Sep 13, 2013

Jujurlah sayang

Sandiwaranya apa..ceritanya apa...
Jujurlah sayang..aku tak mengapa
biar semua jelas tak berbeda..

ok, thats it !melayan mellow hati di hari jumaat begini. Sejujurnya saya sedikit lega kerana lelah saya semakin hampir untuk berakhir. Huyaa huyaa huyaa...princess daddy is coming home but not so soon. Anyway, 5 days has been went away with all good matter still in hand. Bangga dengan diri sendiri...yakni dengan nekad dan janji yang saya paksikan pada diri sendiri tak lama dulu..saya berjaya lalui semua hari-hari sukar ini. At the end of the day...ia tidaklaa sesukar mane. Bilamana kita sudah terbiasa...segalanya di permudahkan. Benarlah...Allah itu Maha Menjaga...maka semuanya jadi mudah untuk saya. Syukran.

Kesulitan sekadar menduga...menduga kesabaran saya sebagai ibu. Tika itulah saya menghela nafas paling panjang..Ya Allah..ya Allah..ya Allah.

"Jangan bertanyakan masalah yang dihadapi oleh suami seperti polis menyiasat pesalah. Soalan yang diajukan mahu segera di jawab dalam masa yang cepat. Rumah puan bukan balai polis "
http://drzubaidi.com/blog

Ada waktu, sebagai isteri kita terlalu menjaga...terlalu mengingatkan...terlalu berwaspada..juga terlalu bimbang. Saya buntu, apa semua perasaan ini memberi salah hingga sang suami rasa tak selesa. Niat murni sering di salah erti. Berurusan tanpa perbincangan selalu buat saya geram....akhirnya saya cuma berfikir mengikut gerak hati..selebihnya saya biarkan mengikut keadaan.

Saya juga manusia...punya hati dan perasaan. Waras untuk memikirkan samada wajar atau tidak..jika terlahir di wajah....bukan saya kecewa dan marah tapi saya bimbangkan kamu. Selayaknya kamu memberitahu...walaupun tidak sepenuhnya. Cukup sekadar menjernihkan kekeruhan.

Kita terlebih fikir..dan terlebih bimbang...kita sentiasa memberi peringatan..sebab sang suami sering saja lupa. Tapi peringatan yang berkali-kali itu umpama leteran. Full stop ! Cuba berdiri di depan lelaki yang kita cintai....tatap matanya dalam-dalam. genggam tangannya...erat ! "Saya buat begini hanya kerana saya sayangkan kamu..tak kurang dari itu."

Kalaulah mereka tau..kalaulah mereka faham....kan kan kan...?

Maka dengan itu...another thing that we learn today..jangan jadi polis. Kita isteri..seharusnya menyayangi. Mengasihi...kalaulah kasih sayang boleh selesaikan masalah..well, OK I give u all the love u want. Hump !!

This is the man who i love so much

0 comments :