Sep 1, 2010

tak sabar lagi....cepat laa nk cuti

hi..dah lama benar tak menaip di ruang sempit ini. Salam ramadhan pada yang membaca, maafkan kerana aku punya masa yang terlalu sedikit tiap hari. beban kerja yg semakin menyesakkan kepala, kepeningan pula jadi bahan mainan tiap masa. yup!! aku exhausted....setiap jumaat aku pasti lembik. kalah org keje buruh..haha.

Anyway..salam lebaran pada yg membaca. Ramadhan kian sampai ke penghujungnya. cuti hujung minggu lepas aku habiskan dengan biskut raya. amil kesempatan dari cuti umum hari jumaat hinggalah ahadnya. Isnin aku kembali kerja..dan cuti semula. Tapi aku x mampu nk memecahkan walau sebijik telur. Demam selesema kerana tak cukup tidur, pening kepala bagai tak cukup o2...but still, aku bangun terlalu awal utk reply email, sending required email to vendor. Huh..kerja harus terus walaupun dagu aku da terletak atas meja.

Bercerita tentang biskut raya, sakit pinggang sakit tumit aku nk menyiapkan demi mak, bonda, atok melaka dan ida(adik ipar). utk aku..? amik balance nya saja. penat tak terkata tapi hati puas tn kuih raya tersusun cantik dlam balang. coklat,hijau dan kuning....

semalam, hari merdeka mak bantu aku buat tat nenas. dapat juga penuhkan balang kuih mak dan bonda. sekali lagi..aku punye..?? xde pun. jerih rupanya buat tat nenas ni...bila doh da sedikit kering, rasa macam nk terkucil menekan acuan tat nenas tu. nak tak nak kena teruskan juga sebab dah bancuh 2 adunan. huh..hadapkan!!!!! but finally...mmg puas hati kerana hasrat menjayakan tat nenas itu jadi kenyataan. credit to my husband yg sudi menghabiskan masanya berdiri mengacau jem nenas dalam kuali. thanx dear...u help alot walaupun sekadar menyediakan paper cup dalam tray itu. hehehe....

sigh!...tak sabar menanti cuti aku bermula. tak sabar nk beraya dengan mak dan abah..bukan nya aku duduk jauh tapi tahun ni..bermulalah episod abah sebagai warga org bersara. katanya nk bakar lemang tahun ni...wargh!!! meriah...almaklum lah, ni tahun pertama abah nk bakar lemang. tambah pula abah dah siap baju melayu baru yg dbeli oleh menantunya. hmmm...gempak abah tahun nie.

tak sabar..tak sabar.............

Hingga tengahari...cuti ku masih seperti org bekerja. So aku memutuska utk sign off semuanya. sekarang nk berehat pula....huhuhu.

0 comments :