Oct 1, 2012

"Hey hantu...keluarlah kau..!! "

"Hi hantu..keluarlah kau..!!"  erk.....saya mengankat kepala..yang dari tadi tekun membaca akhbar "Shasha cakap ape...? tanya saya pada anak perempuan pertama saya ni. Lately banyak sangat cerita hantu yang dia tonton..lepas satu satu. Bukan ketakutan yang jadi topik tapi shasha buatnye seperti satu hiburan. Boleh pula minta nak tengok cerita hantu instead of cerita kartun. 

Adik sophie yang baru pandai tengok tv pun sama terkelip-kelip matanya - memandang image yang tak comey, tak cute, tak cantek dan tak warna-warni yang macam sophie tonton kat channel 613. "kartun ape ni mommy " mesti itu yang bermain2 dalam kepala otak sophie. Sian laa anak kecik saya ni...terkeliru antara kartun comey dengan yang tak comey. Nop...bukan 'tak' but i should say BURUK hokeh. Dengan rambut panjang, mata merah berdarah dan hitam...owh ! Imej yang sungguh tidak sihat untuk anak kecil saya. 

Way diff to shasha..saya tak pasti samada dia takut hantu atau tak. Orang tua kata, budak kecik kalau nanges tak tentu pasal tengah malam...maknanya ada yang mengganggu, Tak pun ada ternampak sesuatu yang mistik (yang kita tak nampak). Orang tua pun ada cakap, budak kecik mmg boleh nampak hantu sehinggalah mereka mencapai tahap pandai bercakap, maka hijab pun tercipta. Yang menjadi tirai, pendinding, penghalang kepada sesuatu yang lain. Tapi ada jugak yang istimewa..kekal memiliki keistimewaan melihat makhluk2 ghaib dia dunia. Istimewa ke kalau nampak hantu...? 

Back to shasha - she know the image of hantu. Menyeringai..dan menakutkan. She said "eii..takut..hantu. Mommy tengok tu !! " Tapi shasha tak pernah tutup mata....even she just been fine watching alone. Serious ! 

Sunday holiday, saya dan babah shasha menunaikan janji kepada shasha yang nak sangat main mini atv. Kami spent almost 30mins kat sana....saya dan adik sophie sekadar melihat dari bangku penonton. And the babah have to exercise a bit..walking beside shasha's mini atv.and shasha riding on her own. Sesekali shasha menjerit happy.."mommy tengok ni..shasha pandai !" sambil matanya sebuk memandang saya dan adik sophie, tangan shasha pula tak lagi meneraju handle. Terus langgar benteng tayar! Masa tu laa babah jadi life guard  - selamatkan shasha yang terkandas tak reti nak reverse. selepas 5,6 pusingan....shasha hanya riding di track luar...sedangkan ada track berbumbung. Lebih redup...

Selesai aktiviti shasha - babah berbisik pada saya. "shasha cakap ada hantu gelakkan dia...duduk kat bawah bumbung tu. " The reason y shasha taknak lalu bawah bumbung. Laa.....hantu pun pandai duduk bersantai petang-petang begitu gelakkan budak2 yang main mini atv kat situ. Hak hak hak...saya tak tau nak gelak ke nak rasa seram. For me and husband, hantu dan jadi permainan. Hantu ngn kucing sama level je kot...

Tapi last Saturday, saya tergugat juga dengan bunyi yang agak pelik. Masa tu dah jam 3am. Tengok movie seram omputih, yang paling critical masa 3.03am. Saya jeling jam dinding - GULP !! dah 3am pun. Bunyi macam mende menderam....mendengus...memang seram. Shasha yang masih berjaga melayan youtube, tetiba minta buatkan susu pula. aiseh...jadi seram pula nak ke dapur. Saya kejutkan en suami minta teman - juga minta dia teliti bunyi pelik yang masih kedengaran. Tapi dia kata tu hanya bunyi anjing jalanan. Laa ye ker..? lega hati saya..walaupun sedikit pelik coz x pernah dengar bunyi anjing melepak kat belakang rumah ni..tapi saya terima je akuan suami saya tu. 

Esoknya...en suami kata. Dia pun seram dengar bunyi tu tapi di sebabkan mengantok tahap maharaja, malas nk layan semangat ingin tahu saya tu. Cis...!! kalau dia cakap dia seram masa tu....sure saya da berlari keluar dari dapur. Masih sayup-sayur terdengar bunyi dengusan tu. Huhu...masa menaip pun terasa meremang bulu roma. Orang tua-tua kata.....kalau kita bercakap pasal benda halus ni....tetiba meremang bulu roma..maknanya betul laa dia ada kat situ. HUwaaaaaaaa.....

Tapi itu cuma malam tu saja...seterusnya saya tak dengar pula bunyi pelik2 walaupun saya berjaga hingga 5am. Harap2 saya tak dengar lagi lah bunyi yang macam tu..saya tak minat nak tengok atau terserempak benda2 yang tak cantek ni..so pls jauhkan diri dari saya k. Kalau shasha suka....mommy shasha tak suka hokeh!.

0 comments :