Sep 26, 2012

Bunga Seri Bulan

Masa kecil dulu, saya tak minat langsung balik ke kampung abah. Perjalanan dengan van nissan lama abah ambil masa hingga 3 jam ke Kg Chinta Manis, Karak, Pahang. Jalan raya yang bengkang-bengkok tu selalu saya buat saya pening kepala. Van lama abah tiada air-cond, jadi bila hujan...saya dan adik-adik selalu je rasa tak selesa. Panas berpengap. Penah juga satu ketika saya bukak tingkap, ada satu lori besar selisih dengan van lama abah - air yang bertakung tu menerpa masuk ke tingkap. Terkena saya dan adik..

Argh...!!! Tu cter lama dulu. Skang kalau nak balik Chinta Manis, sejam setengah dah sampai. Tapi.................Wan dah lama tiada. Sesekali saya rasa rindu dengan Wan bila terpandang bunga Seri Bulan. Saya bertanya dengan en.suami....ape nama bunga ni dalam English - tapi dia pun tak pasti. Carian saya terhenti di situ.

Awal tahun 2012, saya bercuti di Cameron Highland. Kata en.suami sebagai hadiah hilangkan penat selepas melahirkan anak kedua. Saya jumpe bunga seri bulan ni lagi. Saya beli !!! Saya beritahu en.suami. - saya nak tanam bunga ni banyak2. Sama banyak yang macam wan tanam kat kg Chinta Manis. En. suami kata, bunga seri bulan ni perlukan cuaca yang lembap, rumah saya kat shah alam selalu je terik. Saya diam...tapi rumah arwah wan kat chinta manis pun panas ! instead of bougenvilla (bunga kertas), wan tanam banyak bunga seri bulan dalam pasu yang tersusun cantik kat tangga depan rumah.

At first, i was confuse between seri bulan dengan lilac. as usual minta bantuan mr google. Masuk wikipedia bagai...and at last, flower that i referring to is 'Ajisai - Bunga Tiga Bulan - Hydrangea'


Sesetengah orang panggil bunga Raja Deli, 
bunyi macam bunga diRaja,
Ada yang memanggilnya bunga Siti Zubaidah, 
macam penyanyi nasyid dari Mesir,

Ada yang memanggilnya bunga kembang tiga (3) bulan,
macam tempoh kucing bunting pula,
Ada juga yang mengelarkannya bunga lapan (8) warna,
warnanya bertukar mengikut usia 'kembang'nya,

Ada pula yang sebut kembang bogor,
haa... yang ini memang pelik sikit bunyinya...

Bunga yang saya bawak balik dari Cameron tu dah lama mati Sobb...sobb.....Aish..tak kisah laa pape pun, saya masih berangan nak semakkan laman rumah dengan bunga seri bulan / 3 bulan ni.

0 comments :