May 28, 2011

Kemalasan melanda

Sedikit kemalasan dpagi sabtu yang permai ni..dengan mata yang agak mengantok tangan terkapai2 mengemas rumah. hehe...sempat juga aku melenyek pisang membuat sarapan.
Favourite babah shasha dan shasha sendiri - Banana Muffin (but this time without the sugar crumb ya..)

May 27, 2011

Cukup hanya kawan kerana yang tidak berlebih2 itu adalah yang lebih baik buat aku.

Jalan2 d pasaar malam sambil melepas kemarahan, babah shasha pun pissed off. Me..? Toksah cter aar...mmg bengang abis. Sampai org lain yang nak kena tumbuk. Credit to Husnieda Omar kerana sudi utk jadi geng samseng aku. Ko kawan virgoan aku yang sejati geng..i lap u!!! hehehe.

Hampir 31tahun melewati urusan dunia..hari ni aku terpanggil sekali lagi berbicara hal kawan2. Aku bangga punya kawan yang prihatin, yang memahami...yang sanggup susah senang dengan aku. Tapi sampai skang aku tak jumpe kawan yang sanggup menangis kerana aku. Most of the time, i'm crying to my self. Bila aku terasa sangat lelah dengan urusan kerja, aku berlari dalam dakap org yang aku cinta. Saat itu semua kata2nya bagaikan tak memahami perit yang aku rasa...tapi dia berkata demi kami sekeluarga. Bukan mengikut rasa.

Tika aku terasa sangat lelah kerana dilema keluarga...aku berlari dalam dakap orang yang aku cinta. Sekali lagi dia memujuk dengan ayat perlahan minta aku bertahan. Semua akan kembali pulih seperti sediakala..tak perlu risau kerana ada dia bersama.Tika aku lelah kerana hal kawan yang menyentap perasaan, dia rasa terhina. Aku menangis hiba. 

Tak mudah melayan kawan yang bermacam ragam...yang macam bagus. yang macam pandai dan macam hebat. Tapi sebenarnya tak punya apa2. Tak cukup berjaya utk dijadikan panduan atau kaunter pertanyaan.


Pada kawan2 yang aku sayangi..Jadilah kawan kepada aku. Cukup hanya kawan kerana yang tidak berlebih2 itu adalah yang lebih baik buat aku.

I need a friend who act like a friend.....

Aku cuma perlukan kawan utk aku meluahkan perasaan. Aku tak perlu kau utk menilai siapa betul siapa salah. Aku tak perlukan sesiapa utk buat apa yang terbaik utk aku..aku cuma perlukan kawan yang baik utk jaga amanah perasaan aku tanpa melibatkan orang lain.

Tapi kau hampakan aku, saat aku berhempas pulas menenangkan perasaan aku sendiri. Kini kau tambah lagi dengan firasat mengarut kau sedangkan kau tak tau siapa aku dan bagaimana aku.

Percayalah kawan, aku tak perlukan lebeh dari itu. Aku cuma perlukan kawan sebagai kawan. Cukup hanya itu.

May 5, 2011

We both having flu.....sob sob..............

Huk alah..kesian shasha hari ni demam selsema..dari malam tadi golek2 sambil tonton citer antu...shasha berlari ke arah mummy sambil menjerit..."mummy hingush hingush..!!" ooh...ok ok, cepat amik tisu. Begitulah shasha sampai tgh malam tadi, sedikit merengek bila hidungnya mula tersumbat. Tak selesa...sian dia.

Bangun pagi tadi, shasha lebeh ke arah menangis bila hidungnya berair dan tersumbat..."mummy............mummy" sambil jari menunjuk arah hidungnya. Sekali lagi mummy picit hidung shasha dengan tisu putih tu. Tisu putih da basah....tapi hidung shasha kering sekejap je, lepas tu basah lagi...sian anak mummy.
Pagi tadi tak sempat nk pegi klinik, babah nk cepat. InsyaAllah petang ni kita pegi yer. Harapan mummy shasha ok selama berada umah babysitter.
Tengok saja muka shasha yg suka bergambar ni..kenmain senyum lagi. Pantang nampak kamera...senyum lebar hingga ke telinga..sampai sepet mata anak mummy. People said she look alike me...does she..? I dont c my reflection at any angle at her but most people say she is. Shasha has own her cuties. Nakal dan manja sering bersatu dalam setiap acara...berlari-lari sambil ketawa separuh menjerit. Menangis sambil menunjuk tangan/kakinya yang sakit. Memeluk sambil bibir yg dimuncungkan....shasha shasha.

Kalau mummy atau babah tak sihat, shasha pandai tanya..."mummy ok ker ?" ooh.....tq sayang fr your concern, mummy really feel bad today. We both having flu remember..?
Shasha juga demam selsema....tapi aku lebeh parah. huhuhuhu....dan yang jadi mangsa haruzlah babah yg kena menjaga kami berdua. hehehe...tq babah.

May 4, 2011

Jadilah wanita yang paling bahagia

Bukan cuba berlagak baik..bukan aku mencuba untuk menjadi baik tapi itu mmg aku...mengasihi dan mencintai biar tersungkur kecewa dan hiba. Salahkah kalau aku menjadi terlalu cinta..?

Facebook walking beberapa minggu lepas menemukan aku dengan lagu Opick - Tiada Duka Yang Abadi. Sekadar melayan tanpa rasa tapi tetap terkesan, sesekali airmata ni jatuh juga. Entahlah...xtau atas sebab ape. Bukan sebab tiada rasa, bukan sebab tak cinta, bukan sebab rindu tapi tentang ape..? Jauh lagi perjalanan hidup ni, banyak lagi urusanku di dunia ni. Sesekali bosan menempelak diri, bosan dengan cerita-ceriti kakak2 opis. Prejudis sangat bila bercakap perihal suami. Wo......i love my husband so much. Dan ini yang membezakan aku dan mereka.

Semua yang -ve jer. Kenapa harus mencari salah si dia jika diri sendiri tidak sempurna. Bukan memerintah sebaliknya meminta. Hmmm...kadangkala aku juga gagal menjadi wanita yang lemah lembut dimata suami sendiri. Penat badan, penat kepala..sakit hati...masalah itu dan ini menjadikan amarah tu mood yang biasa memonopoli diri. Susah kan....alangkah bagusnya jika suami juga memahami, mungkin mau bertanya apa yang berlaku utk hari ni. Sekadar mengurut belakang beberapa saat pun dah cukup. Terlalu besarkah permintaaan itu..? Cukup minimal - terlalu besar makna utk seorang isteri namun terlalu leceh utk seorang suami.

Tu lah...bukan nak kata aku baik dan mereka tu kurang baik tapi....... Wanita yang pengasih seharusnya tau bertoleransi antara kerjaya, anak2, keluarga dan suami. Wanita pecinta seharusnya menjaga hati, peribadi, keperluan dan tanggungjawab demi semua perkara dalam hidupnya.

Sebab itu, aku menjadi sebaliknya dalam cerita-ceriti mereka. Jika hari2 yang lalu aku berteman duka yang aku kira hanya bersifat sementara. Hari ni, aku nak jadi wanita yang paling bahagia. Alhamdulillah kerana aku di kurniakan suami yang memahami. I have to say this, yes, he's my soulmate!!

Maaf jika ucap sayangku semakin kurang kedengaran, maaf jika tanganku tak lagi mengurut belakangmu yang sakit itu, maaf jika aku sering terlupa mengucupmu setiap kali melangkah pergi meninggalkanmu. TAPI, cinta dan sayangku abadi buat kamu...tanganku akan kembali mengusap dan mengurut bila perut yang membesar ni bukan lagi halangannya (hehehehe :) dan aku mahu kau tahu, pergi aku hanya seketika...nk pegi keje - 9 jam jer. Bukan lama pun....

Thanks baby for the great book u bought for me..terasa seperti aku lebeh dari segala perhiasan dunia. kan kan kan.....??

May 3, 2011

Sekejap jek da 5 bulan...

ainnLee getting bigger and bigger...yup!! seiring dengan tumbesan si kecil yang 'di dalam' tu... Scanned baby itu hari..berat dah almost 300g...ikut kalendar by right usia si kecil baru 19mg 1hari tapi dari scanned weight, usia si kecil sudah 19mg 2 hari. ngeh ngeh ngeh...terlebeh berat kah..???

Mg lepas je ntah brape kali baham double cheeseburger mcD. Si suami pula tanpa banyak bicara ikut sama order BigMac. Si kakak shasha apatah lagi....songlap cola kesukaannya.

Sekejap jek yang 'di dalam' tu dah 5bulan....

Mandi cahaya @ i-City

Malam minggu my P.I.L (parents in law) datang rumah...susah nk terima kunjungan mereka ni..ada saja alasan x bleh datang but this time jemputan tak kami hantar tapi mesej yang kami terima.hahaha..ok then! terpaksalah babah shasha membatalkan hasrat nye menonton konsert opera Wings di Istana Budaya.

Pagi sabtu...wah sibuk kami anak beranak mengemas rumah. Cuaca baik, sampai 3 round mummy sidai kain. Hari pun da petang, bayang my PIL tak sampai2 lagi...sempat jugak menbancuh bread pudding muffin petang tu bersama custard sauce.

Akhirnya mereka yang di tunggu pun tiba. Da malam k....so terus saja agenda minum petang menjadi minum malam. Dan kami pun bersiap untuk ke icity malam tu. Layankan piccas yang mummy sempat snap malam tu..

                          ~ shasha sedikit meragam coz baru bangun tdo~

                                 ~ shasha bersama fairy horse~



~ ada pokok bercahaya tumbuh atas kepala atui lah! ~