Feb 26, 2013

Mengapa perlu bersedih

Mari mulakan hari dengan Bismillah - semoga hari ni jadi lebih baik buat saya dan pari-pari taman saya. Seperti Shasha Bell saya....dia bangun awal hari ni. Dia senyum dan bangun sendiri. Pintanya awal pagi ni saya tunaikan seperti biasa - utk menonton kartun.

Saya bersiap2 seperti biasa, pening kepala semalam masih bersisa...sakit belakang pun dah mula terasa. Tapi saya ok je melayan Sophie yang manja tu...pantang saya bergerak sikit, mulalah minta di dukung. Si kecil saya yang di dalam sana pun dah pandai buat laku - rasanya baby 'N' buat aksi gimrama dalam air amnion tu yer? Sesekali saya tersentak dan memberi ruang...agaknya tak cukup ruang buat baby 'N nak buat kuak lentang.

Cerita saya tentang Shasha, sejak Khamis lepas (21 Feb), shasha tak lagi menangis di depan pintu sekolah. As a mommy, dah tentulah saya gembira - dan hari ni (26 Feb), saya bertambah gembira lagi  bila dia bangun sendiri menyambut tangan saya utk ke bilik mandi. Masha Allah, sukanya hati saya melihat shasha yang positif macam ni.

Bagi orang lain, ini hanya perkara kecil tapi bagi saya yang bergelumang dengan tangis shasha setiap pagi dari Isnin - Jumaat adalah menjerihkan. Lebih2 lagi bila saya sendirian...syukur, Allah permudahkan lagi urusan saya d saat saya perlu kuat diri demi diri sendiri pula. (Engkau Maha Memahami ya Allah - terima kasih !)

Semalam, tika saya duduk dengan fikiran kosong..pari-pari yang kecil tetiba terkedek-kedek datang kepada saya sambil mumbling "mamaa....mamaaa...mamaaaa". hehe...sophie panggil saya 'mama'. Dah puas ajar panggil mommy tapi dia masih kecil utk menyebut 2 suku kata yang berbeza bunyi. Pinta nya yang mudah utk saya fahami "nak tutu". (= nak susu)

Huh...?? Sophie saya yang 1thn 5 bulan mula menuturkan ayat pertama. Yes, ayat pertama !!!!! kepada saya. Again, saya gembira melihat pari-pari saya yang cukup menyenangkan hati saya. Allah berikan kita kegembiraan lain demi menutup satu hal kesedihan lain.

Mengapa perlu bersedih kalau ia hanya perkara yang sia-sia ? Hari ni saya belajar sesuatu - rindu cinta dan kasih sayang hanya akan melemaskan seseorang.

Mengapa perlu bersedih ? Hidup adalah pilihan...dan saya pilih utk kekal gembira dengan pari-pari saya. Saya mulakan hari dengan bismillah, adapun titik airmata yang jatuh hanya kerana satu perkara yang sia-sia......saya masih meletakkan ia dalam satu sudut hati saya. kini saya faham, mengapa pilihan tak selari dengan apa yang di kehendaki.




Feb 25, 2013

It's hard to be strong while u can't

Bukan nak mengada-ngada, jauh sekali nak harap simpati tapi saya berharap sangat ada yang sudi memahami. Cukuplah bertanya khabar saya di sini. Apa yang saya ada dalam hati...saya benam jauh ke dalam. Tak mahu terungkit...biarlah saja terpendam.

Malam makin larut. Saya melihat trafic light nye masih menyala - tapi dia tak mencari saya. Hanya ada saya...yang memandang namanya sama seperti memandang orangnya. Jauh.....kali ni benar2 jauh.

Well baby dearie, if u forgot to ask..how am i doing so far...i just doin' fine.
Saya abaikan sakit belakang. Tak mengapa.....saya masih boleh bangun dan bergerak melayan pari-pari taman kita. I'm dealing well with my sore throat - saya banyak menjerit..marahkan sophie yang suka memukul kakak. Sesekali shasha datang kepada saya mengadu..dengan muka di penuhi rintik2 susu. Rupanya sophie campak botol susu tepat ke muka kakak. I'm having fun with my lil baby inside - dah mula bergerak2 ganas. Mungkin saya buat dia tak selesa. Maafkan mommy sayang...lupa kamu di dalam. Mommy leka menguruskan yr big sisters out here.

Maafkan saya sayang. Tak mahu menyusahkan hati kamu di sana. Tahu kamu lebih penat dari saya...lantas kamu tdo awal tanpa mempedulikan sms saya. Ya...saya faham. Maafkan saya sayang, kalau saya mengadu hal2 yang bukan-bukan. Bukan saya mengharapkan bantuan ..tau kamu tak mungkin terbang sepantas kilat demi saya...ya, saya faham.

How i wish..kamu faham. Saya rindukan kamu. How i wish u know how i felt. Saya tak salahkan kamu, mungkin saya yang mengada-ngada lantaran paras hormon luar dari biasa. How i wish u know how much i miss u...when u near..much more stronger when u not here. Tapi saya faham...kamu lebih sibuk di sana. Maafkan saya kerana terlalu rindu. How i wish u miss me the way i do...

Thanks to mr Rat that made me crying the whole nite. Thanks to mr.cockroaches that made me shouting like hell in middle of the nite. you're not a factor to me !

Feb 14, 2013

Hey, i love my husband ! I bet u too..

Cerita mak, marriage is like gambling. Chewah...mak cakap omputih ?? Mak sekolah omputih ..so sesekali layan laa cakap omputih dengan mak. Abah sekolah melayu..selalu je kalah ngn mak. Tapi sekolah melayu pun ok ape. Kalau cakap dengan abah, mesti dengan nahu yang betul...selalu jek kena bebel dengan abah bila kami adik beradik guna slanga muda-mudi. Abah....cakap ikut kamus. Serious !!!

Berbalik pada cerita asal, perkahwinan adalah penyatuan dua hati. Yang bercinta..bukan hanya dalam erti kasih sayang tapi juga mengenal hati budi, saling melengkapi. Orang selalu kata, orang yang baik hanya utk orang yang baik. (does it means org jahat akan bertemu jodoh dengn orang yang jahat juga ? ) wallahualam. Jelasnya, perkenalan setahun dua bahkan 10 tahun sekalipun tak mungkin menemukan kita dengan warna sebenar pasangan kita. Dengan perkahwinan laa, kite kenal siapa dia. Apa kegemarannya, apa yang menjadi kebenciannya.

Kalau kita api, biarlah si dia airnya. Tapi bila masa dia menjadi apinya...janganlah kita menjadi minyak menambah marak dalam bara sesuatu isu. Saya belajar banyak dari pengalaman orang2 tua....dari pengamatan saya sendiri. Dah suami saya selalu memberi pandangan dari sudut fikirannya. Kami muda..yup, kami muda. Tapi pengalaman mematangkan kami.

Usia perkahwinan yang mencecah 34tahun tak cukup mematangkan hati dan fikiran seorang WANITA. Satu masa yang cukup lama. Saya berfikir..kenapa begitu..? Bukankah dia seharusnya lebih tau ? Saya pelik tapi saya tak berupaya memberikan apa juga nasihat. Coz i'm still consider young, just 6 years in marriage life.

6 tahun yang penuh warna warni...penuh dugaan, penuh cabaran tapi sering saja di selang seli dengan kasih sayang...kecintaan antara kami. Di hiasi pula dengan pari-pari taman kami. Biar lara hati setinggi langit pun, saya memilih berdiam diri. Menghisab diri sendiri....meratap sembah pada Allah, bantulah pulihkan hubungan itu. Menerima takdir, qada' dan qadar adalah wajib....jika itu ketentuan Allah. Pasrah pula satu hal yang lain. Jika sesuatu perkara merumitkan keadaan, janganlah berpasrah sahaja tanpa berusaha untuk memulihkannya.

Tak berdosa kalau kita mengalah...tak salah pun beralah. Kita kalah di satu sudut, tapi kita bakal menang dalam semua keadaaan kelak.

Hey, i love my husband ! I bet u too..

Jangan fikir lelaki gagah yang kita lihat setiap hari tu tak pernah lemah. Dia juga manusia....kalau kita nak di belai nak di manja, Huh...dia pun macam tu juga. Tetapi, bila usia perkahwinan menginjak setahun..dah ada anak....kemesraan, kemanjaan terasing jauh dari kehidupan suami isteri. Setiap hari bekerja, weekend meluang masa demi anak-anak...dan mengulang rutin yang sama. Tak nampak masa yang kita sisihkan istimewa buat si dia. Yang saya baca, dia juga nak di manja-manja (macam anak-anak kita tu)

Alahai...abang besar, camane saya nk timang awak tinggi-tinggi macam saya timang Sophie. Macamana saya nk pujuk awak dengan lolipop macam saya pujuk Shasha sedangkan awak boleh beli lebih dari sejuta lolipop dalam dunia. Tapi awak tau saya sayang awak kan... ?

Cinta sukar di ucap...bahkan kekok nak di ungkap dalam perbuatan. Susunlah langkah sebaiknya....satu dua tiga. Saya selalu fikirkan dia sebagai kekasih saya,.....teman lelaki masa bujang dulu. Kita nk tunjuk yang baik-baik saja, nak layan dia pun lemah lembut jer. Jalan pimpin tangan, minum dari straw yang sama...suka berkongsi makanan.

My baby dearie....nak tak awak kembali menjadi kekasih saya ? Aiseh, tetiba rindu !!!!



Hanya kerana terlalu sayang



Feb 7, 2013

Salah siapa

Been bless by the rahmah from Allah swt ....dengan kehidupan bersama orang2 yang dsayangi, dengan dberikan kesihatan yang baik, dengan rezeki yang tak putus-putus..bahkan dengan dugaan yang menyedarkan saya dengan takdir dan ketentuan Allah, maka kembali berserah dan menerima dengan seadanya.

Untunglah babah shasha dan sophie kerana kali ini, dia bakal di cintai oleh seorang lagi pari-pari kecil. Haish bertambah gamat laa dengan tawa dan tangis seorang anak kecil perempuan. Sekali lagi menjadi cinta pertama kepada seorang anak kecil. Haish..untung laa babah....bila pula agaknya turn mommy menjadi cinta pertama ?

Orang kata cinta pertama tu laa cinta agung. Ye ker..? Salah tu dik, cinta kepada Allah adalah cinta agung. Mencintai Allah dan rasul menjadikan kita insan yang kaya dengan nilai2 kebaikan. Mencintai sesama manusia satu hal yang lain pula. Cinta saya kepada yang sorang ni tak tertakrif rasanya. Menjadi isterinya adalah perkara terbaik berlaku dalam hidup saya. Apa yang berlaku dari awal perkahwinan sehingga hari ni...anggap saja dugaan Allah. Dugaan Allah tanda Dia sayang...Dia tau kalau asik hepi je..lupa nk ingat tuhan kan. Dah merengek sana sini....habis tisu berkotak2 kesat airmata..baru kita mencari Allah melepas keluh resah. Owh....jangan kata saya jer....awak pun sama !

Sesekali saya mendengus marah, ye laaa..tak larat rasanya nak bawak badan...then nk bawak perut plak plus nk dukung plak budak 10kg skali. Haduyai...saya merengek letih tapi sendirian...dengan siapa lah saya nk mengadu. Saya tengok hp..senyap jek. Hampir tengah malam baru si dia sms...katanya dia sakit dada. Sigh !! saya kat sini..saban saat dari jam 7pm tadi...sakit kepala je. Yang besar....tak cukup besar..masih buat perangai budak kecik. Yang kecik dah tentu lah kecik....mmg tak tau ape-ape.

Saya diam...menghela nafas paling panjang. Tak sepatutnya saya marah pada pari-pari taman saya. Mereka hanya anak kecil...mereka kan anugerah Allah. Beruntungnya saya menjadi salah seorang penjaga amanah Allah. Insha Allah, mereka berdua lah yang saya harapkan mengirim doa bilamana saya dah tiada di  dunia ni kelak.

oklah..tak boleh marah pada pari2 taman saya Shasha dan Sophie. So..saya nk salahkan sape ? Rama2 kecik dalam perut saya ni..? Baru 6 bulan dah pandai tunjuk perasaan. Sibuknye saya di pejabat membuat saya terlupa sejenak yang saya mengendong bayi dalam perut. Dan sering saja si kecil ni mengingatkan saya dengan tendangan kecilnya. owh..baik baik...tersepit ek..? Mommy bsandar skang ok..?

Argh...tak boleh salahkan si kecil saya...so nak salahkan babahnye pula. Huh...mmg sah salah dia !! Kalau bukan salah dia...takde laa saya keseorangan di rumah ni berperang dengan pari-pari yang tak reti bahasa. Huwaa...stress nyer !! Tapi si dia sering saja kata...dia keluar bekerja demi mencari nafkah buat kami sekeluarga. Oh ya kan...kalau tak kerja, mane plak nak dapat sumber beli itu ini, bayar itu ini.

Kembali menghela nafas panjang. Hidup harus terus walau sesukar mana pun. Setakat bawa perut dan menguruskan 2 pari-pari kecil bukan lah perkara besar pun. Dah selesai menjadi pekerja pejabat - automatik bertukar !!! menjadi mommy dari jam 7pm sehinggalah rutin esok harinya bermula sekali lagi.

Penat. Tipulah kalau saya kata saya ok je...x penat pun. Mula kehilangan nafas...dan saya mencongak perjalanan saya kali ini...ada 3 bulan lagi. Hmm...3 bulan yang panjang itu dan saya mula berperang antara nafas, tenaga dan masa.

Moga semuanya selamat sehingga tiba masanya. Amin....