Mommy melangkah perlahan ke kereta..hujan kini renyai-renyai. Terasa jauh perjalanan ke medan letak kereta, hati tidak bernyanyi kecil..hanya memikirkan shasha dan sophie..dan apa menu kami ber3 malam nanti.
Mommy jemput shasha dan sophie....keduanya terlena sementara menanti mommy tiba. Seperti kelazimannya, barang2 anak mommy yang masuk kereta dulu. Bermula dengan beg pakaiannya, bakul susunya, walker sophienya....kemudiannya mendukung shasha dan akhir sekali si kecil mommy; sophie. Shasha moody, tak mahu salam nenek artis seperti biasa....sophie ? biasa2 saja....terserlah muka mengantuk anak mommy yang sorang ni.
Sampai saja d rumah...mommy baru saja letak sophie bermain2 di atas tilamnya...mommy keluar semula mengambil barang dan mommy terdengar shasha menjerit perlahan.."mommy, shasha basah !" Aduhai shasha, kenapa begini. Mommy sakit dada - menahan marah. mommy lap lantai dengan hati yang tertahan-tahan. Sophie hampir basah dek kakaknya....mommy mencari lagi kain utk mengelap...mommy geram tapi tak sampai hati nak marah...mommy mencari lagi kain utk mengelap...mommy tak tahan..menangis! (dalam bilik stor) . Terdengar suara shasha yang mencari..dan mommy hanya diam....Lelah sebentar, menguruskan 2 anak kecil ini...lelah di tempat kerja berganda dengan lelah di rumah begini. Tak sengaja....mommy merintih for babah.
Tika kamu depan mata, mommy hanya menitah apa yang perlu. Babah tak pernah bantah...demi shasha yang babah manjakan sangat tu...menguruskan sorang satu, dan mommy selesa menguruskan sophie yang kecil ni. Tapi bila babah tiada, mommy terasa benar tiada yang membantu. Shasha nak mandi..nak basuh kaki..nak susu....nak tengok kartun..nak makan...nak bisik beritahu sesuatu..nak cerita apa yang dia tengok di tv..semuanya kepada mommy. Sophie nak makan, nak cuci bontot...nak susu...nak dukung...semuanya pada mommy. mommy tak sempat duduk lagi. Tangan yang basah tak sempat kering, dan mommy dah bermula dengan task seterusnya, Mommy masih dengan office attire...tanpa sedar, tangan yang basah tu mommy lap saja pada kemeja. Owh......
2.30am..mommy baru saja selesai mandi. Sophie baru lena sejam yang lalu..dan shasha ? masih setia dengan siri kartun di "disney junior' channel 613. shasha yang kecil ni bertanya "nape tak tdo lagi tuh" mommy hanya jawab perlahan.."kejap...." Mommy pun nk tanya shasha soalan yang sama..tapi tak mampu nak tanya dah. Mommy mengantuk laa sayang...jom tdo !
Gudnite babah...u're not sending me last sms for gudnite today. assuming kamu dah lena tdo ketika ini....dan saya masih menaip bait2 terakhir nukilan saya yang rebah di sofa lama kita. I'm done for today.
salam sayang;
ainnLee
~shah alam~
0 comments :
Post a Comment