May 7, 2012

Mimpi....

Dah lama tak bermimpi..almaklumla, badan dah penat. Otak pun dah tak larat nak berpikir. Tak sempat tidur dah lena dulu..camaner tuh?? Tapi malam tadi sempat bermimpi anjing pula. Rekod 32 tahun hidup, paling pelik bila saya mimpikan ada 4 org perempuan datang dengan helikopter. Itu pun dah puas buat airmata saya berjurai-jurai. Mane tidaknya, baru kawen seminggu dah ada 4 perempuan stylo nk jemput en.suami. Giler !! dengan helikopter plak tu..masa tu saya ada kenari jek. Hahahahaha...

Malam tadi, mimpi anjing kecil yang datang bertandang masa tengah borak2 dengan siapa tak pasti. Sedang syok borak,..anjing kecil ni datang tengah laman sambil goyang2 badan lagi. Yang paling menarik, siap pakai baju kaler purple hokeh. Tak ker pelik tu.....haiseh! Orang kata, kalau mimpi kita berwarna, mimpi tu ada makna. So saya google laa sekejap kot2 ada makna mimpi anjing purple. Tapi tak jumpe. Yang ada mimpi pasal anjing je. Rata2 tafsirannya tentang sesuatu yang baik. Adapun sesuatu yag buruk bakal berlaku tapi akan ada seseorang yang akan membantu menyelesaikan masalah itu. Nauzubillah..

Malas nak layan sangat perihal mimpi ni. Tapi kalau benar2 perkara  baik nak berlaku pada saya...alhamdulillah. Saya mesti gembira. Saya harapkan kebaikan, kebahgiaan dan keharmonian saya dan suami. Tu jek...

“Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat seksa pada hari kiamat, bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahawa Allah amat berat siksaan-Nya (nescaya mereka menyesal).” (Surah Al-Baqarah 2:165)


0 comments :