Saya kira, ibadah kite sebagai isteri menyayangi, mencintai dan mengasihi suami yang kita kahwini. Lebih2 lagi si dia menjadi tunggak keluarga - menjaga dan melindungi serta mencari rezeki demi keperluan di dunia ni.
Ikutkan hati, saya tak perlukan duit jika hanya boleh hidup dengan cinta dan kasih sayang. Tapi semua perkara dalam dunia ni perlukan duit.(Sigh ...mengeluh lagi)
Kerja penat, kalau tak kerja lagi penat kot. Saya membayangkan jika saya boleh berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. For the time being, cuma adaptasikan kerja2 saya sebagai surirumah sepenuh masa pada hari ke miggu tu berlaku pada setiap hari. Pergh !! Penat nyer.
Baju yang basah tak sempat kering, kejap kang basuh kain. Kejap kang basuh pinggan. Kejap kang memasak. Mandikan anak-anak..kemas umah. Sidai kain..pastu tdokan anak...pastu pastu pastu.....tiba2 je da lewat petang. tak sempat nak mekap2 pun. Tak sempat nak smsmsmsms mak, kawan atau layan facebook. Tak sempat nak usha blog nk online shopping. Tak sempat nak amik gambar pakai hp then upload kat fb. Dah tentu, saya takkan ada masa nk update blog macam yang saya buat skang ni. owh...penatnya.
Berfikir tentangnya pun da penat, ape tah lagi kalau memang kena buat hari2. waaa...penat penat dan penat. Takpelah..saya pilih utk kerja lah. At least dapat juga bantu en suami (alasan !!!!) dapat juga pocket money sendiri ....(senang nk transfer mthly allowance kat mak abah, nk online shopping beli korean poplooks , nk beli kasut dan handbags dan macam2 lagi )
Biarpun sering di ingatkan en.suami..apa yang berlaku; yakni baik atau buruk telah di atur Tuhan. Kita harus redha dan menerima. Satu perkara menjadi seorang isteri - perlukan hati yang sangat kuat, bersih dan ikhlas, Bercakap dari pengalaman sendiri buatkan saya memahami hati kawan2 saya yang bersedih. Benar, bukan senang utk memaafkan dan seterusnya melupakan. Tapi biarlah masa yang merawatnya..sebab masa itu benar2 meredakan kesakitan, kepedihan. Dengan syarat, usah di kenang, usah di ungkit biarpun demi mencari teladan.
Walaupun hati saya kadang2 sakit..tapi saya mencari kebaikan dalam setiap hal yang boleh membahagiakn saya. Usah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana marahkan nyamuk, habis kelambu di bakar. Kerana...kerana..kerana....
Kebahagiaan bukan boleh di nikmati dalam masa yang singkat...perlukan pengorbanan..perlukan kesanggupan utk terus berusaha mencari kebahagiaan dalam kehidupan. Owh...saya teringat Prof. Dr Muhaya ada cakap.....dalam Semanis Kurma - TV9. "Dalam perkahwinan kita bukan mencari kebahagian tapi kita bawa kebahagiaan itu utk sama-sama di nikmati " Bagus kan...?
Since then, saya lebih relax. Positif thinking sentiasa menguasai minda saya.
Cerita yang di kongsi di facebook hari ni buat airmata saya bergenang. Sebak mudah saja datang. Tau ia akan datang jua satu hari nanti..dan saya perlu siapkan diri dengan ape jua keadaan. Tak kisahlah siapa jua yang di jemput Allah terlebih dulu, hanya satu impian saya - kekal menjadi kekasih hingga ke syurga.
Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu..
dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya..
dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."
membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."
membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"
membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"
selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu krna ksih syg Allah pd mu."
Tapi saya bukan ahli psikologi, bukan ahli ilmu, bukan doktor yang dapat beri cara demi mencapai ini semua. Biarpun saya berkongsi atas nilai seorang kawan...bukan semua boleh menerimanya. Pokok dek kau lah...kalau mahukan yang baik..akan hadirlah yang baik. Kalau sentiasa fikirkan negatif, akan hadir jua lah yang negatif itu. Jadi, sentiasalah kita bersangka baik. Sesama suami dan isteri, sesama ahli keluarga, sesama adik beradik, sesama kawan-kawan juga. Semoga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat-Nya.
0 comments :
Post a Comment