Jan 28, 2010

Cantik..

sumer org nk cantik...sumer nk ada kulit yg putih bersih..sumer nk ada pinggang yg ramping..sumer nak ada rambut yg lurus dan manusia sanggup berbelanja lebih hanya utk memiliki kecantikan. Cantik itu subjektif...hanya kerana tahi lalat mungkin kau boleh jadi jadi cantik. hanya kerana lesung pipit kau juga boleh jadi cantik walaupun kau tak putih dan tidak ramping.Allah jadikan manusia tu berbeza2 ...cantik di wajah dan d hati. Cantik yg kau miliki hari ni jadi pilihan kepada pemilih. Jika tiada pemilih bukan bererti kau tak cantik..is just that 'haven't met u yet' bak lagu Michael Bubble'
Cantik itu terlalu subjektif... ada yang kata cantik, ada yang kata tidak. Benarlah..cantik itu terletak di mata baru turun di hati. Mata yang melihat dan hati yang menilai.Aku cantik atau tak...aku tak perlukan org lain utk melihat atau menilai aku. Cukup kalau aku kata aku cantik sekadar yang aku mahu. Aku tak perlu rambut rebonding..aku tak perlukan lesung pipit di pipi. aku tak perlukan tahi lalat di bibir..aku tak perlukan mata yg bersinar2 dan senyum menawan..aku cuma perlu jadi aku. Aku seadanya...Allah menjadikan manusia itu berbeza...cantik dan tidak cantik juga di antaranya.

0 comments :