Apr 22, 2014

Selamat hari lahir sayangku; B

He said..." he's a few years closer to his midlife crisis ".

Masa muda...gembira rasanya bila usia menginjak ke satu tahun yang baru ...semakin dewasa...semakin banyak perkara yang mahu di teroka. Kini, setelah lama usia remaja berlalu.....setiap tahun yang baru cuma menjadikan kita semakin tua.

Saya dan suami sebaya...dia 34tahun...dan kemudian saya pula selang 5 bulan kemudian. Tiada apa yang lebih menggembirakan selain selama hampir 7 tahun bersama, di kurniakan cahayamata dan keluarga yang sentiasa mengasihi kami dalam apa jua keadaan pun.

Lelaki - yang menjadi suami saya ini, orangnya berjiwa bebas. Pernah suatu ketika saya bertanyakan tentang impian, cita-cita dan harapan namun balasnya....dia cuma hidup untuk hari ini. Impian dan harapan tak pernah ada dalam kamus hidupnya. Impian hanya perkara yang tak pasti...dan dia benci mencipta walau sekelumit impian.

Saya terdiam. Hati saya bergolak...tak tenteram. (masa itu kami tak punya apa-apa ikatan, mungkin saya hanya kawan padanya, padahal dia sudah memberi makna yang lebih kepada saya). Tahun demi tahun berlalu.....dia masih bersama saya. Bil telefon bulanan saya semakin tinggi jumlah bilnya..

                                              *******************************
"CINTA - yang membutakan hati dan biarlah aku buta kerana  cinta "

Pantasnya masa berlalu, lelaki yang tak kisahkan impian..tak kisahkan masa depan tu kini semakin tua bersama saya. Ahaks !! Kini semakin bimbang tentang kerjayanya...tentang surinya...tentang anak-anaknya. Semakin berkira dengan masa bersama keluarga, semakin mementingkan keperluan keluarganya. Semakin banyak kata-katanya tentang usaha..tentang potensi...tentang rezeki.

Bersyukur.... kerana Allah masih mengurniakan cinta hati saya yang satu ini, rezeki umur yang panjang. Bersyukur kerana  di kurniakan nikmat kesihatan yang baik...even selalu sakit pinggang but we took it for the sake of Allah. Kifarah...lantaran kami bukan semakin muda pun. Bersyukur kerana diberikan peluang dan ruang untuk saya menyambut hari-hari gembira ini bersamanya.

Sayangku, tiada apa-apa.....cuma kata-kata, mungkin juga yang sama sejak berbelas tahun lalu. Kerana rasa ini masih tak berubah, masih utuh...masih di sini. Selamat hari lahir sayangku.

Ku relakan jiwa
'tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk di cinta dan mencintai
Ku relakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari
::Relakan Jiwa


Apr 16, 2014

Kari Kambing

Pergh...entry  macam blog masakan pula rasanya. Anyway, sabtu lepas adalah percubaan pertama saya memasak kari kambing. Mula memasak tengahari tapi dapat makan dah pukul 5.00 petang. Ahaks...giler lama saya masak kari kambing tu sebab tunggu daging dan kentang empuk sepenuhnya. *this time baru terasa 'pressure cooker' sangat-sangat d perlukan.

Dont ask my recipe coz i dont have one ! Tapi saya godek buku resepi chef fav saya ; Hanieliza. Honestly, saya tak suka kari kambing sebab benci bau hamis kambing. Salahkan kari kambing yg pertama mak abah perkenalkan pada saya masa kecik-kecik dulu. Saya komen..kari tu bau kambing ! Seriously..saya tak pernah makan kari kambing sehinggalah saya berkahwin dan punya anak, kami buat kenduri aqiqah Shasha. Dan nak tak nak saya kunyah juga kari kambing di kenduri aqiqah Shasha tu. Ajaibnya..sedap plak kari kambing...mungkin sebab mak yang masak. Since that, new rules apply - saya makan kari kambing jika mak saya yang masak. *huh mengada-ngadanya.

Nak makan kari kambing, kena balik kg tapi kami amat jarang balik kg. Hehe...ongkos sumer nya meningkat tapi Shah Alam dengan Jelebu, N9 tak laa jauh sangat. Again, mengada-ngadah jek lebih. Then saya dan suami sering makan kari kambing kat kedai mamak. Yang pastinya mahal !. Sepinggan kecik = RM5 yg berat dengan tulang, daging ada laa yg terkulai sipi-sipi kat tulang tu. Sedih..but this is the true story ..kisah makan minum di bandar besar. Nothing cheap here....

Setelah keluhan demi keluhan....bayar mahal tapi dapat makan ciput jek. Akhirnya hujung minggu lalu saya pula yang mengada-ngada nak masak kari kambing. My husband was the happiest man on that day ! Bangun awal dan bersiap-siap pegi Mydin beli daging kambing. We just grab the frozen meat. Kalau tak jadi, kurang cket rasa terkilan. *huhuhuhu

Di pendekkan cerita...walla !! Kari kambing saya menjadi lah. Serious !! Tapi tak jumpa pulak resepi that publish on internet. Laterlah saya snapshot resepi dari buku tu...Sekian.

Apr 9, 2014

Adios Pinky SCR1

Alkisahnya...ahad lepas saya sibuk mengemas rumah tapi still tak nampak kemas jugak..hairan !! Macam banyak sangat barang kat laman depan umah saya ni.

Leteran saya panjangkan pada en.suami - stroller anak jek sampai 3 jenis. Yg single...yg twin....yang compact. Aduh..bile memasing dah besar...ada pulak stroller yg terbiar sepi.

Setelah hampir setahun, stroller single SweetCherry scr1 sophie yang berona pink terbiar sepi. Jarang sekali nak guna semenjak saya beli twin stroller utk angkut sophie and nadaa sekali gus. Masih berkeadaan baik...almaklumlah, bawa anak perempuan je. Nak di buang terasa sayang....tawaran saya panjangkan pada adik-beradik, memasing dah ada stroller. Saya buntu...nak buat ape stroller banyak2 kat umah ..?

Finally, en.suami buat tindakan drastik - upload gambar strolller di mudah.my. Bahananya, berduyun-duyun sms/whatsapp msg masuk...missed call saja dah sampai 54 nombor berbeza. Hik hik..kami jual murah je kot...preloved item = RM50.

Sehingga keesokkan petangnya, masih ada yang bertanya perihal stroller pink sophie tu, malah ada juga yg offer RM150. Saya sedikit terkilan, seumpama nk puaskan hati ramai requestor tu tapi apakan daya, stroller tu ada 1 jek.

Still remember, that pink SCR1 saya beli beberapa tahun lepas coz dah tak terdaya mendukung anak saya si sophie. *Sophie lahir menerusi kaedah caesarean - kerana dia terlalu montel utk di lahirkan secara normal. 3.81kg hokeh...so fr mommies yg lahirkan anak lebeh 4.0kg secara normal, u deserve my salute !  

Beli di Jusco dengan harga RM399. Gulp! Tapi anak punya pasal, mommy rembat jek tanpa pedulikan pandangan babahnya ketika itu. Banyak jasa stroller pink sophie tu....ada ketikanya shasha begitu malas nak berjalan guna kaki sendiri, stroller tu juga lah yang angkut shasha. Sophie yang montel tu terpaksa di kendong babah. Not me....roboh bahu kalau mommy yang dukung.



Jauh perjalanan stroller tu..keluar masuk shopping mall dah biasa, but the best so far when we brought it together to Legoland trip in December 2012. Banyak jasanya stroller ni pada kami...

Saya tak tau mereka siapa...cuma saya pesan pada suami, berilah pada 'nombor' yg banyak kali call dan sms ni. Bersungguh-sungguh benar nampaknya. Benarlah, that chinese family just have his newborn baby. Jam 4pm kami iklankan, lewat tgh malam jam 12.30am stroller pink tu sudah pun bertukar tangan.

May the sophie's pink stroller continue her good service to the new baby girl. Adios Pink SCR1.

Apr 4, 2014

Happy

I felt completely happy when people around me are happy. Do you feel the same way ?

Apr 3, 2014

Wangi

Jika jambangan bungamu hanya plastik - palsu !
Yang tak berbau harum
Yang tak segar mekar
Namun warna yang tak mungkin pudar
Kelopak yang tak mungkin gugur

Tapi tak mengapa sayang !
Yang ku tuntut cuma hatimu
Jujur sebenar
Niat yang ikhlas

Plastik ini hanya metafora
(tentang cinta)
yang tak kan layu dan lesu
yang takkan gugur dan punah

Tak mengapa sayang !

Sama seperti haruman wangi yang berbotol-botol ku beri
jika habis..tak bermakna botolnya perlu kau jaga
tak mengapa sayang...

Kasihku akan kekal wangi untukmu
selama bunga ros di dunia masih ada wanginya