Tambah lagi cerita izzue bila mamat ni dah nikah on early june. *cant recall the date. Itu pun sebab tengok melodi....blog walking dekat blog2 hiburan - bersepah2 komen anak-anak dara kita yang kempunan nak dapatkan cinta izzue islam ni.
Saya tengok muka izzue islam ni...cute dengan rambut pendek itu. Yup...cant deny. Kamu benar wahai adik2 ku...kalau izzue islam itu dah menjadi kegilaan kalian, bagaimana pula dengan Nabi Yusuf yang diriwayatkan mempunyai rupa paras yang terlalu kacak sehingga melekakan para wanita sehingga tidak terkesan di hati mereka yang mereka sedang menghiris jari sendiri sehingga berdarah.
Owh..masha Allah mesti nabi Yusuf berganda-ganda lebih hensem.
Memiliki pasangan yang cantik..yang hensem memang menjadi dambaan kita..sememangnya kita manusia gemarkan yang cantik, yang indah..yang sedap di pandang mata. Tapi bikin sakit jiwa sebab susah nak jaga. Bimbang jadi perhatian, di intai orang ke3....Aduhai..
Allah dah tetapkan, orang yang baik akan bertemu dengan orang baik. Kalau hensem tapi perangai tak hensem pun tak guna juga...tambah lagi bengkak dada ! Aduhai lagi....
Cukuplah dengan apa yang saya ada kini..si dia biasa-biasa saja. Awal remaja kami, dia seperti 'Duta' s07. Kami tak pernah bergambar bersama di awal usia remaja, jadi saya melihat Duta S07 seperti saya melihat dia. Hahaha..kesian. Saya tak pasti bagaimana Duta yang original waktu ini, tapi 'duta' saya sihat walafiat bahkan semakin sihat jauh berbeza dari penampilan awal remajanya.
Yang biasa-biasa ni pun susah nak jaga...apatah lagi kalau dapat pasangan yang hensem macam Izzue Islam tu. Erk..sakitnya dada. Anyway, hati sendiri-sendiri mau jaga.
1 comments :
haha..betul tuh Ain..Izzue Islam ni mmg hensem..teringat jugak mcm mana rupa nabi Allah Yusuff...mesti tak tergambar kehemsemannya...Allah dh aturkan jodoh kita, setiap manusia ada kecantikan sendiri..hargailah..kerana Allah yg mencipta kita kan??sgt sempurna ciptaanNya..so kita sama2 bersyukur... :)
Post a Comment