Hampir 31tahun melewati urusan dunia..hari ni aku terpanggil sekali lagi berbicara hal kawan2. Aku bangga punya kawan yang prihatin, yang memahami...yang sanggup susah senang dengan aku. Tapi sampai skang aku tak jumpe kawan yang sanggup menangis kerana aku. Most of the time, i'm crying to my self. Bila aku terasa sangat lelah dengan urusan kerja, aku berlari dalam dakap org yang aku cinta. Saat itu semua kata2nya bagaikan tak memahami perit yang aku rasa...tapi dia berkata demi kami sekeluarga. Bukan mengikut rasa.
Tika aku terasa sangat lelah kerana dilema keluarga...aku berlari dalam dakap orang yang aku cinta. Sekali lagi dia memujuk dengan ayat perlahan minta aku bertahan. Semua akan kembali pulih seperti sediakala..tak perlu risau kerana ada dia bersama.Tika aku lelah kerana hal kawan yang menyentap perasaan, dia rasa terhina. Aku menangis hiba.
Tak mudah melayan kawan yang bermacam ragam...yang macam bagus. yang macam pandai dan macam hebat. Tapi sebenarnya tak punya apa2. Tak cukup berjaya utk dijadikan panduan atau kaunter pertanyaan.
Pada kawan2 yang aku sayangi..Jadilah kawan kepada aku. Cukup hanya kawan kerana yang tidak berlebih2 itu adalah yang lebih baik buat aku.
0 comments :
Post a Comment