saat blog ini d update, syawal dah menginjak hari ke-4. begitu cepat masa berlalu.....semakin hampir waktu kerja aku. huhuhuh....kamis. still long way to go...tatkala org lain da mula pack barang utk pulang semula ke kota, aku pula berkira2 hendak jalan raya ke mana. kengkawan sumer nyer sudah pulang ke sarang..ada yg siap update status katanya jadi penunggu setia opis kerana hanya dia yg bekerja.
hmm....hari ni da syawal ke-4. raya pertama dah sibuk beraya hingga ke port dickson. tak lupa pusara nenda. sayu dhati bondaku kala pusara itu kami ziarahi, hanya yasin sebagai buah tangan tanda ingatan. damailah nenda dsana, moga aman berteman org2 yg beriman serta solih dan solihah. nyata kami sudah terlalu lama melupakan nenda, pusaramu terlalu hampir denganku tapi kaki ku tak pernah terarah ke sana. Maafkan aku nenda..namun aku tetap mengenangmu dalam setiap kenangan kita bersama. bercerita tentangmu pada menantu cucumu, buat airmataku hampir mengalir. puas aku menahan kolam air di bibir mata...rindu denganmu nenda tapi apakan daya...
*teringat tentangmu nenda, buat aku mengaitkan nenda dengan sebuah insiden. Org kata, d bulan ramadhan takde hantu...tapi roh-roh dlepaskan bebas. mungkin kerana itu mereka bisa menziarahi keluarga??? subuh hening itu, shasha tersedar dari tdur bila emak mengejutkan babah shasha dari tdur utk bersahur. entah kenapa shasha menangis ketakutan...seakan ada sesuatu yg menakutkan shasha dari arah belakangnya. aku..? sedaya upaya memujuk shasha ...tiba2 ingatan kepada nenda. mungkinkah diwaktu subuh hening itu nenda sedang memerhatikan aku dan shasha. cicit yang tak pernah dtemukan dulu. hanya aku dalam hidup nenda sebagai cucu perempuan ...kini ada pula cicit perempuan. aku sayangkan nenda tapi aku tak mampu menahan rasa seramku. maafkan aku nenda....aku melangkah pergi meninggalkan sudut gelap itu. dmeja makan aku berteleku...memikir tentang nenda.
syawal kedua - bermula pula tour ke pahang demi abah. kali ini sesi ziarah family abah pula. happy benar abah bila semua anak2nya ada bersama....dapat pula menayangkan cucu kesayangan abah. hampir jam 3 petang...abang fakhri meneruskan perjalanan ke kelantan. aku dan yg lain2 terus saja ke rumah nenda pahang pula. sehingga malam, aku catch up sebanyak yg mungkin status terbaru sepupu sepapat ku. amik id facebook, ape lagi....kasi add laaa....
syawal ke-3, aku dan family duduk drumah saja. nothing much..sesekali ada sekumpulan budak kecil buat hati aku panas. nasib baik ada abah yang mood kasi layan. kasi duit raya terus blah. huh!!!
syawal ke4..aku balik umah mentua.......dan skang masih lepak drumah mentua sambil mengupdate blog. still nothing much to say....hmmmmmmmmm
0 comments :
Post a Comment