Apr 24, 2013

Kita semua sama

Sana sini orang bicara pasal politik..di facebook..di twitter...di blog. Di buletin utama..di Awani...di akhbar2 utama..di mana-mana saja lah. Tak sabar tunggu Election Day, dah penat dan muak melayan drama2 yang tak kunjung sudah. Perlukah mengambil tahu hal politik? Untuk wanita seperti saya..mengulit anak kecil, basah kain batik dek menguruskan kain baju yang melambak..yang penting politik anda tak mengganggu ketenteraman hidup saya anak-beranak.

Saya tengok buletin utama - confirm saja tarikh mengundi...cnfirm saja tarikh penamaan calon, di buletin utama hampir setengah jam membuang masa hanya sekadar nk bgtau sape calon yang akan bertanding di tempat sekian-sekian. Nak juga bagitau muka baru ke ..muka lama ker...

Sigh...tak kisah laa sape-sape pun. muka baru ke lama ker....bagi list je sudah la. Pepandai laa orang awam nk baca. Dalam kurungan tulis laa nama penuh, facebook id kalau ada - senang org awam nk skodeng profile. Sigh lagi !!!

Sana sini orang berkempen. Soalan saya pada pengarang jantung saya anak beranak - hari2 ke kena kempen..? Kalau kat tempat A kempen, manifesto A, kat tempat B, manifesto tukar B ke maintain A ??

Orang yang macam saya memang tak mengerti hal politik...dan saya, tak minat pun nak ambil tahu. Bagi saya, politik tu hanya proses sebelum sebuah pemerintahan berlaku. Yang penting, saya nak di bawah pimpinan barisan menteri yang tau berfikir, yang faham erti susah, yang mengerti apa yang rakyat rasa. Saya sebagai rakyat Malaysia, mendapat kesenangan dalam bentuk yang pelbagai.

Bukan sogokan dengan wang yang menjadi pilihan..tapi kemudahan dan diskaun utk banyak benda. Saya rasa terkongkong..rasa terpinggir dek kerana bekerja dengan sektor swasta. Yang di jaja, yang di layan..yang dmanjakan semuanya pekerja sektor awam. Kecil hati saya...(hati korang tak kecik ker...) Dapat pula, saya laki bini bekerja di sektor swasta....gaji pula melebihi level yang di tetapkan utk layak menerima pelbagai imbuhan.

Orang gomen kata...eh korang gaji banyak...ok ape..?
-->Tapi dengan gaji tu laa nk bayar duit sewa rumah, duit kete...duit pendidikan anak2.duit minyak...duit tol sana sini, duit nursery..duit bil telefon, bil letrik, bil air ( free sebab dok selangor ..hehe), duit nk makan, duit utk segala macam benda lah.

Orang swasta kata...korang gaji tak mencanak tapi..
--> elaun merata, claim sana sini. quaters dapat...phone bil claim, duit makan clain, duit tol claim. Keje lebih stgh jam dari 4pm - 4.30 pun nak claim jugak. Kite datang nk dapatkan service, mencebik bibir....kite tanya buat tak dengar..then boleh plak tanya kita balik..kenapa datang dah tengah-tengah malam ni. Lewat sangat dah !! (Ooo..paham laa saya....kite datang kol 3pm tu dah macam tgh malam buat dorang)

Letih laa nak mengeluh..dari tadi asik sigh je.(kan kan kan..) Bukan mudah untuk menyenangkan hati semua orang. Ye..saya faham. Bukan mudah untuk menyelami hati semua orang....melayu cina india....kerja pulak sektor awam dan swasta. Datang pula fahaman politik yang pelbagai...

Haa amik laa...nak demokrasi sangat.....Yang rasa pandai sangat always nak menang, yang tak berapa pandai jadi pengikut jer. Yang muda, always nak pembaharuan yang menguntungkan semua pihak. Ape nak semua nak bagi...esok, semua yang ada pun tergadai dek nak memenuhi keperluan rakyat muda-mudi terkini.

Saya melihat dan menilai..sukarnya mentadbir sebuah negara. Populasi manusia yang pelbagai..kasihan mereka. Tapi saya tahu mereka bijak...bijak menilai, bijak merancang...bijak menentukan apa yang terbaik buat SEMUA.

Saya cuma mahukan ...negara yg aman. Saya nak anak-anak saya berkawan dengan SEMUA. Tak kisah anak org gomen ke..anak org swasta ke...anak orang melayu ke, cina ke..indian ker....sebab kita semua sama.




0 comments :