Aug 7, 2012

Shopping raya @ SOGO and Jalan TAR - part.2

Shopping baju raya anak2 kat SOGO , mudah bagi saya. Sebab satu level tu memang utk pakaian budak2 je. So dari GF naik escalator dari satu level ke satu level, hinggalah ke satu tahap anak perempuan sulung saya separuh menjerit "mommy, janganlah main-main ni !! " Saya yang mendukung sophie di bahagian depan escalator memalingkan muka. Shasha ingat saya main2 dengan escalator sebab lepas satu -satu level tak jugak sampai2 lagi. HIk hik...shasha shasha. Pakaian kanak2 tu kat level 4 laa...mommy bukan suka-suka nk main dengan escalator ni. Hish..banyak lagi keje lain mommy boleh buat dari ni....

Sampai je kat level 4 - pergh ! Saujana mata memandang. Banyak gler pilihan...depan escalator dah berderet-deret pakaian kanak2 dengan diskaun 50%. Mula laa para ibu2 ni memulakan sesi pemilihan mengikut saiz anak. Tengah2 pilih - anak kecik pulak menjerit. Ada yang seronot jek tdo dlam stroller masa ibu2 sebuk pilih baju kakak dan abang2 nya. Macam sophie saya, lena dia tdo. Senang keje saya dan suami...cuma perlu layan karenah si kakak shasha je yang kejap-kejap nak air 'tosong' lah (air kosong) , nak air eslemontea ( ice lemon tea), nak biyak laaa (poo poo ) . Macam2 hal - mommy dah bawak p toilet, boleh plak shasha cakap "tak jadi lah mommy, shasha nak tencing jer". Haduyai...geram sungguh ngan karenah anak saya shasha ni. Itu belum lagi ngn rengek nya yang nak duduk dalam stroller coz malas nk berjalan. Saya nak usha baju kat badan shasha  pun susah. Darah mommy sedikit boiling ...tapi sabar jek. Guna pendekatan lemah lembut, manja dan sayang sayang gitew. Amik masa cket but syukurlah..nak jugak shasha mendengar kata.

Di sebabkan sophie yang baik saja - dan kakak shasha yang mendengar kata, mommy sempat shopping baju anak2 buah kesayangan mommy. Baju atui, bobot, wafa, faris dan fadhlan dah siap dalam koleksi. Tunggu masa nak bayar jek.

Settle bahagian anak2 - hunting bahagian lelaki pula. This time saya biarkan 'my man' memulakan pencariannya sendiri. Saya taknak sekat selera dan kaler yang dia pilih - kite tunggu dan lihat saja. Nasib baiklah apa yang di pilih babah shasha dan sophie kali ni adalah dalam kategori boleh pakai. Rasanya babah dah sedar yang babah da tak muda. Hik hik.....

Lately babah shasha dan sophie selalu bercerita tentang anak2 kecil yang memanggilnya dengan panggilan pakcik, uncle. Rasa pelik dan kelakar - ye laa, masa dulu kite yang panggil orang makcik, pakcik..skang org lain plak yang panggil kita begitu. So babah kena terima hakikat yer....we're not young anymore.

Baju mommy mana ? Soklan en suami menyedarkan saya. Oh ye laa...saya leka memilih baju anak2 dan suami sampai tak hirau baju sendiri. Turun lagi satu level - Nah, amik kau ! satu level tu baju for ladies tapi tak banyak yang perangkap perhatian saya. Cuma sambar satu blouse kaler jingga  utk di padankan dengan skirt yang dah sedia ada. Dan tshirt alalalalal korean cutting. Itu saja buat saya...hmmmmm

Kesimpulannya, saya puas hati bershopping di SOGO kali ni. Babah shasha dan sophie lah yang sangat berpuas hati coz dapat shopping baju Padini dengan diskaun 50%.

For those yang ada intension nak bershopping kat SOGO, can give a shot. Tak rugi rasanya..but shopping on weekend will be yg additional challenge. I bet ramai gler orang dan parking space pun takde. Saya yang pegi hari khamis pun bersusah payah mencari parking space di parking lot SOGO. Dah settle shopping, bayar duit parking je RM15. Pergh !!


0 comments :