Sep 19, 2010

shasha the car wash girl...(but i wash my daddy's scooter actually)










Ceritera si kecil shasha yg bermain sabun sehingga kecut jari mungilnya itu. lebih banyak menyibuk dari membantu...babah sekadar membiarkan saja. Sehinggalah langit kian redup, si kecil lencun itu dah mula menguap but still.................

akhirnya, mission accomplish. 1 scooter and 1 car has been washed. babah got his car & scooter new look but shasha get wet.

finally, little tiry girl get her sleep in 1 second.

sabtu permai

Sabtu yg permai hari ni, kemas kemas kemas. lepas tu nongkrong tivi cerita seram, thriller pastu seram balik. adnan sempit ngan backom sillih berganti atas demand si kecik shasha. lewat malam, guruh berbunyik..

tengah malam dah nie...hujan daaa.

Sep 16, 2010

raya ke-6 @ Melaka

perjalanan bermula lewat petang semalam ke melaka...menjenguk nenda kepada babah shasha yang khabarnya tidak sehat. d rumah mak tam, nenda cuma terbaring lesu..sesekali terdengar atok terbatok dalam kudrat yg kian lesu. lemah sehingga jalan pun perlu berpapah. kesian atok...matanya kini tak mampu melihat, sekadar suara kami yg menyapa atok memperkenalkan diri. puas di rabanya muka shasha, dapatkah atok melihat wajah shasha dari sentuhan listriknya...?

aku tinggalkan atuk sementara, destinasi ke rumah makngah pula. berjalan raya meneman shasha kumpul duit raya. catch up 1 year updates tentang cucu sulung makngah yg boleh tahan ganasnya tapi shasha lebih pantas. bila tangan muzaffar hampir menepuk muka shasha, tangan shasha da sampai dulu ke bahu muzaffar. kesian si kecil umur setahun tu, xpasal da kena lepuk dengan shasha yg memang terkenal dengan garangnya. aku sedikit larat bilamana shasha dengan lagak sombongnya. huh....wat to do...?

Sep 13, 2010

dah raya ke-4

saat blog ini d update, syawal dah menginjak hari ke-4. begitu cepat masa berlalu.....semakin hampir waktu kerja aku. huhuhuh....kamis. still long way to go...tatkala org lain da mula pack barang utk pulang semula ke kota, aku pula berkira2 hendak jalan raya ke mana. kengkawan sumer nyer sudah pulang ke sarang..ada yg siap update status katanya jadi penunggu setia opis kerana hanya dia yg bekerja.


hmm....hari ni da syawal ke-4. raya pertama dah sibuk beraya hingga ke port dickson. tak lupa pusara nenda. sayu dhati bondaku kala pusara itu kami ziarahi, hanya yasin sebagai buah tangan tanda ingatan. damailah nenda dsana, moga aman berteman org2 yg beriman serta solih dan solihah. nyata kami sudah terlalu lama melupakan nenda, pusaramu terlalu hampir denganku tapi kaki ku tak pernah terarah ke sana. Maafkan aku nenda..namun aku tetap mengenangmu dalam setiap kenangan kita bersama. bercerita tentangmu pada menantu cucumu, buat airmataku hampir mengalir. puas aku menahan kolam air di bibir mata...rindu denganmu nenda tapi apakan daya...

*teringat tentangmu nenda, buat aku mengaitkan nenda dengan sebuah insiden. Org kata, d bulan ramadhan takde hantu...tapi roh-roh dlepaskan bebas. mungkin kerana itu mereka bisa menziarahi keluarga??? subuh hening itu, shasha tersedar dari tdur bila emak mengejutkan babah shasha dari tdur utk bersahur. entah kenapa shasha menangis ketakutan...seakan ada sesuatu yg menakutkan shasha dari arah belakangnya. aku..? sedaya upaya memujuk shasha ...tiba2 ingatan kepada nenda. mungkinkah diwaktu subuh hening itu nenda sedang memerhatikan aku dan shasha. cicit yang tak pernah dtemukan dulu. hanya aku dalam hidup nenda sebagai cucu perempuan ...kini ada pula cicit perempuan. aku sayangkan nenda tapi aku tak mampu menahan rasa seramku. maafkan aku nenda....aku melangkah pergi meninggalkan sudut gelap itu. dmeja makan aku berteleku...memikir tentang nenda.

syawal kedua - bermula pula tour ke pahang demi abah. kali ini sesi ziarah family abah pula. happy benar abah bila semua anak2nya ada bersama....dapat pula menayangkan cucu kesayangan abah. hampir jam 3 petang...abang fakhri meneruskan perjalanan ke kelantan. aku dan yg lain2 terus saja ke rumah nenda pahang pula. sehingga malam, aku catch up sebanyak yg mungkin status terbaru sepupu sepapat ku. amik id facebook, ape lagi....kasi add laaa....

syawal ke-3, aku dan family duduk drumah saja. nothing much..sesekali ada sekumpulan budak kecil buat hati aku panas. nasib baik ada abah yang mood kasi layan. kasi duit raya terus blah. huh!!!

syawal ke4..aku balik umah mentua.......dan skang masih lepak drumah mentua sambil mengupdate blog. still nothing much to say....hmmmmmmmmm

Sep 1, 2010

tak sabar lagi....cepat laa nk cuti

hi..dah lama benar tak menaip di ruang sempit ini. Salam ramadhan pada yang membaca, maafkan kerana aku punya masa yang terlalu sedikit tiap hari. beban kerja yg semakin menyesakkan kepala, kepeningan pula jadi bahan mainan tiap masa. yup!! aku exhausted....setiap jumaat aku pasti lembik. kalah org keje buruh..haha.

Anyway..salam lebaran pada yg membaca. Ramadhan kian sampai ke penghujungnya. cuti hujung minggu lepas aku habiskan dengan biskut raya. amil kesempatan dari cuti umum hari jumaat hinggalah ahadnya. Isnin aku kembali kerja..dan cuti semula. Tapi aku x mampu nk memecahkan walau sebijik telur. Demam selesema kerana tak cukup tidur, pening kepala bagai tak cukup o2...but still, aku bangun terlalu awal utk reply email, sending required email to vendor. Huh..kerja harus terus walaupun dagu aku da terletak atas meja.

Bercerita tentang biskut raya, sakit pinggang sakit tumit aku nk menyiapkan demi mak, bonda, atok melaka dan ida(adik ipar). utk aku..? amik balance nya saja. penat tak terkata tapi hati puas tn kuih raya tersusun cantik dlam balang. coklat,hijau dan kuning....

semalam, hari merdeka mak bantu aku buat tat nenas. dapat juga penuhkan balang kuih mak dan bonda. sekali lagi..aku punye..?? xde pun. jerih rupanya buat tat nenas ni...bila doh da sedikit kering, rasa macam nk terkucil menekan acuan tat nenas tu. nak tak nak kena teruskan juga sebab dah bancuh 2 adunan. huh..hadapkan!!!!! but finally...mmg puas hati kerana hasrat menjayakan tat nenas itu jadi kenyataan. credit to my husband yg sudi menghabiskan masanya berdiri mengacau jem nenas dalam kuali. thanx dear...u help alot walaupun sekadar menyediakan paper cup dalam tray itu. hehehe....

sigh!...tak sabar menanti cuti aku bermula. tak sabar nk beraya dengan mak dan abah..bukan nya aku duduk jauh tapi tahun ni..bermulalah episod abah sebagai warga org bersara. katanya nk bakar lemang tahun ni...wargh!!! meriah...almaklum lah, ni tahun pertama abah nk bakar lemang. tambah pula abah dah siap baju melayu baru yg dbeli oleh menantunya. hmmm...gempak abah tahun nie.

tak sabar..tak sabar.............

Hingga tengahari...cuti ku masih seperti org bekerja. So aku memutuska utk sign off semuanya. sekarang nk berehat pula....huhuhu.