Jun 25, 2013

Kunci

Pesan babah selalu - kunci gril. Kunci gril !!

                       *********************************************************

Petang yang aman itu, cuma ada saya dan puteri kedua dan ketiga. Nadaa lena dalam rockernya seperti biasa cuma kini dah pandai demand, minta di dodoi sentiasa. Berhenti sekejap mulalah ehek sana sini. Saya asyik dengan AFC, xde keje lain..asik tengok orang masak je. Lepas tu berangan sendiri nak masak itu ini tapi hakikatnya malam nanti nasi goreng ala carte juga yg terhidang atas meja. Hehehe...

Berbalik pada cerita utama, sedang saya bersantai depan tv...terdengar gate rumah saya seperti di buka. Amat pasti itu gate rumah saya..tetapi slow motion. Sophie menjengah ke pintu...matanya terpaku kepada sesuatu. Saya tanya....'siapa' tapi sophie hanya diam membisu. Matanya masih terpaku kepada sesuatu.

*ketika itu petang...jam baru pukul 5. Masih ada mentari....terik di luar sana. Mana ada hantu...!!

Tiba-tiba sophie berlari ke arah saya, dan saya lihat satu nenek tua - keturunan india tercegat di pintu rumah saya.. Dia pandang saya...tepat pada mata. *saya dah panik....

Nenek india itu terus menarik pintu gril ..dengan usaha untuk masuk. *thank God, gril pintu tu berkunci. Saya jerkah dia...."mau ape....keluar sekarang!!!!!"  Dia pandang saya lagi...saya dah mula berdiri. Dalam hati...nasib baik kau tua...dan duduk antara gril yg berkunci ni..kalau tak...mmg dah kena leban ngan helmet.

Nenek india tu terus berlalu pergi - langkah nye perlahan. Menyarung selipar lusuh...menutup semula gate rumah dan berlalu pergi. Dada yang berombak tadi kembali reda....saya tengok sophie. Dia masih senyap dengan puting botol susu masih terkemam di mulut. Nadaa - masih lena, tak terkesan apa-apa.

Lama saya berdiri di gril pintu yang berkunci tu.....NASIB BAIK



                                                   ****************************

Malam tu....babah nampak nenek india tu berjalan kaki depan rumah. Saya ceritakan pada babah - dia adalah nenek india yg sama ..jerkah saya depan pintu. Babah soal siasat nenek india tu...

saya takda rumah..mane-mane pun boleh duduk. *itu ayat dia...
Tapi itu rumah..anak saya ada dalam....*ni ayat seram !!

Lepas bicara panjang dan sedikit garang, nenek tu berjanji takkan datang rumah kami lagi. *harap-harap dia faham apa yang dia janjikan.


Jun 21, 2013

Irene Delisha officially is 5

5 tahun lepas...saya menghitung hari menunggu 20 june....menduga kadar kesakitan..mengagak tahap kecomelan si kecil pertama saya yang bakal lahir. Mak cakap...bersalin tu sakit, macam nk putus pinggang..tapi saya lebih teruja melihat mata si kecil saya...bagaimana wajahnya. Iras saya atau si dia.

Akhirnya..selepas 18jam dalam kesakitan..my 1st baby girl menjengah dunia di luar kantungnya. Yang saya dengar adalah tangisnya..and for some reason, that moment doesnt require any words to describe more. I just been  blessed by Allah dengan di kurniakan rezeki sebesar dunia selewat usia 28 tahun. 

Ini dia....buah hati pengarang jantung saya yang pertama dah pun berusia 5 tahun. Seperti baru semalam saya menangis melahirkan dia..yang kami beri nama Irene Delisha.

Sejarahnya...sejak awal kehamilan dan kami tau si dia yang kami nanti adalah seorang puteri...dia sudah punya nama. 'Shasha' membawa makna 'yang berseri-seri'. Sungguhlah bagai di kata, dialah yang membawa seri....ditatang..dimanja...kini dah besar usianya..sebanyak usianya sebelah tangan mommy.

Instant cake bought at Kings Confectionery - Angry Bird jer

Angry Bird cake yang telah dicopek oleh Sophie...


#With lots of love from mommy, babah....sophie and not to forget nadaa too. 



Jun 11, 2013

Jula juli bintang tiga


Jun 9, 2013

Sophie...sophie...


Jun 5, 2013

Hensem.

Sejak mempunyai banyak masa ni..banyak betul masa yang saya bazirkan depan tv. Drama melayu yang saya tak penah tengok pun saya dah tengok. Yg terkini lepas Dahlia..saya layan drama 'Saya Sebenarnya Isteri Dia'. Sana sini orang cakap pasal izzue islam rupanya. Saya jek yang lambat mengenali izzue...lepas tengok drama, nk carik OST..bukak laa youtube. Penuh komen dengan nama izzue islam je. Melayan watak izzue dalam SSID...buat saya tersenyum sendirian. *tiba-tiba saya teringat pada kawan lama yang gemarkan cerita2 sebegini. Cinta yang hadir selepas nikah.....mula2 tak suka lepas tu cinta gler.

Tambah lagi cerita izzue bila mamat ni dah nikah on early june. *cant recall the date. Itu pun sebab tengok melodi....blog walking dekat blog2 hiburan - bersepah2 komen anak-anak dara kita yang kempunan nak dapatkan cinta izzue islam ni.

Saya tengok muka izzue islam ni...cute dengan rambut pendek itu. Yup...cant deny. Kamu benar wahai adik2 ku...kalau izzue islam itu dah menjadi kegilaan kalian, bagaimana pula dengan Nabi Yusuf yang diriwayatkan mempunyai rupa paras yang terlalu kacak sehingga melekakan para wanita sehingga tidak terkesan di hati mereka yang mereka sedang menghiris jari sendiri sehingga berdarah.

Owh..masha Allah mesti nabi Yusuf berganda-ganda lebih hensem.

Memiliki pasangan yang cantik..yang hensem memang menjadi dambaan kita..sememangnya kita manusia gemarkan yang cantik, yang indah..yang sedap di pandang mata. Tapi bikin sakit jiwa sebab susah nak jaga. Bimbang jadi perhatian, di intai orang ke3....Aduhai..

Allah dah tetapkan, orang yang baik akan bertemu dengan orang baik. Kalau hensem tapi perangai tak hensem pun tak guna juga...tambah lagi bengkak dada ! Aduhai lagi....

Cukuplah dengan apa yang saya ada kini..si dia biasa-biasa saja. Awal remaja kami, dia seperti 'Duta' s07. Kami tak pernah bergambar bersama di awal usia remaja, jadi saya melihat Duta S07 seperti saya melihat dia. Hahaha..kesian. Saya tak pasti bagaimana Duta yang original waktu ini, tapi 'duta' saya sihat walafiat bahkan semakin sihat jauh berbeza dari penampilan awal remajanya.

Yang biasa-biasa ni pun susah nak jaga...apatah lagi kalau dapat pasangan yang hensem macam Izzue Islam tu. Erk..sakitnya dada. Anyway, hati sendiri-sendiri mau jaga.

Jun 4, 2013

Day 15th - Ber'5 jalan-jalan di Tesco