yang terkini..2 anak dara saya; shasha dan sophie di landa demam, batuk dan selsema. Kesian tgk anak kecik saya yang tak putus2 batuk...gatal sangat tekak tu rasanya..sampai nk batok pun da x larat dah. Si kakak pun sama batok, terasa bahang di dahinya tapi kakak survive sendirian depan tv kala mommy sebuk layan adik yang minta di dukung setiap masa. Mommy kesian tgk adik tak selesa, syukurlah si kakak tak merengek2 sangat. 

Masuk hari ke3 demam, masing2 takde selera makan. minum susu pun sikit jer. Dukung si adik dah terasa ringan. Alahai anak mommy sayang...cepat2 laa demam ini pergi, Biarlah kifarah dari kesakitan itu mommy yang tanggung. Biarlah mommy saja yang demam, yang batok, dan selsema.mommy rinduuu nk dengar adik ketawa..sengih besar2, Skang adik lentok je kat bahu mommy.

Itu cerita shasha dan sophie....tak sihat. Sejak mereka tak sihat ni, langit di luar sana pun asyik mendung jer...

Aug 9, 2012

Katakan tidak pada ZALORA

Facebooking and blogwalking sambil buat keje..jiwa kacau sebab tak sabar nk tengok en suami cat rumah. Jiwa kacau sebab kukis raya tak siap lagi...jiwa kacau sebab takde baju kurung nak pakai d pagi raya. Aduhai.....sedang saya beria-ria mencari baju raya di online..tetiba jumpa dengan mende ni...ekceli nampak kat fb cousin...

Terus batalkan nawaitu shopping online. Tersentak seketika ..so far tiada lagi pengalaman yang mengguris perasaan tapi pengalama tecerwidad ni buat saya rasa seram jugak. Jumlah ringgit bukan ukuran tapi kalau seposen pun duit jugakkan...?

Baca lagi luahan sempoi dan terbarai tu kat sini : JANGAN BELI APA-APA DARI ZALORA.

Aug 7, 2012

Piccas


Ini babah and sophie  - seia sekata, berganding bahu, bersama-sama ...tdo petang dengan lena. Mommy yang candid gambar dengan penuh rasa jealous. 


Ini adik sophie - my cookies tester. 

Kawan saya seorang mixer .

Sedih bangat ni..sebab mixer Cornel kesayangan saya dah jammed. Tak boleh beat butter dan gula lagi....tugasnya yang terakhir adalah petang 6 Aug 2012. Nasib baik batter saya yang terakhir bersamanya itu da kembang cket. Boleh laa terus adun dengan tepung dan gentel jadik cookies. Kalau tak, membazir 400g butter.

Anyway, u have served for 5 years cornel dearie. For these 5 years dah banyak kamu berjasa pada saya. U was my best wedding gift, dengan kamulah saya dapat menjamu kawan2 opis dengan kek, kukis dan segala macam benda. Credit atas segala usaha kamu selama ni. Kamu sahabat dapur terbaik saya. Saya sedih kerana terpaksa meminggirkan kamu...sebab saya dah ada sahabat baru aka mixer Panasonic.

Shopping raya @ SOGO and Jalan TAR - part.2

Shopping baju raya anak2 kat SOGO , mudah bagi saya. Sebab satu level tu memang utk pakaian budak2 je. So dari GF naik escalator dari satu level ke satu level, hinggalah ke satu tahap anak perempuan sulung saya separuh menjerit "mommy, janganlah main-main ni !! " Saya yang mendukung sophie di bahagian depan escalator memalingkan muka. Shasha ingat saya main2 dengan escalator sebab lepas satu -satu level tak jugak sampai2 lagi. HIk hik...shasha shasha. Pakaian kanak2 tu kat level 4 laa...mommy bukan suka-suka nk main dengan escalator ni. Hish..banyak lagi keje lain mommy boleh buat dari ni....

Sampai je kat level 4 - pergh ! Saujana mata memandang. Banyak gler pilihan...depan escalator dah berderet-deret pakaian kanak2 dengan diskaun 50%. Mula laa para ibu2 ni memulakan sesi pemilihan mengikut saiz anak. Tengah2 pilih - anak kecik pulak menjerit. Ada yang seronot jek tdo dlam stroller masa ibu2 sebuk pilih baju kakak dan abang2 nya. Macam sophie saya, lena dia tdo. Senang keje saya dan suami...cuma perlu layan karenah si kakak shasha je yang kejap-kejap nak air 'tosong' lah (air kosong) , nak air eslemontea ( ice lemon tea), nak biyak laaa (poo poo ) . Macam2 hal - mommy dah bawak p toilet, boleh plak shasha cakap "tak jadi lah mommy, shasha nak tencing jer". Haduyai...geram sungguh ngan karenah anak saya shasha ni. Itu belum lagi ngn rengek nya yang nak duduk dalam stroller coz malas nk berjalan. Saya nak usha baju kat badan shasha  pun susah. Darah mommy sedikit boiling ...tapi sabar jek. Guna pendekatan lemah lembut, manja dan sayang sayang gitew. Amik masa cket but syukurlah..nak jugak shasha mendengar kata.

Di sebabkan sophie yang baik saja - dan kakak shasha yang mendengar kata, mommy sempat shopping baju anak2 buah kesayangan mommy. Baju atui, bobot, wafa, faris dan fadhlan dah siap dalam koleksi. Tunggu masa nak bayar jek.

Settle bahagian anak2 - hunting bahagian lelaki pula. This time saya biarkan 'my man' memulakan pencariannya sendiri. Saya taknak sekat selera dan kaler yang dia pilih - kite tunggu dan lihat saja. Nasib baiklah apa yang di pilih babah shasha dan sophie kali ni adalah dalam kategori boleh pakai. Rasanya babah dah sedar yang babah da tak muda. Hik hik.....

Lately babah shasha dan sophie selalu bercerita tentang anak2 kecil yang memanggilnya dengan panggilan pakcik, uncle. Rasa pelik dan kelakar - ye laa, masa dulu kite yang panggil orang makcik, pakcik..skang org lain plak yang panggil kita begitu. So babah kena terima hakikat yer....we're not young anymore.

Baju mommy mana ? Soklan en suami menyedarkan saya. Oh ye laa...saya leka memilih baju anak2 dan suami sampai tak hirau baju sendiri. Turun lagi satu level - Nah, amik kau ! satu level tu baju for ladies tapi tak banyak yang perangkap perhatian saya. Cuma sambar satu blouse kaler jingga  utk di padankan dengan skirt yang dah sedia ada. Dan tshirt alalalalal korean cutting. Itu saja buat saya...hmmmmm

Kesimpulannya, saya puas hati bershopping di SOGO kali ni. Babah shasha dan sophie lah yang sangat berpuas hati coz dapat shopping baju Padini dengan diskaun 50%.

For those yang ada intension nak bershopping kat SOGO, can give a shot. Tak rugi rasanya..but shopping on weekend will be yg additional challenge. I bet ramai gler orang dan parking space pun takde. Saya yang pegi hari khamis pun bersusah payah mencari parking space di parking lot SOGO. Dah settle shopping, bayar duit parking je RM15. Pergh !!


Aug 5, 2012

Shopping raya @ SOGO and Jalan TAR

Hari Khamis - amik cuti. Ofc mate pun tanya nape tak apply hari Jumaat jer..? Sebab Jumaat ada solat Jumaat, takkan nak hangkut en suami merayau2 dalam SOGO during that pray time. Hish gler...Kalau kat Kelantan, dah kena tangkap dah sebab tak solat Jumaat.

So hari Khamis kami yang permai itu bermula dengan lewat. Jam 2pm baru keluar rumah...jam 3pm baru sampai KL. Sepanjang 1jam perjalanan yang agak santai itu - kami anak beranak bermain2 dengan kamera. Candid gambar anak mommy; sophie yang sampai skang xde rambut. Pakai skaf pun nampak pelik je..pakai baju kurung lagi nampak pelik. huu huuu

Babah pun mengantok je sepanjang jalan. Driving tanpa nikotin.....beginilah jadinya. Si kakak Shasha pula, layan botol susu. Landing baik punye......si adik pula macam biasa, santai2 dengan mommy. (senang nak nenen..)

Alkisahnya, treasure mommy dan babah mencari baju raya si kakak shasha dan si adik sophie. Jalan2 kat jalan TAR mencari tudung mommy, tapi entah kenapa satu pun tak berkenan. Fesyen raya tahun ni banyak jubah saja - yang kembang dah akhirnya akan buat saya tampak lebih gemok dari biasa. Huh...tak nak beli dah jubah cam tu - nyesal  !. So dah kat Jlan TAR dapat rembat baju melayu babah je...quality kain boleh tahan. Kaler = purple. And the best part is MURAH. Yup...murah laa sebab harga yang sama saya bayar 2 tahun lepas for upah jahit saja, This year, jumlah yang sama da dapat kain bj melayu siap jahit lagi. Pergh.. bebaloi-baloi. For those yang carik baju melayu...boleh try usha kat jalan TAR. Di minggu ke2 bulan puasa ni, pilihan masih lagi merambangkan mata. sape lewat, later takde size lagi sakit hati !!

Jln TAR belum sampai tahap sakit kepala. Mungkin sebab saya dan en suami pegi hari khamis kan. So kami boleh heret stroller sophie sambil shasha jalan seiring dengan babahnya. Kalau dah sampai tahap semut hurung gula - rasanya tak nampak dah mane stroller adik, mane kepala shasha. So kami boleh lenggang kangkung sekitar jln TAR. Tak sampai ke jln masjid India pun, langit mendung dah berikan hadiahnya. So kami pun start hayun langkah laju cket ke SOGO.

Di kaki tangga SOGO, perhatian saya terhala pada seorang atok tua ni. Tekun dia menulis tanpa hiraukan orang yang lalu lalang. Saya datang dekat - impressed bila atok ni menulis ayat2 suci dalam keadaan terbalik. Tak paham ..?? !!! Normally kita menulis dan ayat tu akan menghala ke arah kita kan...? But this atok menulis dengan ayat2 itu menghala ke arah kita..bukan dia. Tujuannya - supaya kita dapat membaca apa yang dia tulis. I'm impressed again. Saya teliti kertas kecil yang atok tua ni rujuk - tulisannya sangat cakar ayam tapi atok tua itu menzahirkan semula dalam seni kaligrafi yang cantek. Walaupun hanya sekadar dia atas kertas banting yang atok tu koyakkan kepada helain kecil. Saya tanya atok tu- faham kan dia dengan tulisan itu. Sekadar nak tau, yg atok tua itu bukan seseorang yang menyamar demi meraih simpati kita di bulan yg mulia ni. ALmaklum laa...bulan pose ni kita2 ni manjadi lebih pemurah menghulurkan derma.

Atok kata - dia faham. Dia boleh baca dan menuturkannya dengan jelas dan tepat. Saya bukanlah budak skolah agama, bukan skolah pondok, bukan budak tahfiz tapi bacaan atok itu buat saya yakin yang dia melayu dan islam. Ceritanya, atok minta seorang yang lain menuliskan ayat2 lazim itu di atas kertas kecil. Dan atok akan zahirkan dengan seni kaligrafi tu. Cara atok buat saya terpesona...tika saya duduk bersama atok melayan tulisannya..makin ramai pula yang sama membongkok buat pemerhatian yang sama seperti saya. (eh eh manusia ni..tadi atok ni sorang2 kat sini...xde sorang pun yang amik peduli..elok2 saya lepak ngn atok, ramai pulak yg sama menenggek)

en. suami saya kata - saya bawak tuah. Hehe..ye ker? Saya pun berlalu setelah tinggalkan derma ikhlas bersama atok, dan saya lihat ramai lagi yg berkerumun kat atok tu. Alhamdulillah...murah rezeki atok hari ni. Semoga atok di kurniakan kesihatan yang baik sepanjang Ramadhan ni, insyaAllah kalau saya jalan2 KL lagi...semoga kita akan dpertemukan lagi.

Saya tinggalkan cerita atok. Start shopping dalam KL plak !


(akan bersambung )