Dec 23, 2014

Special entry for Hanis - Happy Wedding Day

Working for another cookie project for my friend. She's a lil sister from my childhood neighbor.

Hanis...i know u when u're just a little girl.Running here and there...always calling my name "kak ainn....kak ainn"

Not knowing, how fast the time flies, u're no longer little girl.
I am married with 3 kids...and its yr turn to have yours. Happy to know that u have met your perfect man ! Happy wedding day Hanis.This is for you...

Sugar cookies - to suit your wedding event with the color and theme.





Dec 15, 2014

Ini lah harapan kita....

Ain Rahman's: Jangan Bersedih :')
Kata Hamka : 

Lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat ! 
Semua orang menyangka sekiranya orang itu ada rumah yang besar dan ada makanan yang lazat , maka sudah tentulah hidupnya bahagia dan tenang .
Belum tentu ! 
Jika Allah ingin memberikan kebahagiaan kepada seseorang , Dia tidak boleh ditahan dengan apa-apa tangan sekalipun ! Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang, Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan jua ! 
Jika Allah uruskan urusan kita , dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita , walaupun sekelip mata ! Dunia boleh berbuat apa-apa sahaja , tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kekuasaan Allah .
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka akan tewas , kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah ! Apa yang orang rasa rugi , Allah akan memberikan keuntungan ! Yang mana jalan tersebut tidak disangka oleh manusia , tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupannya . 
Kita tengoklah dunia ini .. Kadang-kadang manusia itu hilang sesuatu benda daripada dunia ! Dan kadang-kadang dia kehilangan segala-galanya .
Berapa banyak dalam kehidupan kita , telah kita melalui keperitan hidup ?
Cuba ingat !
Ketika kita di dalam keperitan , kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya ! Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita , 
dan kita sekarang berada dalam keadaan baik ! 
Ketika kita ditimpa musibah tertentu , kita akan berkata : ' Habislah aku kali ini '

Tetapi usia kita telah berjalan dan kita masih lagi hidup dan makan serta menikmati kurniaan kehidupan ini !
Ketika kita kata : ' Ya Allah tolonglah aku , aku susah Ya Allah ! '

Hari ini kita telah pun lupa akan perkataan itu ! Dan kita kadang-kadang pun terlupa untuk bersyukur , di atas pelbagai ranjau hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya . Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda yang baru tetapi kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini merupakan satu nikmat yang terlalu besar ! 
Kata Hamka : ' Yang ada ini sudah harapan kita '

Tetapi insan , bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada . Tetapi jangan lupa yang telah ada ! 
Sebab itu , sebahagian dari para sarjana menyebut : Syukur kadang kala lebih tinggi makamnya daripada sabar ! 
Ramai orang terpaksa sabar , namun  belum tentu ada orang yang dapat nikmat itu dengan bersyukur .

' Ya Allah , apa sahaja yang aku alami ,
daripada nikmatMu
daripada kurniaanMu
daripada sesiapa dikalangan hambaMu
tidak ada daripada sesiapa melainkan
daripada Engkau wahai Tuhan ,
bagi Engkaulah segala pujian ,
bagi Engkaulah segala kesyukuran '


Subhanallah ! 
Insan , jika dia hendak menghitung nikmat Allah nescaya dia tak akan terdaya ! 
Ketika orang-orang kafir itu mengeluarkan dia , ketika dia salah seorang daripada dua , dia dan Abu Bakar ( iaitu Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar As-Siddiq ) , ketika mereka berada di dalam gua Thur , ketika Rasulullah berkata kepada sahabatnya :

' Jangan bersedih , sesungguhnya Allah bersama kita ! '

Dec 1, 2014

Tak mengapa.

Tengok-tengok handphone...battery full. Jika tidak pun pasti setia connected to charger. 
Tengok coverage....full barr!. Pasti takde gangguan...
Check-check baki akaun..line pun tak kena barr. 
Kalau takde suara..whatsapp kan ada
kalau wifi tak strong pun...text msg pun boleh.
Hampa !

Ping satu mesej...
Satu di tanya...
Satu di jawab. 
Cerita satu....dia jawab OK jer. 
Hampa !

Facebook di update....status kawan-kawan di sapa
Rindu merata-rata...bila mahu jumpa ?

Takpelah....mungkin saja dia lebih gembira begitu
Kawan lama...yang jauh ntah di mana-mana
lebih di rindu..lebih di tanya khabar berita
Bila mahu gather..nak jumpa nak bergurau senda. 

Saya kembali membelek handphone
Berpuluh aplikasi telefon pintar
Beribu online game....tinggal download saja
tapi satu pun tak menarik minat saya

Ntah berapa kali mesej yang saya taip di padam
Ntah ape ayat
Ntah ape soalan

Jauh....hambar....kosong ....tak bermakna. 
Hati yang hiba itu saya pujuk perlahan
Tak mengapalah sayang
Hati kite yang tak begitu besar ni dah biasa menjadi kecil
Kita yang jauh ni....dah biasa tak di endahkan 
Kita yang jarang-jarang ini...memang dah biasa sekali-sekali bertemu

Tak mengapalah sayang....