Masa muda...gembira rasanya bila usia menginjak ke satu tahun yang baru ...semakin dewasa...semakin banyak perkara yang mahu di teroka. Kini, setelah lama usia remaja berlalu.....setiap tahun yang baru cuma menjadikan kita semakin tua.
Saya dan suami sebaya...dia 34tahun...dan kemudian saya pula selang 5 bulan kemudian. Tiada apa yang lebih menggembirakan selain selama hampir 7 tahun bersama, di kurniakan cahayamata dan keluarga yang sentiasa mengasihi kami dalam apa jua keadaan pun.
Lelaki - yang menjadi suami saya ini, orangnya berjiwa bebas. Pernah suatu ketika saya bertanyakan tentang impian, cita-cita dan harapan namun balasnya....dia cuma hidup untuk hari ini. Impian dan harapan tak pernah ada dalam kamus hidupnya. Impian hanya perkara yang tak pasti...dan dia benci mencipta walau sekelumit impian.
Saya terdiam. Hati saya bergolak...tak tenteram. (masa itu kami tak punya apa-apa ikatan, mungkin saya hanya kawan padanya, padahal dia sudah memberi makna yang lebih kepada saya). Tahun demi tahun berlalu.....dia masih bersama saya. Bil telefon bulanan saya semakin tinggi jumlah bilnya..
*******************************
"CINTA - yang membutakan hati dan biarlah aku buta kerana cinta "
Pantasnya masa berlalu, lelaki yang tak kisahkan impian..tak kisahkan masa depan tu kini semakin tua bersama saya. Ahaks !! Kini semakin bimbang tentang kerjayanya...tentang surinya...tentang anak-anaknya. Semakin berkira dengan masa bersama keluarga, semakin mementingkan keperluan keluarganya. Semakin banyak kata-katanya tentang usaha..tentang potensi...tentang rezeki.
Bersyukur.... kerana Allah masih mengurniakan cinta hati saya yang satu ini, rezeki umur yang panjang. Bersyukur kerana di kurniakan nikmat kesihatan yang baik...even selalu sakit pinggang but we took it for the sake of Allah. Kifarah...lantaran kami bukan semakin muda pun. Bersyukur kerana diberikan peluang dan ruang untuk saya menyambut hari-hari gembira ini bersamanya.
Sayangku, tiada apa-apa.....cuma kata-kata, mungkin juga yang sama sejak berbelas tahun lalu. Kerana rasa ini masih tak berubah, masih utuh...masih di sini. Selamat hari lahir sayangku.
Ku relakan jiwa
'tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku
Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk di cinta dan mencintai
Ku relakan jiwaku padamu
Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari
::Relakan Jiwa
0 comments :
Post a Comment