Jan 31, 2010

pisang oh pisang

bermula dengan abah yg kini on diet...abah terpaksa memantau menu dan kuantiti makanan demi menjaga kandungan gula dalam darah, abah ada kencing manis...sehari abah cuma makan nasi sekali saja. Tak lapar ke..? Seringkali soalan itu aku aju pada abah..jawab abah, kalau lapar abah akan makan roti fiber Gardenia. Alternatifly, abah makan pisang....ulas abah pisang ni baik utk diet..kaya dengan bermacam khasiat...abah siap tunjuk satu artikel dari ruangan kesihatan. Baca punya baca, menarik juga info ni. Lazimnya pisang selalu di kaitkan sebagai pelawas kan....?


Pisang mengandungi 3 jenis gula semula jadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia.


Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan jiwa:Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protien yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan 'mood' dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.


Anemia:Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.
Tekanan Darah Tinggi:Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi dan rendah garam, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Penghadaman:Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.


Keletihan:Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetul sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:Pisang mempunyai kesan anti-asid semula jadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
Demam Pagi:Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Saraf:Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.


Obesiti dan Tekanan Kerja:Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.


Ulser:Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Emosi:Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).


Seasonal Affective Disorder (SAD):Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semula jadi yang membaik pulih 'mood' kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.


Stres:Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.


Strok:Mengikut kajian dalam buku 'The New England Journal of Medicine', mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:Pengamal perubatan semula jadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.Jadi, pisang memang merupakan ubat semula jadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.


Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, "Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!"


Petua
Gigitan Nyamuk:Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Ingin kilatkan kasut?Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering.


**Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk

Jan 28, 2010

Cantik..

sumer org nk cantik...sumer nk ada kulit yg putih bersih..sumer nk ada pinggang yg ramping..sumer nak ada rambut yg lurus dan manusia sanggup berbelanja lebih hanya utk memiliki kecantikan. Cantik itu subjektif...hanya kerana tahi lalat mungkin kau boleh jadi jadi cantik. hanya kerana lesung pipit kau juga boleh jadi cantik walaupun kau tak putih dan tidak ramping.Allah jadikan manusia tu berbeza2 ...cantik di wajah dan d hati. Cantik yg kau miliki hari ni jadi pilihan kepada pemilih. Jika tiada pemilih bukan bererti kau tak cantik..is just that 'haven't met u yet' bak lagu Michael Bubble'
Cantik itu terlalu subjektif... ada yang kata cantik, ada yang kata tidak. Benarlah..cantik itu terletak di mata baru turun di hati. Mata yang melihat dan hati yang menilai.Aku cantik atau tak...aku tak perlukan org lain utk melihat atau menilai aku. Cukup kalau aku kata aku cantik sekadar yang aku mahu. Aku tak perlu rambut rebonding..aku tak perlukan lesung pipit di pipi. aku tak perlukan tahi lalat di bibir..aku tak perlukan mata yg bersinar2 dan senyum menawan..aku cuma perlu jadi aku. Aku seadanya...Allah menjadikan manusia itu berbeza...cantik dan tidak cantik juga di antaranya.

Jan 22, 2010

babah vs daddy

Did i tell u lately that i loosing my adrenalin...lazy thingy has been surrounding me fr past 2weeks. Plus last 3days, shasha plak demam - susulan dari suntikan imunisasinya. Walaupun Dr. cakap xkan demam...but still shasha demam. Poor baby....kalau dah demam wajib muntah2....batuk dan selsema. Usianya makin meningkat, same goes to her medicine. kalau sebelum ni 2ml jek..skang da naik jadik 4ml. Skang pun da pandai..nampak jek shringe tu terus melalak....huwaaa..!!!!
 
Smalam..having my offday buat aku terasa buntu di rumah. Shasha makin sihat...lihat dia berlari2 dalam rumah...ruang tamu, bilik..dapur. Shasha da pandai bukak tutup pintu peti ais. argh....jahanam laa peti ais mommy macam ni.. gelagatnya nampak kelakar tapi...kalau dah bersepah botol kicap, sos..kotak santan dalam tu. Mane tahan beb...kena marah jugak. One thing tentang shasha ni, bile mommy marah dia...dia pandang muke mommy pastu main tangan dia. garu-garu laaa..tepok2 laa... cute. Tapi hati mommy kene kering..sbb budak kecik ni mmg xmakan saman. Ngan babah dia jek dia takut..
 
Interest thing happened - dari kecik her babah da biasakan diri ngn panggilan babah. even shasha normally calling her babah 'babah' but since yesterday...she start calling her babah ' daddy'. Pelik...ntah dari mane shasha blaja pon xpasti but she's referring to the right entiti to call to. She still calling 'babah' sumtime but most of the time...calling 'daddy'. Babah seems look affected by that calls...he still want shasha to call him 'babah' not 'daddy' but mommy always said ...babah have to appreciate and being happy since shasha found her own way to call her babah, words that mommy never teach her before. babah stop nagging, seems he could understood. Mommy pegang muka shasha...pandai nyer dia.!!!!!
 
 
 
 
 

For E-Mail Disclaimer, please see http://www.digi.com.my/support/general/email_disclaimer.jsp

Jan 17, 2010

Kalaulah sabar itu boleh diniagakan.

Dah 2hari..this backpain is killing me! Hari ni dtempat keje xsenang duduk dbuatnya. Mood pun xcantek...ade jek customer yg mengamok...aku pun x bagi ruang..mengamok sama. malas nk pk pasal skema. Lantak kau lah...kalau da bagus sangat, setup laa kompeni telco sendiri. Jagn nk maki org jek macam ko tu perfect sangat. nk sangat pegi celcom ke..maxis pegi...pegilah. Ko sign up digi pun aku x suruh kan. Pegi mampos arr!!!!!

2nd case..nk replace simcard. Bleh kuar jejauh dari umah tak bawak ic, bleh??!! eei, nk je aku sepak cine nih. kalau dah tau nk buat urusan rasmi..sume nk pakai ic. yg ko tak bawak tu pehal. igt sume kenal nama ko sape ke...? bangang aar..!!!

beberapa kali aku menarik nafas yg paling dalam. beberapa call selepas case bangang tu terkena tempiasnya. dapat indon sengal lagi aku menyirap...Oh tuhanku, kesabaranku makin tipis. tetiba teringat pada fizah yg nk meniaga sabar. kalau lah sabar tu bleh diniagakan...alangkah bagusnya.

Akhirnya jam dah pukul 3petang, Yeay..!! penantian ku berakhir sudah. Ragut beg, rentap headfon, shut down pc dan terus blah. Aku menci ngn tempat keje ari ni....

Jan 16, 2010

Da banyak gigi

Lately shasha asyik gigit jari...nampak comel tapi air liur meleleh jer. Mommy belek2 gusi shasha, waaaaaaaaaaaaa...da makin byk gigi nk kuar ni. gigi geraham..gigi taring. No wonder asik nk gigit org jer...memalam mommy yg jadi mangsa. menjerit sensong takde sape peduli...isk isk isk...

Jan 11, 2010



silhouette babah n shasha @ Langkawi beach.

shasha happy hour at book store


my Sunday...

AJL malam tadi memang superb!! Persembahan pembukaan menyaksikan mak siti ngn Lan 'now typewriter'. Yang tu malas nk komen, sbb siti xmasuk dalam agenda pon. Wat ever..!!!

Anyway, each performance showed diff from the others. From beginning till end, sumer lain2. menarik, x bosan pon tengok. Sambil tengok AJL sambil tengok shasha menyanyi depan tv. Sampai satu part tu, aku terlepas camaner shila OIM bleh ada atas pentas..baru jek tadi tgk faizal tahir yg nyanyi. Shasha plak dari mula tak lepas ngn markerpen dtangan. Alalalala pegang microphone gitu, nyanyi jerit2 sampai tutup mata. Felling sungguh....but dalam byk2 finalist AJL tu, ada satu lagu fav shasha. Yang ni buat dia terpaku depan tv. Not even move an inch...masuk korus, gelek2 bontot sikit ke kiri dan kenan...masuk part yang woo...woo..dia pun sama woo woo. alahai anak mommy....Perhatian sedikit terganggu..tapi ank nye pasal, layan kan jer. Babah express his little worries, anak manjanya tunjuk sisi yang agak tak berapa kat mata babah. Shasha suke main bola, suke main kereta mainan..suke menyanyi. Things that we would like her to do....dia tak nak buat plak. Anyway..perjalanan masih jauh. Masih ada byk masa nk tunjukkan sesuatu yg berbeza buat shasha.

Tengahari sebelumnya - spent lunch hour ngn atok + nenek + pak ucu + cousin shasha; fadhlan. Gi makan kenduri kat Taman Alam Megah, Shah Alam. Mood for everybody swinging in the perfect way...walaupun agak sesat sedikit pada awalnya, berjaya juga sampai ke tempat yg di cari. Lauk plak sedap + nasi beriayani lagi. Adoyai....wugi amik sikit jek nasi. Nak tambah malu...!!!

Jan 9, 2010

Hidup harus terus.

Siaran langsung Piala Sumbangsih kat TV1, babah n shasha tengok jerit2 depan tv. mommy kept in silent surfing on net n updating blog. Hujan masih lebat dluar....terasa dingin malam ni. Tapi hati babah ngn shasha berbahang dek player n9 yang sepak bola macam xmakan seminggu. Alahai...org tu penat lari2 kat padang, babah kata they all tak nak main.

Shasha yang sikecik ni pun da pandai nk jerit-jerit. Tengok babah jerit2 dia pun sama nk jerit. Org tu gol pun tidak...tetiba, masa mommy tgh menaip ni...selangor da menyamakan kedudukan 1 sama pada jam 10.36pm, babah n shasha senyap saja. Shasha leka mengunyah nugget. sedeh babah coz selangor da score. babah terus sambar rokok sebatang...bosanlah..!!! Babah da membentak ..

Malam ni tak jadi balik kampung, kesian atok. Asik tertunggu2 jer...sabar ye atok uban, ujung minggu depan mommy soh babah jemput atok wan datang sini lepak hujung minggu yer. Aplah daya aku nk carik masa hujung minggu, nama pun keje shift. shift da mengarut....cuti pun tak tentu hala. itu pun nasib baik ada off 2ari..kalau dapat yg off satu hari jek. Aku dah terasa bahang kebosanan....malas makin berganda. Tapi...selagi belum tutup mata, kerja kerja kerja!!!

Last wednesday, attended short interview. didnt put much hope on this job. Gamble jer..kalau ada rezeki aku, adalah. Kalau takde..it's ok. Hidup harus terus...

Jan 6, 2010

Kerja..kerja..kerja..

Selagi belum tutup mata, kerja..kerja..kerja. Ari ni terasa malas nk kerja...hari2 pun malas. tak pernah walau sehari dalam setahun aku terasa begitu rajin untuk pergi kerja. So ari ni...aku merajinkan diri pegi klinik mengambil mc. hehehe....

Spent the afternoon dengan menonton movie PSi love you...kisah janda muda yang discover love letter yang ditinggakan suaminya. a guide to continue her life. sesekali bergenang jugak airmata ku...jika bertahun-tahun normally make 2cups coffee fr breakfast, jika bertahun-tahun sebelum tidur..si dia yang akan switch off lampu but all on sudden...sendirian di katil. Melihat lampu bilik yang masih terpasang, mendail kepada nombor yang tiada lagi penggunanya..sekadar mahu mendengar suara si dia yang tiada lagi bernyawa. argh..aku skali lagi dbuai perasaan sayu. kalau aku, juga begitu..da pasti tak bernyawa lagi. terasa bertuah saat ini aku masih punya dia..sebagai tempat bergantung, tempat mengadu nasib, tempat bermanja..

Jan 2, 2010

Nur Iman_TV3

Jangan laa tinggalkan anak tepi jalan..ish, tak reti jaga anak ker..? Itu lah ayat aku tika menontn drama ini malam tadi. Sesuatu yang boleh di elakkan tapi dah nama pun drama...kalau takde isu, takdelaa drama 'nur iman' malam tadi. Pelakon lelaki yang aku tak tau namanya...sebijik macam my husband. From my 1st day bile tau ada baby in my tummy...dialah manusia paling gembira di muka bumi. (i guest). Teringat lagi..masa aku cube stick tu....2nd day d hari raya. Keputusannya mmg +ve dan my husband menunaikan nazarnya utk berpuasa 3hari. Tapi di aidilfitri...org lain makan ketupat, nasi himpit.biskut raya....my husbby dok dalam bilik..tdo. sian dia....skang anak dah besar...asik tak cukup tidur je. kena teman anak main sampai ke tengah malam pulak.

back to the drama..sian sangat tengok lelaki tuh. jadi sasau sbb anak da takde. terbalik plak...slalu ibu2 jek macam tuh. dalam drama ni...yg si ibu rilek je....nanges pun sikit2 jer. kuatnye semangat. kalau aku..da lama mati daa time tuh..

2hari sebelum dan selepas...

Happy New Year....2hari selepas tahun baru, skang baru teragak nk update sesuatu. Alhamdulillah..sinar yang aku harapkan telah bersinar lebih awal dari dijangkakan.

2hari sebelum tahun baru..aku mhabiskan masa 5jam sehingga tgh malam di contact centre- macam biasa, dapat shift malam. 2jam yang terakhir adalah yg paling memenatkan sebab terpaksa 'buddy' dengan DMT. Terasa penat, kecut perut dan aku sebenarnya mencungap masa bercakap sbb kena tahan nafas. Almaklum lah..big boss dok sebelah weh..kena laa perform the best..dalam wat keje, ada jugak bual2 kosong ttg kerja...

sebelum tuh, aku juga menguruskan sesuatu bersama suami. antar dokumen itu dan ini, verify itu dan ini..dengan harapan menggunung...moga dimakbulkan Allah, moga dperkenankan hajat kami tu...

malam tahun baru pun tiba..aku dkejutkan dengan email. bagai bintang kejora....dalam byak2 email yg aku dapat, email ni laa paling best. walaupun sumer pun kabur lagi..tapi aku berharap sangat beroleh sesuatu dengan usaha aku kali ni...rasa nk melompat, rasa nk menjerit..rasa nk muntah pun ada....khabaran dsampaikan pada hubby dan yg paling best!!! hajat kami kesampaian. huh....kegembiraan kami berganda....terasa bertuah sangat di penghujung tahun 2009 nie.

2hari selepas tahun baru..aku sedang menanti kedatangan org baru dalam kluarga aku. hehehehe.....dan aku juga sedang menanti panggilan utk interview dengan boss baru. kalau ada rezeki..adalah tu. Moga tahun 2010 ini bakal mbwa seribu perubahan yang membahagiakan...

yay!!!!!