Sep 13, 2013

Jujurlah sayang

Sandiwaranya apa..ceritanya apa...
Jujurlah sayang..aku tak mengapa
biar semua jelas tak berbeda..

ok, thats it !melayan mellow hati di hari jumaat begini. Sejujurnya saya sedikit lega kerana lelah saya semakin hampir untuk berakhir. Huyaa huyaa huyaa...princess daddy is coming home but not so soon. Anyway, 5 days has been went away with all good matter still in hand. Bangga dengan diri sendiri...yakni dengan nekad dan janji yang saya paksikan pada diri sendiri tak lama dulu..saya berjaya lalui semua hari-hari sukar ini. At the end of the day...ia tidaklaa sesukar mane. Bilamana kita sudah terbiasa...segalanya di permudahkan. Benarlah...Allah itu Maha Menjaga...maka semuanya jadi mudah untuk saya. Syukran.

Kesulitan sekadar menduga...menduga kesabaran saya sebagai ibu. Tika itulah saya menghela nafas paling panjang..Ya Allah..ya Allah..ya Allah.

"Jangan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh suami seperti polis menyiasat pesalah. Soalan yang diajukan mahu segera di jawab dalam masa yang cepat. Rumah puan bukan balai polis "
http://drzubaidi.com/blog

Ada waktu, sebagai isteri kita terlalu menjaga...terlalu mengingatkan...terlalu berwaspada..juga terlalu bimbang. Saya buntu, apa semua perasaan ini memberi salah hingga sang suami rasa tak selesa. Niat murni sering di salah erti. Berurusan tanpa perbincangan selalu buat saya geram....akhirnya saya cuma berfikir mengikut gerak hati..selebihnya saya biarkan mengikut keadaan.

Saya juga manusia...punya hati dan perasaan. Waras untuk memikirkan samada wajar atau tidak..jika terlahir di wajah....bukan saya kecewa dan marah tapi saya bimbangkan kamu. Selayaknya kamu memberitahu...walaupun tidak sepenuhnya. Cukup sekadar menjernihkan kekeruhan.

Kita terlebih fikir..dan terlebih bimbang...kita sentiasa memberi peringatan..sebab sang suami sering saja lupa. Tapi peringatan yang berkali-kali itu umpama leteran. Full stop ! Cuba berdiri di depan lelaki yang kita cintai....tatap matanya dalam-dalam. genggam tangannya...erat ! "Saya buat begini hanya kerana saya sayangkan kamu..tak kurang dari itu."

Kalaulah mereka tau..kalaulah mereka faham....kan kan kan...?

Maka dengan itu...another thing that we learn today..jangan jadi polis. Kita isteri..seharusnya menyayangi. Mengasihi...kalaulah kasih sayang boleh selesaikan masalah..well, OK I give u all the love u want. Hump !!

This is the man who i love so much

Kerana Allah itu Maha Menjaga

Kerana Allah itu Maha Menjaga
maka telah di permudahkan urusan saya sepanjang minggu ini
shasha yang bangun dari tdo ..dan terus memeluk saya.
tidak menangis..dan tidak pula merengek.
sophie si adik masih terpisat-pisat
tetap juga bangun sambil mengeliat
minta di dukung dan terus memeluk erat

Betapa senang hati saya menguruskan anak-anak
tanpa bantuan babah mereka seperti hari-hari biasa
langkah-langkah saya sentiasa bersegera
menyiapkan mereka di pagi hari
mentari masih malu...tapi saya mencungap mencari nafas

Sesungguhnya menjaga hati terasa lelah
bukan marah....tapi sayang
dengar kata mommy sayang....beri mommy ruang

si kecil saya Nadaa
cuma menjadi manja...selayaknya dia kerana dia si bongsu
minta di dukung bawa berjalan-jalan
walau hanya di ruang tamu
tapi nadaa tetap senyum....
cukup suka tengok muka sendiri di cermin
malam lenanya panjang
cukup susu dan kenyang
saya di izinkan lena sehingga subuh bertanu


ada yang bertanya...bagaimana saya menjaga mereka
bagaimana saya menguruskan mereka
ia tak mudah kawan...bukan senang
tapi saya nekad menguruskan mereka tanpa menangis
nekad berusaha tanpa mengadu dengan sesiapa
seorang ibu wajib kuat..tabah..dan berdaya
mengatur kerja dan masa.

tika nafas seakan terlupa di hela
saya kembali sesaat
mengurus diri mencari oksigen .
penat...serius penat.

Maafkan saya sayang.....saya tak sempat rindukan kamu. (hahaha...)
malam makin lewat...saya cuma menaip satu pesanan ringkas
"Selamat malam babah sayang...i love u."

Sep 6, 2013

Kerana dia lebih dulu makan garam

Hati mane tak pernah sedih..hati mana yang tak pernah sayu...dah terduduk tersungkur..meratap hiba sekalipun..tak mampu nak redakan rasa hati yang berkecamuk dalam jiwa. (Diam..) Allah tahu..ye Allah tahu. Kalaulah pujuk manja boleh meredakan rasa keluh kesah ini, tapi tak sorang faham apa yang saya rasa.
                                         
                                              *********************************
Berkali-kali saya membelek buku La Tahzan. Pernah dulu saya terlalu bencikan buku tu...tak faham..tak mengerti...tak tau apa pun. Mana mungkin dengan bacaan itu mampu relaikan kusut jiwa saya. Saya pernah membentak marah...tak mahu membaca walau sepotong ayat pun. Rasanya ia mencabar kesabaran saya...menambah kebencian saya. Menidakkan rasa tidak puas hati saya. Menafikan kesedihan saya.

Namun lewat beberapa hari lalu...saya kembali membelek buku yang sama. 2 unit yang saya biarkan sepi tanpa pembaca. Hati kembali hiba. Benarlah apa yang mereka kata...marah punca segala keburukan..punca segala dengki dan dendam, Maka saya berdiam...dan redha.

Terdetik rasa hati..mengapa mereka tak seperti saya..mengapa mereka tak kasihankan saya..mengapa mereka tak cuba memahami kesusahan saya? Sedih...tapi Allah kan ada. Kasihan melihat babah shasha, sophie dan nadaa bergegas ke sana sini demi kami. Hati siapa tak sedih...melihat dia keletihan. Sungguh...orang lain takkan faham..tak sama dengan kami yang merasa.

Saya melihat jula-juli di depan mata, dah cukup menggembirakan saya. Walaupun saya tetap menjadi marah..sebagai bonda kepada mereka bertiga - tika mereka tak mahu mandi...tak mahu makan...tak mahu mengemas alat mainan...tumpahkan susu...main bedak..malah bergaduh sesama sendiri. Saya marah..kerana saya menjaga mereka. Tika saya teringat kata-kata seorang profesor "Ibu yang sentiasa marah anak sedang meracun jiwa anak-anak. Bersedia menerima masalah di masa akan datang"

Maaf, mungkin profesor tak penat bekerja seperti saya....mungkin profesor tak perlu memasak utk makan malam usai bekerja di pejabat. Mungkin profesor tak punya anak kecil 3 orang yang berderet macam saya. Yup...ini baru 3. Tapi ada bonda-bonda lain d luar sana..umur masih muda...32tahun punya anak 6 sudah ada darah tinggi. Mana mungkin bersabar melihat rumah tunggang terbalik..mana mungkin mbiarkan saja melihat berantakan..bergaduh bertarik rambut. Mana mungkin kami bersabar...dan terus saja amarah itu datang.

Saya marah kerana saya mendidik anak-anak saya. Saya marah kerana saya tak mahu mereka bermasalah di masa akan datang. Tapi marah-marah saya tiada sekelumit keburukan pun - segalanya demi kasih sayang.

La-tahzan.

(Bersabar...) bukan tak mencuba untuk bersabar...tapi anak-anak sering saja menduga kesabaran. Marah saya tak mendatangkan keburukan kepada anak-anak saya. Jadi, biarlah saya marah dengan cara saya !

Hingga sampai satu masa,  di mana saya perlu melepaskan mereka pergi bersama tanggungjawab saya kepada org lain, saya yakin mereka masih menjadi anak-anak saya. Sama seperti saya dan emak saya.
Lama saya berfikir, mentelah lagi saya punya 3 anak perempuan. Saya cuma mahu mereka bahagia...sama seperti saya bahagia dengan babah mereka.

Cuma rentetan kisah-kisah di sekeliling saya buat saya tak senang. Jodoh itu sendiri adalah rahsia Allah..malah rezeki itu sendiri datang dari Allah. Cuma restu yang di harap menjadi tangkal kebahgian yang ingin dcipta bersama. Jika kerana rezeki yang tak pasti dari masa yang akan datang itu yang ingin di persoalkan...maka saya menarik diri dari perhitungan. Mungkin hukuman tanpa perbicaraan lebih baik dari restu dan doa. (kerana dia lebih dulu makan garam)

Saya biarkan kisah itu berlalu pergi, dengan harapan ada sinar di hujung sana. Sama seperti kisah saya dan babah jula-juli saya suatu ketika dulu. Laluan menuju bahagia ini tidak mudah...dan takkan pernah menjadi senang. Dan saya lebih menghargai setiap hari-hari yang di berikan buat saya.

Untuk emak dan abah....untuk suami tercinta....untuk Allah yg tak pernah putus mengurniakan rezeki kesedaran dalam diri ini. Moga saya sentiasa di rahmati..menjadi kakak yang menjaga. menjadi isteri yang sntiasa mencintai, menjadi bonda yang selalu menyayangi...dan hamba-Mu yang mengingati.

Syukran....marah bukan erti tak sayang. Sabar itu ada habuannya. Maka bertabahlah sayang....moga ada jalan buat semua kekusutan.

Kes 8 June

Malam yang tenang...angin sepoi-sepoi saja tapi tak pula mendinginkan cuaca. Anak kecil saya, si Nadaa saya pangku. Shasha jadi teman babah di kusyen hadapan dan Sophie teman mommy di belakang. Kami baik2 saja..bercerita tentang 'waze'. Applikasi popular yang suami saya jenuh minta saya guna. Haha....saya masih lagi 'baby waze'. Drive kereta dari rumah ke tempat kerja saja - takkan itu pun nak on waze. Buat semak telinga saya jek dengar suara android tu beri arahan ke kiri dan ke kanan.

Sedang saya mengomel pasal waze 'yang saya tak tau guna'....bump!!!!!!!!!!!
Kena langgar dengan Unser...

saya : menjerit ketakutan. Nasib baik Nadaa tak terlepas dari pangkuan saya. Dia baru saja berusia 3minggu. Kepala saya terhantuk kepada handle di bahagian atas tingkap.
babah : sakit leher akibat terjerut dengan safety belt
Shasha : terperosok ke bahagian kaki kusyen hadapan
Sophie : tercampak ke bahagian kaki penumpang belakang.

*Sophie benar-benar bernasib baik malam itu. Lazimnya sophie suka benar duduk di bahagian tengah which is arm rest babah tika memandu kereta.



Hakikat kehidupan :
            Sebanyak mana pun kita berhati2....even kemalangan bukan atas kecuaian pihak kita..tetap kita jugak yang jadi mangsa. Saya benci driver pakistani tu. Dah laa mabuk...nak cakap ape pun tak guna. Ke balai jugak jawabnya.

This time..pegawai di IPD sek.9 memang racist giler. Anyway terima kasih laa kepada encik polis sebab tolong cepukkan pakistani yang mabok tu untuk saya.


Sep 5, 2013

Nadaa si embun

Kisah nadaa si embun saya ni... Umurnya baru nak menginjak ke 4bulan ..pertengahan bulan Sept ini. Berat..almost 6kg. Minum susu ibu topup dengan susu formula. Makan...belum lagi..tapi makan angin selalu !! Nadaa dah pandai main hayo (bak kata sophie)  - maknanya air liur. Menceceh air liur sampai basah dada. Since Nadaa ni agak tembun lewat masa ni...hinggakan tak nampak lehernya...maka timbullah ruam-ruam kecil yang menghiasa kulit gebunya itu. Sapu ubat..lepas satu saat...leleh lagi hayo si nadaa ni. Haduyai..


Pandai sengih....mmg tak terkira banyak sengihnya. Pendek kata, nadaa ni suka sangat senyum dan sengih dari umurnya sebulan . Sekarang dah pandai nak ketawa pulak. Wah, pantasnya...esok lusa tetiba dah bercakap jek.


Alkisahnya si nadaa ni, saya tak pasti apa kesukaannya. Kalau si kakak shasha suka di gosok belakangnya jika ingin tidur lena. Sophie pula lebih suka di tepuk bontotnya...tepuk lebeh cket pun takpe...sophie ok je. Nadaa...? hmmm.....gosok tak kena, tepuk tak kena....tapi kalau bagi nenen, mudahnya lenanya. Maknanya....nak tdo dalam kenyang laa ni..?

Perihal anak..macam-macam kan. Seribu tahun pun cerita tak habis. Esok lusa ada lagi cerita baru nadaa, nnt dah besar ..masuk skolah ..masuk kolej..citer lain plak. Dah kawen..still ada citer lagi. Uiii..banyaknya citer..sampaikan saya rasa, kalau jadi mak ni..takyah baca paper pun takpe. Dapat update pasal anak2 pun dah pening kepala. Ini baru 3..umur tak sampai setahun jagung...tapi perangai.....

Shasha - kadangkala dia bawak balik cerita di pukul kawan skolah di bahagian mata. Babah pula dengan selamba bertanya "kenapa shasha nangis....lawan laa balik Shasha korek balik mata dia !! " Mommy tanya...."shasha buat ape lepas tu..shasha nanges je..?" Shasha jawab " dia cakap maaf....pastu shasha salam dia tapi tak kawan"

Sophie - sejak masuk nursery baru dia dah ada style menangis yang baru. Asal marah cket dah nanges. Air mata berjurai-jurai macam kena pukul. Berdiri satu tempat tak nak bergerak plak dah. Klau tak pujuk..nangis sampai muntah. Sigh...macam ni punya tunjuk perasaan pun ada.

Sep 2, 2013

Hantu kata adik comey !

Kasihan anak mommy sophie yang demam pula hujung minggu lalu...dan masih berlanjutan sehingga cerita ini di tulis. Dah lama sophie tak demam....selalu sophie happy go lucky...banyak mengomel..banyak berlari-lari, banyak berjoget...banyak makan...tapi kali ni, sophie banyak diam dan tdo saja. Hati mommy mane yang tak gundah. Terasa sunyi hari-hari mommy dik.

Hari kami di Penang tidak begitu menarik....matlamat awal bukanlah nak bercuti sempena merdeka pun, cuma saya dan anak-anak je yang sengaja menyibuk. Tak sangka pula, babah nak bawa kami semua. So, dah kata pun menyibuk...babah pegi dinner..kami melangok dalam bilik hotel. Shasha dan sophie sebuk bergaya depan cermin. Nadaa....dah kenyang nenen, tdo berbungkus dengan selimut hotel. Saya...? Mengantuk masyaAllah tapi tak boleh tidur memandang jula-juli saya berdua tu tak boleh duduk diam. 

Tengah malam baru berpeluang cari makanan...teringin nak rasa Nasi Kandar Beratoq tu...tapi perut dah tak tahan. Asik nenenkan si Nadaa tapi mommy tak makan pape pun dari tengahari. Argh..lapar giler...dah sampai tahap kebulur dah rasanya.

Tengah malam dalam bilik hotel..saya berguling-guling dengan si sophie. Melayan rengekannya sekali-sekala. Sophie ni suka sangat memeluk saya..kadang-kadang tak semena2 dia datang dah mencium saya. Saya tengok mata sophie..sian dia. Mata asyik berair je. Pipi sedikit merah...terasa bahang dari dalam badan. Mommy tak bawak ubat...seven-eleven pun takde jual PCM syrup. Klinik kat Georgetown pun banyak yang tutup sempena malam merdeka. Aduhai...

Tiba-tiba....
sophie : "mommy...hantu.."
Saya : "huh...hantu ? Adik nampak hantu ke...camane rupa dia..cantek ? Hantu tu cakap ape ngan adik ?"
sophie : "COMEY."

Hak hak hak..pecah perut saya gelak dengan babahnya malam tu. Hantu pun nak kata adik comey...biar betul. Saya buat lawak dengan babah sophie keesokan harinya..."agaknya sophie kena tegur dengan hantu...kata dia comey..terus demam kot"