*********************************
Berkali-kali saya membelek buku La Tahzan. Pernah dulu saya terlalu bencikan buku tu...tak faham..tak mengerti...tak tau apa pun. Mana mungkin dengan bacaan itu mampu relaikan kusut jiwa saya. Saya pernah membentak marah...tak mahu membaca walau sepotong ayat pun. Rasanya ia mencabar kesabaran saya...menambah kebencian saya. Menidakkan rasa tidak puas hati saya. Menafikan kesedihan saya.
Namun lewat beberapa hari lalu...saya kembali membelek buku yang sama. 2 unit yang saya biarkan sepi tanpa pembaca. Hati kembali hiba. Benarlah apa yang mereka kata...marah punca segala keburukan..punca segala dengki dan dendam, Maka saya berdiam...dan redha.
Terdetik rasa hati..mengapa mereka tak seperti saya..mengapa mereka tak kasihankan saya..mengapa mereka tak cuba memahami kesusahan saya? Sedih...tapi Allah kan ada. Kasihan melihat babah shasha, sophie dan nadaa bergegas ke sana sini demi kami. Hati siapa tak sedih...melihat dia keletihan. Sungguh...orang lain takkan faham..tak sama dengan kami yang merasa.
Saya melihat jula-juli di depan mata, dah cukup menggembirakan saya. Walaupun saya tetap menjadi marah..sebagai bonda kepada mereka bertiga - tika mereka tak mahu mandi...tak mahu makan...tak mahu mengemas alat mainan...tumpahkan susu...main bedak..malah bergaduh sesama sendiri. Saya marah..kerana saya menjaga mereka. Tika saya teringat kata-kata seorang profesor "Ibu yang sentiasa marah anak sedang meracun jiwa anak-anak. Bersedia menerima masalah di masa akan datang"
Maaf, mungkin profesor tak penat bekerja seperti saya....mungkin profesor tak perlu memasak utk makan malam usai bekerja di pejabat. Mungkin profesor tak punya anak kecil 3 orang yang berderet macam saya. Yup...ini baru 3. Tapi ada bonda-bonda lain d luar sana..umur masih muda...32tahun punya anak 6 sudah ada darah tinggi. Mana mungkin bersabar melihat rumah tunggang terbalik..mana mungkin mbiarkan saja melihat berantakan..bergaduh bertarik rambut. Mana mungkin kami bersabar...dan terus saja amarah itu datang.
Saya marah kerana saya mendidik anak-anak saya. Saya marah kerana saya tak mahu mereka bermasalah di masa akan datang. Tapi marah-marah saya tiada sekelumit keburukan pun - segalanya demi kasih sayang.
La-tahzan.
(Bersabar...) bukan tak mencuba untuk bersabar...tapi anak-anak sering saja menduga kesabaran. Marah saya tak mendatangkan keburukan kepada anak-anak saya. Jadi, biarlah saya marah dengan cara saya !
Hingga sampai satu masa, di mana saya perlu melepaskan mereka pergi bersama tanggungjawab saya kepada org lain, saya yakin mereka masih menjadi anak-anak saya. Sama seperti saya dan emak saya.
Lama saya berfikir, mentelah lagi saya punya 3 anak perempuan. Saya cuma mahu mereka bahagia...sama seperti saya bahagia dengan babah mereka.
Cuma rentetan kisah-kisah di sekeliling saya buat saya tak senang. Jodoh itu sendiri adalah rahsia Allah..malah rezeki itu sendiri datang dari Allah. Cuma restu yang di harap menjadi tangkal kebahgian yang ingin dcipta bersama. Jika kerana rezeki yang tak pasti dari masa yang akan datang itu yang ingin di persoalkan...maka saya menarik diri dari perhitungan. Mungkin hukuman tanpa perbicaraan lebih baik dari restu dan doa. (kerana dia lebih dulu makan garam)
Saya biarkan kisah itu berlalu pergi, dengan harapan ada sinar di hujung sana. Sama seperti kisah saya dan babah jula-juli saya suatu ketika dulu. Laluan menuju bahagia ini tidak mudah...dan takkan pernah menjadi senang. Dan saya lebih menghargai setiap hari-hari yang di berikan buat saya.
Untuk emak dan abah....untuk suami tercinta....untuk Allah yg tak pernah putus mengurniakan rezeki kesedaran dalam diri ini. Moga saya sentiasa di rahmati..menjadi kakak yang menjaga. menjadi isteri yang sntiasa mencintai, menjadi bonda yang selalu menyayangi...dan hamba-Mu yang mengingati.
Syukran....marah bukan erti tak sayang. Sabar itu ada habuannya. Maka bertabahlah sayang....moga ada jalan buat semua kekusutan.
0 comments :
Post a Comment