May 29, 2012

Projek fancy cookies

uwaaaa..dah lama betul tak bercerita kat sini. ada banyak cerita sebenarnya tapi takde masa langsung nak menaip. Baru je kuak laptop kejap...c sophie dah datang ..."maaaa..maaaa". kakak pulak tak semena-mena request "miiiii..nak kiki mouse". Si adik panggil "maaa" , si kakak panggil "miiiiii" elok sangat laa tu. Tunggu dua-dua tu beratur dan panggil maaamiii baru laa betul 'mommy' nyer. Aiseh..macam-macam.

Last Friday, mommy bercuti sempena dengan hari appointment sophie dengan paedatric. Nak cucuk lagi..tapi si sophie ni da alalalala demam pula. Mommy tangguhkan pertemuan dengan sang doktor - fokus hari itu hanya pada fancy cookies mommy. Terima kasih laa pada kawan opis mommy Kak ziah yang memberi seluruh kepercayaannya pada mommy utk buat kukis tu. Tersangat laa amatur ..but end up with sumthing nice. Tapi kamera takde nk amik gambar..hp pun babah da bawak pegi opis since babah punye blackerry da corupt.

Sangat seronok mendeko kukis itu....next time nk buat lg. Mungkin utk birthday shasha soon in middle June.

May 8, 2012



Cerita perodua saya..? Tak lain tak bukan kenari silver saya. Beli 8 tahun lepas..dengan slip gaji yang proper. Sebelum ni keje ngn kompeni kecik je..so slip gaji buat sendiri guna excel. Submit kat agent jualbeli kete, dorang pandang ngan mata kecik jer. Huhu...mmg sah sah tak laku slip gaji masa tu. So terpaksa laa pakai skuter setahun.

Dah puas merempit dari seri kembangan ke Keramat, pastu pindah keje Shah Alam pulak. Dapat pulak keje shift abis tgh malam. Sebab banyak sangat keje, penah merempit atas jalan jam 1am. Polis yang buat roadblock kat Tol Air Hitam, Puchong pandang saya atas bawah.....macam x percaya saya baru abis keje dan riding dari Shah Alam. Dalam hati "cepatlaa pakcik, saya da penat dan ngntok ni...nak balik!!"

So abah suggest beli Kenari Auto - masa ni kenari masih lagi baru d pasaran. Saya tak minat langsung! Saya cakap kenari macam lori kecik. So terasa macam kena paksa beli kenari dengan abah..auto plak tu. Tambah lagi 3K dsebabkan auto tranmision tu. Muda lagi..so ikut je laa cakap abah. Nak bawak kenari balik kg, siyesly tak berani. Saya bawa Kancil manual abah dan abah pandu pulang Kenari auto saya. Hahaha......kat umah pun, saya buat tak tau jer...jeling pun tak. Abah jek yang sebuk bukakan plastik yang balut kusyen tu...siap basuh dan lap lagi. Sampai masa saya kena balik umah sewa sebab esoknya dah start keje...saya dah berkira camaner nk bawak kenari ni. Cermin depan mmg giler besar !! Terasa macam satu dunia pun bleh nampak saya yang sedang memandu kat dalam. Haduh..malunya !!!!!

May 7, 2012

Mimpi....

Dah lama tak bermimpi..almaklumla, badan dah penat. Otak pun dah tak larat nak berpikir. Tak sempat tidur dah lena dulu..camaner tuh?? Tapi malam tadi sempat bermimpi anjing pula. Rekod 32 tahun hidup, paling pelik bila saya mimpikan ada 4 org perempuan datang dengan helikopter. Itu pun dah puas buat airmata saya berjurai-jurai. Mane tidaknya, baru kawen seminggu dah ada 4 perempuan stylo nk jemput en.suami. Giler !! dengan helikopter plak tu..masa tu saya ada kenari jek. Hahahahaha...

Malam tadi, mimpi anjing kecil yang datang bertandang masa tengah borak2 dengan siapa tak pasti. Sedang syok borak,..anjing kecil ni datang tengah laman sambil goyang2 badan lagi. Yang paling menarik, siap pakai baju kaler purple hokeh. Tak ker pelik tu.....haiseh! Orang kata, kalau mimpi kita berwarna, mimpi tu ada makna. So saya google laa sekejap kot2 ada makna mimpi anjing purple. Tapi tak jumpe. Yang ada mimpi pasal anjing je. Rata2 tafsirannya tentang sesuatu yang baik. Adapun sesuatu yag buruk bakal berlaku tapi akan ada seseorang yang akan membantu menyelesaikan masalah itu. Nauzubillah..

Malas nak layan sangat perihal mimpi ni. Tapi kalau benar2 perkara  baik nak berlaku pada saya...alhamdulillah. Saya mesti gembira. Saya harapkan kebaikan, kebahgiaan dan keharmonian saya dan suami. Tu jek...

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa pada hari kiamat, bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya (nescaya mereka menyesal).” (Surah Al-Baqarah 2:165)